Aku menung dalam2. Melayan denyut2 nadi yang adakalanya sukar sekali untuk didengarkan. Lebih bingit kata2 yang keluar dari mulut manis manusia, meninggalkan kata hatinya diam membisu seribu bahasa
Aku tidak mampu menangis, tidak mampu mengalirkan air mata atas rasa dukacita yang amat ini. Bertimpa2 pula rasa sengsara yang Tuhan beri, menyiat2 pundak hati dengan hirisan yang sakitnya tak terperi
(i)
Sudah tamat kisah cinta itu. Sudah maktub dalam perancangan Allah azza wajalla. Perkhabaran kegembiraan tentang hari besar dia itu Sabtu ini aku sambut dengan hati yang sayu. Sayu yang cuma aku yang tahu… Aku tidak menangis, kerana aku sudah terlalu banyak menangis. Aku mengaku bersalah, mungkin bersalah kerana terlanjur mencintainya. Noktah!
Dan untuk dia – semoga dikurniakan bahagia, melebihi deraian air mata
(ii)
Arwah nenek sudah selamat meninggalkan kami. Mungkin kini kesunyian di alam sana yang tak berteman. Aku temani tubuh kaku nenek dari malam sampai siang. Membacakan surah Yaasin dan kalam2 Quran. Mata tidak juga mahu menangis
Aku kendong tubuh kaku nenek, memandikan dan menggosokkan tubuhnya untuk kali yang pertama, dan terakhir. Menyiram air sembilan itu dari kepala hingga ke hujung kakinya, melihat nenek kaku dimandikan tangan2 manusia, mata tidak mahu juga menangis
Aku siat2kan kain kapan nenek, Bantu memotongkan kain, baju dan tudung kepalanya, beserta dua lagi helaian luar, membalut kujur tubuh nenek dengan kafan putih suci dari kaki hingga kepalanya, mengikat simpulan tali yang lima; di hujung kakinya, di atas lututnya, di pinggulnya, di atas sikunya, dan membiarkan ikatan di kepala itu terbuka untuk membolehkan anak cucu dan saudara mara mengucupnya, aku tidak juga menangis
Aku ikut jenazah nenek ke kubur. Melihat kujur tubuh nenek diletakkan di dalam liang lahad menghadap ke arah kiblat, dibukakan kembali kafan yang menutup wajahnya, disentuhkan hujung hidugnya ke tanah, dikambuskan ia dengan tanah yang merah warna, aku tetap juga tidak menangis
Aku dengar dalam2 bacaan talkin yang menyedarkan. Hatiku sebak. Peringatan itu untuk aku, bukan untuk nenek. Betapa kurangnya amal ku, hanya aku yang tahu. Namun sebak itu tidak juga mampu membuatkan air mataku jatuh. Aku tetap tidak menangis
(iii)
Wajah anak murid tersayang itu aku pandang dalam2. Seperti memandang wajahku sendiri. Walaupun dalam keadaan terlalu amat marah, aku masih dapat berfikir dengan rasionalnya. Kemarahan yang kutujukan padanya adalah kerana aku mahu ia berubah. Berubah menjadi manusia yang penuh keunggulannya. Menggunakan akal yang diberi Tuhan dengan kadaran maksima
Aku mahu dia itu berfikir akan segala tindak-tanduknya. Supaya meletakkan dirinya di darjat yang tinggi sedikit dari tempat yang hina dina. Menyedarkan bahawa dirinya itu wanita yang punya maruah yang semestinya dijaga. Bukan untuk dikaki2kan jantan2 yang tiada guna
Dan aku memarahinya, memarahinya atas dasar kasih sayang. Sayang seorang saudara kepada saudara yang lainnya. Namun tengkingan yang keluar dari mulutnya itu buat aku sayu. Buat aku terdiam kaku. Anak murid yang aku sayang itu meninggikan suaranya terhadapku. Betapa kecilnya hati, hanya Tuhan saja tahu
Aku bawa hati yang sayu, cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan tentangnya. Kalau boleh, mahu sekali aku membenci dia. Membenci mereka2 yang pernah datang membawa senyum tawa lalu berlalu pergi meninggalkan duka. Lagi sekali Tuhan telah merampas segala-galanya, dan aku masih tidak mampu mengalirkan air mata
(iv)
Papa menelefonku dengan gesaan yang memeranjatkan. Papa suruh aku salin semua angka2 yang papa sebut. Papa beritahu aku sesuatu yang aku tak pernah dan tak mungkin perlu aku tahu. Papa pesan sesuatu yang mungkin pada umur semuda papa, aku tidak perlu mendengarnya. Jantungku berdegup kencang. Kencang yang amat sangat
Papa pesan padaku dengan pesanan yang macam2. Sehingga aku terdiam. Papa beritahu tentang sakitnya yang hanya aku tahu. Mama pun tak tahu. Adik2 pun tidak. Papa kata, papa pesan bukan apa, KALAU2 lah tidak lagi berjumpa, aku telah dipesaninya. Oh, Tuhan.. Ini benar2 menyiatkan hati dan perasaan. Tolong, tolong jangan beri aku ujian yang tak mampu aku pikulkan
…………………………………….
