Thursday, August 12, 2010

Puasa

Puasa sudah masuk dua hari. Alhamdulillah, bertemu Ramadhan kembali. Hati rasa kosong. Tidak terlalu berperasaan. Biarlah.. Biar Ramadhan ini aku depani dengan yang baik2 saja. Menyayagi manusia serba adanya. Bekerja selagi terdaya. Dan berbuat baik hingga dicabut nyawa. Teringin sekali memperbanyakkan amal; bangun di malam2 hari bermunajat pada Ilahi. Macam dulu2 yang selalu aku lakukan di taman ilmu dan budi. Cuma faktor masa dan kondisi tubuh mengekangnya. Ah, tapi beralasan memang mudah..

Terkenang sahabat yang jauh dan menjauhkan diri. Apakah punca tidaklah diketahui. Namun tanggugjawab bertanya itu sudah aku sempurnakan. Biarlah, ada perkara yang lebih elok kalau disimpan saja. Kalau benar tali persahabatan itu bagai air; biar dicincang halus takkan mampu terputus. Biar jauh dengannya, namun bukan keluarganya. Itu pesan hati pada diri

Hari2 yang dilalui semakin mengajar erti hidup. Setiap yang berlaku diperhati dan diteliti satu2. Lalu akal menafsir, banyak benarnya apa yang diajari agama. Banyak betulnya apa yang dinasihati ibubapa. Tuhan, hidupku ini telah Kau aturkan secantiknya. Sesuai dengan aku yang terlalu suka berfikir dan memikir. Sajak dengan aku yang suka benar menafsir kejadian manusia yang penuh ragamnya. Kehidupan, kenapa mahu kita jadikannya pentas lakonan? Bukankah ia ladang tempat semaian? Menyemai buah amal agar dapat dipetik hasilnya di negeri sana. Ah, kalulah dapat difahamkan pada semua

Berbuka seadanya, bersahur apa yang ada. Berdikit2 dan berjimat2 dalam kekangan financial lebih seronok. Sudah 11 bulan mulut dan lidah menjamah seaneka benda. Biarlah di bulan yang satu ini aku bercatu2. Mengingatkan aku pada mereka2 yang lebih perlu. Kita sering mengaitkan kekurangan dengan ujian dan dugaan. Lalu tersilap bahawasanya sesuatu kelebihan itu tidak semestinya kenikmatan

Lagu Zapin Datuk Temenggung yang aku dengar dalam iklan di tv itu sudahpun aku cari dan muat turun dalam pc. Aku dengar berkali2. Ada kesenian yang halus dalam muziknya. Dan lirik itu, ah hebat benar. Lagu2 yang berunsur nasihat bukanlah sekadar nada yang meruntun jiwa. Ia adalah azimat dan hikmat pengubat lupa. Seni itu hebat, cuma tak ramai manusia yang menghargainya

Aku rindu. Rindukan kedamaian masa lalu. Kesenian dan keluhuran yang aku lalui dulu2. Aku rindukan masa2 lalu itu. Namun aku juga mencintai apa yang aku miliki sekarang. Entahlah.. Kalaulah kehidupan dapat diubah

Melihat foto2 rakan yang sudah selamat menamatkan pengajian dan berdiri segak dengan jubah graduasi mereka, hati jadi sayu. Kenapa Tuhan, kenapa terlalu sukar benar aku mengusaikan pengajian yang berbaki tidaklah sebanyak mana itu? Cuma tinggal menyudahi apa yang perlu. Bukankah itu yang aku cita2kan dulu? Aku tak punya kekuatan. Dan lagi sekali nasihat agama itu aku kenang2kan. Banyak sekali benarnya. Aku menuntut kerana ilmu. Bukan kerana apa yang akan aku perolehi disebabkan pengajian itu. Lalu ilmu itu tidak mengizinkanku. Mungkin sampai ke suatu waktu yang tertentu

Biarkan aku lalui kehidupan ini dengan warnanya yang pelbagai. Ada warna2 ceria, ada warna2 kusam dan kelam. Ini lorong juang. Tiada khatimah dalam perjuangan. Kegembiraan dan kedamaian bukanlah destinasi yang dituju. Ia adalah titik2 yang berlaku meminta tafsiran akal yang bersulam ilmu. Biar Ramadhan ini menjadi bulan berkat, yang siapa tahu bakal pula mengembalikan aku. Kembali pada apa? Kembali pada asasnya. Selamat berpuasa semua

"Wahai adikku si bunga bangsa
Hormatlah pada ibu dan ayah
Pakai nasihat simpan di dada
Itulah suluh di hari muka"

"Tekun belajar setiap hari
Jangan kau malas nanti kau rugi
Tiang agama engkau tuntuti
Supaya senang di akhir nanti"

2 comments:

Anonymous said...

Tini, anda katakan yg anda sangat suka berfikir dan memikir dan kelihatan sangat peka terhadap ragam manusia.. tapi cukupkah dengan kepekaan saja…terbitkanlah sifat empati dan memahami yg tinggi dlm diri anda moga tiada hati yang terluka untuk tempoh yg lama dek kerana nipisnya empati anda. Maaf dan mohon diabaikan andai kata-kata ini tidak sama sekali mencerminkan diri anda.

Hartini Omar said...

tuan,

saya melihat manusia menggunakan kacamata saya. saya memerhati, memikir, memahami lalu bersimpati. saya tuliskan segala yang saya fahami atas niat agar kalaulah ada tauladan dapatlah ia dicontohi. saya kurang empati, itu memang dari dulu. kerana itu sy bukan kaunselor. saya cuma suka berfikir dan memikir

kalau ada hati yang terluka lantaran sikap atau kata2 saya, saya mohon diberitahu dengan terang dan jelas. saya manusia yg cukup ringkas

maaf atas kenipisan empati saya. saya manusia yg banyak kekurangannya