Monday, July 21, 2014

Berpuasa di London

Lama saya tak update. Biasalah hujung2 tahun pengajian ni, memang lah busy memanjang. Tengok2 dah nak habis puasa pun. So saya nak cerita sikit lah pasal berpuasa di London

Puasa di London macam puasa kat Malaysia jugak. Cuma sebab tengah musim summer ni, siangnya jadi panjang. Matahari terbit jam 4 pagi musim2 panas ni. So last kami makan jam 3 pagi. Berbuka balik jam 9.30 malam nanti. Jadi lebih kurang 18/19 jam kami berpuasa di siang hari. Alhamdulillah setakat ni tak mendatangkan masalah kepada saya. Sebab saya kalau bukan bulan puasa pun saya tak makan minum sangat.

Mungkin yang untungnya sebab mataharinya tak seterik mana. Jadi agak2 mendung dan sedang2 elok gitu. Puasa kat London ada jugak solat Terawih dan tadarus. Kat Islamic Centre aka surau2 atau kat Malaysian Hall pun dorang ada buat solat jemaah. Kalau rajin nak pergi hari2, pergi aje. Makanan berbuka pun adakalanya disediakan percuma

London takde bazar ramadan. Hotel2 yang offer buffet berbuka pun takde. Maybe ada lah restoran Melayu sebuah dua yang buat buffet Ramadan camtu tapi tak banyak. Jadi puasa2 ni memang boleh berjimat. Lagipun itulah tujuannya berpuasa ye dak?

Saya ada juga buat kuih sejenis dua dengan kakak angkat saya. Bolehlah, sesaja nak merasa kemeriahan raya kononnya. Saya tak tahu lah samada saya merasa ke tak beraya di London. Kalau raya jatuh 28hb, alamat saya beraya di uni lah sebab saya ada final presentation. Kalau raya jatuh 29, merasa lah saya solat hari raya dan bersama handai taulan di pagi lebaran

Saya suka dengar lagu raya bila jalan dekat Big Ben sambil menyusuri Sungai Thames. Jujur, lagu2 raya kedengaran begitu mengasyikkan di tanah asing. Begini rupanya hidup di perantauan. Takde lah sedih mana pun sebab sekarang ye boleh skype, whatsap bagai. Jadi jangan jadikan jarak sebagai pemisah dan penamat kasih sayang. Positif. Sekurang2nya nyawa masih di badan

Ok, tu je rasanya nak update. Jadi di kesempatan ini ingin saya menghulur sepuluh jari, memohon ampun dan maaf buat semua pembaca, jika ada tersalah kata dan terlanjur bahasa. Semoga kita sama2 diberkati di bulan mulia, hendaknya

Sekitar MH17 yang tidak sebertuah kita, seorang rakan seuniveristi saya waktu di UIA dulu telah sama2 terkorban di dalam nahas berkenaan. Bacakan sebaris fatihah untuknya, semoga tenang ruhnya dan mudah2han beroleh syurga

Siapalah tahu bila pula hari terakhir kita. Jika esok menutup mata, hendaknya hari ini dan saat ini di jalan Allah lah kita menuju dan berada.

Salam penuh kasih sayang di kejauhan,

Tini Omar
London
Julai 2014

No comments: