Wednesday, January 19, 2011

Jemu, lalu jumpa Japamala

Aku tengok kalendar. Tengok cuti bila, tengok tarikh2 yang nanti mesti akan bikin aku sakit hati. Tengok tarikh2 aku terpaksa berkerja keras lebih dari biasa. Tengok tarikh birthday sendiri jatuh hari apa. Tengok tarikh lagi dan lagi dan lagi sampai meluat. Ini tahun baru, tapi aku malas la nak memperbaharui apa yang aku impikan dulu. Sama jugak. Makin cakap makin meluat, sebab tak pernah la yang aku impikan tu aku dapat

Ada lagi gambar yang perlu diedit. Terasa serabut dan JEMU. Jemu tu memang selalu datang. Saja nak mengacau-ngacau aku suruh stop edit dan pergi berenang. So, aku pun pergi. Dah berenang, tetap tak tenang. Jemu jugak

Nak kata aku dah lama sangat tak berlibur, baru minggu lepas aku masuk panggung. Tengok Khurafat. Balik dari tengok khurafat, gambar tak teredit jugak. Apakah mungkin aku meluat dengan pekerjaan yang sama?

Aku nak stop dari amek2 gambar ni. Bulan 5 nanti la aku sambung balik. Aku dah tak larat nak tengok foto. Meluat! Aku mahu cuba sesuatu yang berbeza. Seperti........ belajar main biola

lalalala...

..................

Kesukaan aku sekarang ialah melayari internet dan membaca tentang apa saja yang aku nak tau. Blog2 orang, blog2 kawan2, blog2 kaki politik. Surat khabar aku tak baca. Sebab cukuplah dengar macam2 dalam berita. Tak larat...

Aku google 'hukuman mati mandatori', 'penjara alcatraz', 'al capone', jambatan terpanjang di dunia, khasiat ubi kentang, penjara seumur hidup, sejarah hidup Mark Zuckerberg, waterpark di malaysia, Universal Orlando, dan yang paling terbaru adalah menggoogle 'art of pencil drawing'

Apakah aku sudah mula mahu melukis semula??

Aaaaarrrrghhhh... Aku sendiri tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. Aku cuma tahu aku JEMU!

Sekian
.........

Owh belum lagi. Aku juga baru saja menggoogle Pulau Bora-Bora yang subhanallah...... Kalau la banyak duit dan boleh lepak2 main pasir kat sana. Satu malam harga bilik rm dua ribu stengah. Oii.. Gila mahal. Dan aku juga telah menjumpai Japamala

Jum la, google bersama2 :)

3 comments:

ms.n said...

sudah tgk khurafat?? seronok kh? baru cadang nk cabar dri sniri selepas congkak...

deena awanis said...

bora-bora island..i like!!

Hartini Omar said...

kak yat,
khurafat tu, emm boleh laa.. xde la menakutkan sgt. takut lagi kalau tetibe kereta myv ditimpa eksiden ketika wang telah menyusut. haaaaaa, itu baru ketakutan sebenar. haha

deena,
owh i pun turut likeeeeeeee.. cun sgt2!!