Monday, April 19, 2010

Yang namanya hati itu..


Yang namanya hati itu telah koyak
Takkan mampu kau cantumkan
Takkan mampu kau sematkan
Takkan mampu kau pulihkan

Biarpun kau jahit dengan bebenang cinta
Yang bersulam kenangan paling indah

Atau kau sematkan dengan bebutang rindu
Yang berlilit kalbu paling syahdu

Atau kau sapukan dengan ramuan kasih
Yang berjampi sayang tak tertagih

Parut ini takkan mampu padam
Kerana luka ini terlalu dalam
Untuk sekadar disapu kalam yang meniggalkan bekam…
.
.
.
mahkota cheras
19 april 2010

3 comments:

Anonymous said...

ak juga mngerti ap yg kau rasai saat ini...
ak sentiasa disini sbgai insan yg cukup memahami..
sebagai insan untuk mncurahkan luahan hti..
hanya AKU...
tetap menanti...

Hartini Omar said...

tuan budiman..,

benarkah mengerti?
benarkah memahami?
benarkah menanti?

jika benar bagai dikata, tidaklah aku membasuh luka dgn derai air mata...

anyss said...

Salam,
Terpesona dengan kata-kata indah itu hinggakan...hati terbuai