Dan kini, sewaktu menaip kata2 ini dalam malam yang sunyi lagi sepi, dengan irama bayu menyentuh lembut gegendang telingaku, baru mata mahu menangis. Baru mata mahu basah mengenangkan segala percaturan Allah. Dan tanpa sedar, aku teresak2 menyoal segala ketentuan-Nya yang benar2 menyiksa dada
Bolehkah aku merajuk terhadapmu, Ya allah? Bolehkah?
Sudahlah satu2nya lelaki yang aku cinta itu kau ambil dia dan jadikan ia kepunyaan perempuan yang di sana. Macamlah Engkau tidak tahu, bahawa hanya dia seorang yang bertakhta dalam hatiku. Macamlah Engkau tidak tahu. Dalam redha ini, terlalu perit aku menanggung beban pilunya, tak tertangung denyut lukanya. Kenapa Tuhan, kenapa? Bukankah Engkau sendiri tahu bahawa dia saja yang aku ada untuk berubah??? Sudahlah kau jadikan aku penuh beza, di saat aku dapat mencari penyelesaiannya, Kau musnah dan robohkan segala derap usaha. Kenapa????
Lagi, Kau tayangkan pula di depan mataku sikap manusia yang penuh pura2. Menangis mengalir air mata dengan segala permainan kematian. Sedangkan tidak sedikitpun yang mati itu memberi sekelumit kesan.
Mereka berlumba mengucup pipi kaku nenek, yang kononnya menggambarkan sayang, sedang dalam hati mereka, ada atau tiada orang tua itu tak memberi apa. Kenapa tuhan, kenapa? Kenapa kekesalan itu kau jiruskan pada hati dan fikiran? Kenapa Kau ilhamkan padaku bahawa kucupan dan kata sayang bukanlah petunjuk sebenar kasih sayang. Kenapa?
Lalu kau guriskan hatiku dengan kata2 kejam seorang anak murid yang aku sayang. Yang telah kau berikan segaris rasa simpatiku terhadapnya, namun Kau tentukan agar hatiku digurisnya. Mengapa? Bukankah aku ini seorang guru yang seharusnya dihormati dan dikasihi dalam apa pun cara? Bukankah?
Aku ni cuma mahu manusia berubah. Berubah dari kegelapan ke tempat yang lebih cerah. Kenapa kau himpunkan rasa sayang ini, Ya allah? Sayang yang kadang2 memilukan. Salah akukah Ya allah…?
Dan Kau ragut kelapangan hati dan fikiran dengan berita2 gusar yang memberikan kerisauan yang bukan kepalang. Cukuplah berita itu sampai di situ, jangan pula Kau benar2 melakukannya. Ayahanda itu masih muda, Tuhan. Masih banyak yang perlu didepaninya. Panjangkanlah umurnya dalam iman dan taqwa. Hanya itu yang aku pinta. Yang aku benar2 pinta
Janganlah Ya Allah. Jaganlah beri sesuatu yang tidak aku pinta. Janganlah pula Kau robohkan segala bentuk usaha. Apa salahku padaMu? Perasaan yang semacam itu, janganlah. Tak mampu kudepaninya. Janganlah dibawa kemari segala bentuk malang, dan janganlah lagi diragut pergi mereka2 yang aku sayang….
-
-
-
-
-
Atau aku sendiri kah yang mahu Kau jemput pulang?
7 comments:
Segalanya adalah ketentuan Ilahi. Dia lebih mengetahui apa yg baik utk kita.Boleh jadi sesuatu yg kita suka itu sebenarnya tidak baik utk kita dan boleh jadi juga sesuatu yg kita tak suka itu baik utk kita.
