Wednesday, March 19, 2008

Ketua

Dalam keterberusan fikiran mentafsir2 letak duduk keadaan, aku terfikir bahawa wujudnya pemimpin itu tentulah saja untuk memimpin orang2 di bawahnya. Dilantik sebagai pemimpin itu tentu saja dengan hasrat untuk mengepalai segala macam bentuk perkara. Pemimpin itu seharusnya insan yang paling baik, yang hampir sempurna ilmu, iman dan amalnya

Pemimpin itu dipilih agar dapat pula ia memikirkan keadaan2 yang tidak dapat difikir oleh rakyat2 di bawahnya. Kerana yang perlu difikir oleh pemimpin itu tentu saja tentang hal ehwal manusia di bawah naungannya. Dan seharusnya lah pula ia lebih memikirkan kepentingan orang2 di bawah itu, dan mendahulukan masalah jelata daripada masalah dirinya

Di zaman awal agama Islam mekar berkembang, manusia menolak sesama sendiri untuk menerima jawatan pemimpin. Mungkin juga dengan rasa seribu satu kelemahan dan kedhaifan, tanggungjawab dan ‘title’ pemimpin itu dirasakan bukan mudah. Bukan sesuatu yang boleh di buat barang hiasan saja

Namun bila zaman berlalu, pemimpin itu telah lama kita maklum akan pula mendapat habuan2 yang banyak tak terkira, yang tidak akan dimiliki oleh orang2 di bawahnya. Akan menerima pula gaji atas nama ‘ketua’ dari duit yang dibayar titik peluh rakyat jelata. Maka dengan kemasyhuran dan kesenangan yang mengalir bagai air itu, berebut2 lah manusia di dunia mengukir-ngukir janji untuk diangkat menjadi ketua dalam aneka organisasi. Kalau boleh biar dapat jadi ketua yang paling tinggi, agar tidak turun2 ke bawah lagi

Lalu secara tidak lansung, manusia dan tamadunnya telah lupa pada sejarah sebenar terlantiknya seorang ketua. Sebaliknya, bagai kisah Raja2 di zaman Rome dan Parsi dulu, kita lalu terikut-ikut pula sifat dan kebobrokan mereka. Mengepalai sesuatu kerana nama dan harta cuma. Dan bila kita mati, mahu pula kita mewariskan segala2nya hanya kepada puak2 dan kaum kerabat kita. Kita terlupa bahawa institusi kepimpinan ini memerlukan insan2 yang berkebolehan, tidak kiralah mereka itu anak siapa, walaupun bukan anak kita. Sesungguhnya kita terlupa....

Dalam keterberusan berfikir ini, dapat pula kutafsiri harta dan takhta ini telah menjadi bagai satu penyakit dan wabak yang merebak, menular ke dalam hati dan sunubari pemimpin2 tertinggi. Bagaikan tidak dapat dipisah2 kan lagi. Sebut saja KETUA, maka akan terbayanglah HARTA

Melihat dan menilai pemimpin2 yang ada di zaman kita, tidak segan untuk aku menyatakan bahawa adakalanya mereka lupa agenda perjuangan mereka yang sebenar. Mereka lupa peranan dan tanggungjawab mereka yang asal. Mungkin memang begitu sifat manusia, sentiasa lupa, bersikap tamak dan haloba

Jadilah pemimpin, kerana memimpin itu mengajar diri untuk lebih menyayangi orang2 yg kita pimpin lebih dari menyayangi diri sendiri. Kembalilah kepada Quran dan Hadis. Kembali kepada ajaran Islam yang suci murni. Di mana di dalamnya terdapat seorang insan agung terbilang. Yang tidak jemu2 berjuang, demi ummatnya yang tersayang. Ikutilah ajarannya, amalkanlah amalannya. Dengan cara itu, mungkin di satu masa kita dapat menilai kesusahan dan kepayahan sebenar seorang ketua...

6 comments:

Anonymous said...

me insaf dgn kelemahan dan kekurangan yg me ader..

salam

Anonymous said...

Ketua JKKK di kg saya telah memandu kereta perdana V6, dan kebanyakan sedara mara dia juga dapat bekerja di dalam pejabat majlis daerah, sedangkan saya saya tahu SRP/SPM pun tak berapa naka lepas. Itu baru ketua JKKK, kalau menteri tak tahu la nak kata apa...

YANG HAIRAN...

Anonymous said...

Setelah dilantik menjadi Ketua JKKK di kg saya, beliau telah memandu kereta perdana V6, dan kebanyakan sedara mara dia juga dapat bekerja di dalam pejabat majlis daerah, sedangkan saya tahu SRP/SPM dia orang pun tak berapa nak lepas. Itu baru ketua JKKK, kalau dilantik jadi menteri tak tahu la nak kata apa...

YANG HAIRAN...

Anonymous said...

Sekarang pemimpin kita berebut2 nk jadi pemimpin.Orang dulu2 tolak menolak bila diangkat jd pemimpin.Sebabnya menjadi pemimpin adalah tiket untuk mengumpul harta.Memang dasar UMNO laa..Tengok kat Terengganu,Sultan dah lantik MB pun masih nak kecoh2.Kalaulah MB lama betul2 redha dengan keputusan itu,janganlah biarkan kuncu2nya terus mendurhakai Sultan yang kita hormati itu.Pandai lempar batu,tp xpandai sembunyi tangan.
-Luthfi

Anonymous said...

me,
-begitulah yg diharapkan. hidup penuh dgn keinsafan

yang hairan,
-cerita2 sepertimana yg tuan tuliskan itu telah lama juga membuat sy jd hairan
-ramai org menjadi ketua untuk mengaut keuntungan, bukan untuk menjalankan kebajikan dan kewajipan
-memang menghairankan!

luth,
-pndpt tuan saya setuju juga
-mujurlah ada istitusi beraja
-jika tidak, sudah lama pembesar2 itu bermaharajalela mengalahkan raja
-sedangkan yg ini pun mereka ada hati mahu menderhaka
-itulah manusia

Anonymous said...

Bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang KETUA...
ikutlah contoh/sunnah yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw pemimpin sejati umat islam