2012, hari dua. Selamat datang wahai tahun baru. Seperti biasa, pasti engkau berbangga disambut warna warni bunga api yang berdentum dentam hingga ke dini hari. Pasti juga engkau teruja didendangkan dengan janji2 itu ini oleh pihak2 yang memang saban tahun minat berjanji. Dengan keping2 biru merah hijau ungu yang kadang2 memang sengaja ditaburi sesuka hati, namun diambil kembali dengan cara toleransi yang tidak kita sedari. Dan aku tahu, pasti engkau terharu menunggu2 apa pula yang bakal kau coret dan canting di helaian kosong kamus dadamu. Selamat datang. Aku hanya mahu mengucapkan selamat datang
Sila berlaku baik wahai tahun, agar nanti untuk seribu tahun lagi engkau akan tetap dikenang2 dan dicanang2. Jangan kau ulangi trajedi Titanic seabad yang lalu yang kejadiannya berlaku di tahun satu dua yang sama sepertimu. Kejadian yang tetap dikenang2, walaupun pahit untuk sesetengah orang. Jadi moleklah seandainya kau melakarkan yang baik2 saja. Anak Malaysia sampai ke bulan, contohnya. Anak Malaysia mencipta penawar AIDS dan sebagainya. Atau paling tidak, tiada seorang pun anak Malaysia yang ditangkap menjadi keldai dadah. Oh ya, atau yang paling mudah, sifar kes pembuangan bayi di tanah air kita. Ya, memadailah
Aku cuma berpesan. Kerana lazimnya tahun2 yang mendatang akan memberikan pahit maung kehidupan. Dan aku berdoa wahai dua puluh dua belas, agar kau menjadi tahun2 yang terbaik. Untuk diriku dan sesiapa juga. Yang masih sudi membuka mata. Menadah tangan dan menuturkan syukur kehadrat Allah taala. Ya, baik atau tidak engkau hanya akan dapat diputuskan lebih kurang 364 hari lagi. Jadi, akan sama2 aku menanti. Soalnya, masih ada jejari yang bakal menulis, atau sudah hilang lenyap semuanya dikambus tanah, itu aku kurang pasti. Kerana seperti biasa, aku hanya mampu merancang2 namun ketentuannya masih di tangan Tuhan
Aku akan menungggu dua belas bulan akan datang. Untuk memberikan label kepadamu wahai dua puluh dua belas. Selamat berkunjung dan selamat datang. Nanti biar engkau pulang dengan jaya dan cemerlang. Ameen
No comments:
Post a Comment