Sebagai seorang yg beriman kita wajib percaya kepada Qada' & Qadar, baik & buruk. Itu semua adalah ujian dan dugaan dalam menilai tahap keteguhan iman kita. Orang yg beriman akan sentiasa diuji.
Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Allah.
Nak berdakwah perlukan tahap kesabaran yg tinggi. Bukan semua orang boleh terima nasihat dgn senang dan dgn hati yg terbuka. Manusia bermacam ragam dan kerenah dan telatah dan gelagat.Semua itu adalah asam garam yg perlu di rasa oleh seorang pendakwah. Yg penting dakwah diteruskan tanpa perasaan putus asa. Kita berlu bersedia dgn segala macam bentuk kemungkinan.Kalau nasihat kita yg baik ditolak, kerugian bukan kepada kita, tetapi merekalah yg menanggung kerugian.Perasaan kecewa dan putus asa cuma menjadikan kita lemah. Allahu a'lam.
Ingatkah bagaimana anda berpesan pada teman penulis ketika dia menulis tentang jika Tuhan itu kejam padanya?
Tuhan pasti mendengar kamu dan kita semua. Dia selalu mendengar dan Maha Mengetahui. Semoga kamu sentiasa dalam lindungan payung rahmat dan barakahNya selalu.
Siapalah aku untuk menasihati kamu supaya bersabar..sedang hati kamu setakat yang aku kenal adalah hati yang paling sabar..
siapalah aku untuk menasihati kamu supaya pasrah..sedang aku tidak kenal sesiapa pun yang sebenar-benar pasrah setelah diuji yang sedemikian..
siapalah aku untuk menasihati kamu supaya jangan menangis..sedang Allah jadikan tangisan itu sebagai penawar kesedihan..
Paterikan dalam jiwa kamu..sedang Allah bersemayam di langit atau di mana-mana, untuk kamu ada doa aku..
salam ukhuwah
1. cukup2lah mencintai, mengenang lelaki yang belum halal bagi saudari. kesian kat suami saudari menjadi yang no 2 (kerana saudari sudah mencintai lelaki lain sebelumnya).
2. Ingatlah Allah. sesungguhnya hati akan sentiasa tenang.
ustazah,
-terima kasih banyak atas nasihat dan sokongan yang berpanjangan. kata2mu adakalanya menjadi penawar memujuk hati yg rawan
ahmad,
-ya, seringkali aku mengingatkan org lain, lalu terlupa menasihati diriku sendiri. terima kasih atas perhatian dan sokongan kamu
seseorang yang bukan sasterawan,
-kamu sasterawan sebenar. kata2mu buat aku sedar, ujianNya diberikan kerana rasa sayangNya Dia padaku. aku cuba untuk pasrah dan tabah, mungkin dengan doa kamu itu, aku mampu memujuk kalbu. terima kasih banyak
tuan anon,
-salam ukhuwwah kembali. 'mencintai' dan mengenang dia itu sesungguhnya hanya di hati, tuan. tidak pernah mulut terlafazkan, tidak pernah mampu berpegangan tangan. kerana sebab memikirkan 'siapa' suami itulah saya hingga sekarang tidak berteman. persoalan saya sbg hamba kpd Tuhan yang pemurah, kenapa tidak diberikan saja lelaki yang saya cinta, supaya hanya dia yang mengisi ruang di hati saya, tiada dua dan tiada tiga.. itu saja.
apapun terima kasih banyak, walaupun kata2 itu bagai panah menusuk perdu jantungku. kritikan yang sangat sudi aku fikir2kan
terima kasih teman2
Takziah Tini di atas pemergian nenda tercinta.
Moga ALlah menempatkan rohnya bersama di sisi orang-orang yang beriman.
Takziah..dan al Fatihah untuk arwah nenek.
Tini, setiap musibah dari Allah adalah untuk menguji keimanan hambanya. Setiap ujian yang bejaya diatasi akan menaikkan darjat keimanan kita ke satu tahap yang lebih tinggi.
Jangan mempersoalkan urusan tuhan terhadap kita, kerana apa yang DIA beri pada kita DIA tahu kita boleh menghadapinya.
Jangan tewas pada ujian ALLAH. Tahajjudlah di sepertiga malam, insya ALLAH, ketenangan akan menjadi milikkmu.
Post a Comment