Tuesday, March 09, 2010

Usia yang 26 ini..


Hari ini hari jadi aku yang ke 26. Umur aku meningkat setahun lagi. Aku bangun pagi macam biasa, duduk kat birai katil, cek hanset yang sengaja aku silent kan malam tadi. Banyak pesanan ringkas yang masuk. Kebanyakannya dari nombor2 tak bernama. Yang itu aku tahu, mesti pelajar2 aku yang ramai tak terkira. Kalau nak save semua nombor dalam hanset ni, 4 gig pun takkan cukup.

Aku belek diri untuk hari pertama di usia 26 ini. Fizikal yang masih macam dulu, Cuma mungkin semakin kurus. Itu mengikut mulut2 dari mata2 yg memandang. Mana je aku pergi orang akan cakap :

‘Eh kenapa kurus ?’
‘Ko da kurus la’
‘Wow, you lose your weight’
‘Wah miss, slim la sekarang..’
‘Eh, awak sakit ke?’
‘Kurusnya kau sekarang..’


Dan berbagai lagi ayat2 dan kata2 yang membawa maksud yang sama bahawa aku dah kehilangan beberapa kilogram dari berat badan yg dulu. Spesifiknya, aku hilang 10 kilo. Adakah aku berdiet? Oh tidakk… Aku jog. Bila aku stress, aku perlu bernafas. Kalau tak bernafas, aku semput. Jadi hanya jog yang boleh buat aku bernafas dengan bagus. Dan secara tak sedar, aku hilang berat badan. Jadi sangat benar, senam boleh menguruskan badan

Selain daripada badan yg semakin mengecil, tiada apa pun yang berubah. Aku masih macam dulu2 juga. Bercermin mata, menulis dengan tangan kanan, membasuh kain tiap2 Selasa dan Khamis, dan segalanya yang tetap jua sama.

Aku tak sambut potong2 kek ke apa. Sebab aku memang malu nak sambut harijadi sendiri. Tapi aku hargai sangat2 setiap ucapan dan pemberian. Memang tak terbalas..

Cuma malam tadi, ada satu kotak hadiah dengan perfume ‘Tommy Girl’ dan pouch bag Nike yang aku dapat dari insan yang sangat aku sayangi. Terima kasih yg tak terhingga. Kalaulah dapat aku ungkapkan terima kasih ini dengan kata2. Kalaulah mampu aku balasi pemberian ini dengan segalanya.. Kalaulah..

Dan memandu macam biasa, masih dengan waraq yang merah. Masuk ke kelas dengan senyuman, berserta ucapan dari pelajar2 tersayang. Ah, apalah lagi yang diharapkan.. Aku dilimpahi kasih sayang sebenarnya, Tuhan..

Pisang sebiji dan air kotak itu saja lah yang mampu aku berikan sebagai sedekah di usia yang melangkaui suku dekad ini. Kalaulah ada rezeki yang lebih lagi, lebih lagi lah air dan pisang yang dapat aku bagi.

Dan seperti biasa di hari lahir ke 26 ini, banyak ucapan2 dari manusia yang mengharapkan dipercepatkan jodoh aku agar segera berumahtangga. Aku telah berjumpa dengan insan yang paling aku cinta. Cintakan sepenuh jiwa raga, yang juga sudi ia berkongsi segenap kelemahan dan kelebihan, cita2 dan impian. Cuma memang hakikat yang harus aku terima, sampai kiamat pun dia takkan mampu menjadi orangnya. Ah kalian, kalulah dapat aku ceritakan dengan perkataan…

Ya, dan umur yng 26 ini, semoga aku lebih tabah mendepani duniawi dengan ilmu dan iman yang tetap utuh di hati. Tuhanku sayang, terima kasih atas usia yang meningkat ini. Atau kah ini tanda bahawa Kau masih tidak sudi memanggilku ke sisi??

………………………..

Mama, papa, adik2 – thanks atas pesanan yang sangat ringkas itu. Ringkas tapi bermutu!

Mami – thanks atas ucapan. Ingatkan nak wish malam tadi

Lia – Thanks sahabat lama. Dari umur 16 sampai 26, kau tak lupa wish b’day aku

Liana – Terima kasih masih ingat birthday. Terharu aku..

Anak2 murid SEMUA – Terima kasih ya, atas ucapan. Tak terbalas

Kak dayah – Terima kasih dan selamat hari lahir juga! Haha

Ayu – Thanks atas panggilan yang sangat ringkas. Nanti akak belanja kentang

Sheda – Thanks atas panggilan telefon kat ofis. Ingat jugak kau kat aku ye

Dan kamu, sayang.. – Terima kasih atas segalanya. SEGALANYA yang sudi dikongsikan. Semoga Tuhan melimpahimu degan rahmat dan keberkatan. Biarlah kita berdua menjadi bukti bahawa cinta tidak semestinya memiliki dan dimiliki. Cukuplah cinta untuk kita dan hanya cinta dan kasih sayang itulah yang kita ada sebagai hadiah paling bermakna..

Terima kasih semua, Terima kasih Allah..

Mahkota Cheras,
9/3/10

10 comments:

AeyRuLjOe said...

happy buffday ms yang kedua kali nyer nih wish buffday....panjang umur murah rezeki nak jugak pisang sebiji ngan air kotak hehehehhe....
*final paper tanda elok2 k.....kasi up sket mwuahahahahhah

Salimah Olie said...

happy birthday lead...
semoga sentiasa didalam kesejahteraan dan keberkatanNya..

lame x jmpe.. :)

hid0903 said...

Happy Birthday!!!
Lead cite la saper gerangan orang itu..hehe..

Hartini Omar said...

joe,

-thanx atas ucapan. thanx atas kad birthday yg sangat besar dan kiut itu. ah, i'm overwhelming. hik! ucap thanx kat semua kawan2 kamu ye

olie,

-thanx. aku pon lama x jumpe ko. mesti irfan dah sangat besar. darjah satu dah kot ye? ahahaha

k.day,

-haish.., biarlah rahsiaaa... huhu
thanx kak day

hans said...

happy besday sis...
eh,nih lagu apa sis dkt blog anda nih?
leh kasi tajuk x?
nak donwload la

P/S : Jangan lupa join contest Tulis Dan Menang - RM250 untuk dimenangi dekat Entry Sticky Mode dekat blog saya

Hartini Omar said...

hans,

thanx jugak. kamu slalu singgah blok akak, sampai naik segan. xde apa dah kat sini. k, t senang2 akak drop by

thanx, slm

hans said...

ish...apa yg nak segan nya...
bagi say..kalau akak xkomen blog saya dulu...maybe saya tak berblog sampai macam skrg

Bila Diary Bercerita said...

Happy birthday Tini.

Masih tak terlambat lagi untuk akak mengucapkannya kan...

Semoga hidup Tini baik-baik aje dan sentiasa dirahmati Allah swt. Amin

nurliyana said...

miss..sape 'syang' tu??penin sy pk...

cikgubad said...

Selamat Hari Ulang Tahun Tini...Moga impian dan perancangan Allah berbetulan.

Biar seiringan agar suratan itu nikmat yang berpanjangan.

Maaf kerana ucapan ini sudah terlalu lewat diungkapkan.

Salam 'iedil fitri juga Tini..