Tuesday, October 13, 2009

flickr ku

Aku rasa sudah tiba masanya aku me war-war kan laman flickr aku yang tak seberapa ni. Ini kerana aku terlalu mahu pengunjung yang juga mempunyai hobi yang sama supaya dapat memberikan komen2 yang bernas, yang dapat memantapkan lagi skill fotografiku. Aku tidak mahir, jauh sekali seorang profesional. Tapi aku berbesar hati agar satu hari nanti aku dapat menjadi seorang tenaga pengajar, dengan bakat lain iaitu merakam gambar. Cuma aku tidak ke kelas, dan terlalu tidak tahu fungsi2 kamera dan lens, selain mempelajarinya secara 'trial and error' sahaja


Aku amat berbesar hati agar dapatlah pengunjung2 sekalian menyinggah di laman flickr ku. Menjenguk2 rakaman kehidupan dan kelansungan hidup. Aku mahu belajar, dan telah aku tanamkan tekad, aku tak perlu malu dikutuk dan dikomen sesiapa. Aku terlalu sudi untuk belajar. Jadinya kalian, tolonglah kongsikan segala ilmu fotografi yang kalian ada


Jadi, sudi2 ya. Klik di sini untuk ke photostream ku. Selamat melayari dan melayani mata.. dan mungkin boleh kalian beri pendapat, bidang fotografi ini lebih kepada BAKAT atau SEMANGAT?? Terima kasih kalian
Salam sayang,
Hartini Omar

6 comments:

olie said...

salam lead...
nape gmbr baby tu mcm irfan jer...hehehe...

Hartini Omar said...

poyo la ko lie. memang la gamba anak ko. hee~ comei.. tengok mak dia la kan.. huhu~

||chickserame|| said...

wahh mmg de sentuhan bakat2 seni.. cayalahh lead..nak booked la tuk wedding t leh??..ekekeke..

hartini omar said...

sue, aku bukan fotografer nak ngadap ngko time kawin.. eh tapi kalau untuk 'memoyo' ramai2, takder haaaall..

Nafastari said...

Terima kasih berkongsi! Saya jugak berharap akan membuka sesuatu seperti itu nanti. Saya sudah punyai D60 Nikon, tapi belum habis menerokainya, bagai kera mendapat bunga pula jadinya... Haha..

Hartini Omar said...

ahmad,
-ya, kamu juga harus bereksperimentasi dengan nikon kamu tu. nanti boleh join flickr dan dapat lah berkongsi hasil2 terbaik kamu

terima kasih menyinggah