Monday, October 31, 2011

Kali pertama saya menulis

Ini kali pertama saya menulis dalam bulan ini. Kokok ayam yang saya dengar pagi tadi seolah-olah mengejutkan saya dari lena yang panjang. Bahawa saya sudah lama tidak menjenguk laman saya yang kian usang. Saya tidak mahu bertanya atau berteka-teki adakah masih ada manusia2 yang sudi datang menjenguk cerita2 saya di laman ini, itu saya sudah tidak mahu ambil tahu. Kerana memang nampak benar bahawa sekarang ini saya malas mahu mencoret sesuatu. Baik buat manusia, baik buat diri saya sahaja. Memang terasa benar malasnya

Saya tidaklah sesibuk mana. Banyak juga masa saya yang saya buang dan habiskan begitu saja. Sekadar bermenung2 dan berfkir tentang apakah yang akan terjadi kepada saya, kepada dunia. Namun saya tahu, masalah tidak akan selesai dengan duduk2 saja. Rezeki tidak akan terhasil dengan hanya bermuram durja. Ini dunia yang serba fana, ada hal2 dan kepentingan lain yang harus saya lunasi sebelum ke sana

Ada banyak yang bermain di minda saya. Namun tak semuanya dapat saya tuturkan. Ada yang saya simpan kerana saya tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Ada yang saya simpan demi menjaga hati manusia. Dan ada juga yang saya simpan kerana saya rasa ia lebih baik untuk disimpan dan didiamkan sahaja

Saya sudah bosan. Tapi itu cakap2 yang senang. Bosan memang senang untuk diperkatakan. Namun setelah menyatakan kebosanan itu, apakah yang akan berlaku? Tiada apa2. Ya, tiada apa2 yang akan berubah jika saya hanya sekadar menjerit2 di dalam hati saja. Saya perlu bertindak. Namun sebelum bertindak dan bergerak, ada beberapa perkara yang perlu saya fikirkan dan selesaikan

Saya makin tua. Jujur. Gambar rakan2 di fesbuk telah berubah kepada gambar2 konvo, kepada gambar2 perkahwinan, kepada gambar2 bayi mereka yang kemain comelnya. Namun saya? Ah, apa dikesal yang Tuhan beri. Anggap saja tidak ada rezeki. Ramai kawan2 yang menjadi mama baru, papa baru, suami2 baru dan isteri2 baru. Kepada kalian, tahniah jugalah yang saya ucapkan. Semoga hendaknya kebahagiaan kalian berkekalan

Saya berkira2 tentang masa depan saya yang tidak lama pun lagi akan mengetuk angka TIGA. Oho, betapa cepatnya masa berlalu. Dan angka tiga itu selalu saja membuat saya tersenyum. Apa dirisaukan umur yang meningkat tua. Meningkatnya umur bermakna makin meningkatlah pengalaman. Makin meingkatlah pemahaman dan makin meningkatlah usaha dan jalan menuju tuhan. Begitulah hendaknya yang saya congak2 dalam kalkulator hidup yang masih berbaki satu dua episod. Entahkan sampai bila jangka hayatnya, tiadalah dapat saya meneka

Akan saya datang dan menulis lagi nanti. Doakan saya diberi kekuatan agar tidak malas dan layu dan lesu. Saya sayang diri dan kehidupan saya. Biar apa jua duri dan pancarobanya, saya teramat sayang dan menghargainya. Terima kasih jualah kepada Tuhan yang mencipta segala

Syukur dan terima kasih kerana sudi membaca

7 comments:

Umi Azrini @ Umi Kauthar Abdul Razak said...

Sayapun baca entry2 di sini. kata-kata cikpuan mendamaikan jiwa. luhur dan indah tatabahasa. Teruskan. Semoga pencarian dalam hidup ketemu nanti, ameen. :)

Hartini Omar said...

tuan Ummi Azrini,

Terima kasih banyak tuan kerana sudi menyinggah ke laman saya yang usang buruk. Sudi2 kembali ya

cikgubad said...

Saya juga lama merindui tulisan Tini.

Selamat kembali mencoret rasa, melakar berita.

Ada sesuatu yang besar dan bermakna untuk dimanfaatkan khlayak di luar sana yang lahir dari jiwa tulus Tini.

Hartini Omar said...

Cikgu yg budiman,

Cikgu ibarat kawan lama yang jarang datang atas sebab2 tugas dan tanggungjawab yang harus didahulukan. Namun sesekali cikgu hadir, cikgu memberi semangat pada saya untuk terus menulis demi mempertingkatkan mutu minda dan jiwa

Manusia kurang berkarya kerana tandusnya jiwa. Dan di pandangan mata saya, ketandusan itu makin merebak dan berleluasa

Dan saya terlalu bimbang jika ketandusan minda dan jiwa ini akan merebak lalu berjangkit kepada saya pula

Doakan saya di kejauhan sana. Agar saya tetap terus kekal menjadi saya

Terima kasih banyak Cikgu

cikgubad said...

Tini akan kekal selagi jiwa dah ruh masih sama.

Moga Tini juga makin mesra dengan maha Esa - al Khalik dan sentiasa merasakanNya di sisi.

Amin

shahrina shahbudin said...

Blog ini sering sy jengah dimasa lapang....sy jumpa blog ni dr link nafastari...gaya penulisan tini hidup

Hartini Omar said...

Tuan Shahrina budiman,

Terima kasih atas masa yang sudi tuan luangkan untuk berkunjung ke laman saya (^^)

Berbanyak syukur kepada Tuhan juga. Masih ada rupanya mata2 yang terlalu sudi membaca

Terima kasih