Friday, August 01, 2008

AUKU dan Padang

Sekadar mengulas beberapa rangkaian berita yang masuk ke telinga

AUKU – Perlukah sebahagiannya dipinda?

Melihat kepada isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 secara keseluruhan, ia sebenarnya satu akta yang banyak memberi manfaat khususnya dalam seksyen2 disiplin dan etika pelajar. Namun sebahagian lain yang terdapat dalam AUKU, yakni yang mengekang penglibatan pelajar dalam mana2 organisasi dan kesatuan seharusnya dapat diperhalusi kerana ia tidak lagi releven di dalam era kemajuan ini

Umum mengetahui bahawa sebarang bentuk penyebaran politik adalah dilarang di dalam kampus, samada dilakukan oleh ahli2 politik, pensyarah mahupun pelajar yang berdaftar di institusi itu sendiri. Jika dilihat dari satu sudut, AUKU seolah2 dapat membantu agar mahasiswa tidak terbabit atau melibatkan diri secara lansung dengan politik, sekurang-kurangnya dalam tahun2 pengajian mereka. Ini kerana seorang mahasiswa haruslah suci dan bersih dari gejala politik yang ‘dianggap’ korup dan tidak berhemah

Di satu sudut lain, isu AUKU perlu dilihat sebagai kecacatan yang merencatkan sebahagian minda pelajar. Politik itu perlu kerana politik membuatkan manusia berfikir secara kritis dan kreatif. Para pelajar, khususnya mahasiswa yang bakal pula mengemudi negara seharusnya di’biasa’kan dengan permasalahan kenegaraan agar mereka dapat membuat penilaian berdasarkan pemikiran yang jitu dan matang

Segala undang2 dan dasar yang dilaksanakan kerajaan seharusnya diperhalusi oleh cerdik pandai dan adalah tidak salah jika maklumat dan pendapat (atau kritikan) diambil kira untuk membaikpulih keadaan

Jika kelembapan berfikir ini berterusan, negara kita mungkin binasa dengan lahirnya jenerasi yang tidak tahu dan tidak mahu berfikir, tidak mengambil tahu hal2 politik, ekonomi, sosial negara dan dunia, takut untuk berkongsi pendapat dan wacana malah kurang kredibiliti sebagai seorang mahasiswa

Teringat kata2 Martin Luther : “Knowledge and character, are the true meaning of education”

Kesimpulannya, pelajaran SAHAJA tidaklah mampu untuk membawa manusia ke mana2..



Padang bola Malaysia – membahayakan?

Sebagai rakyat Malaysia, sedikit pun aku tidak malu apabila pasukan bolasepak kita tewas kepada Chelsea dalam perlawanan yang diadakan kelmarin. Sudah dapat bermain dengan satu nama besar dalam arena sukan bolasepak itupun seharusnya diberi pujian. Sekurang2nya, kita berusaha sepenuh tenaga walau akhirnya tuah tidak menyebelahi kita

Namun sebagai seorang rakyat yang negaranya telahpun menjadi tuan rumah kepada sukan Komanwel, mutu padang yang menjadi sindiran dan ketidak puasan hati jurulatih pasukan Chelsea tidak boleh dipandang ringan. Ulasan Luiz Filipe Scolari yang bimbang akan keselamatan anak buahnya ketika bermain di padang Stadium Shah Alam perlu diambil sebagai pengajaran supaya perkara ini tidak berulang

Kita mampu membelanjakan wang berkoyan2 untuk membina pelbagai bentuk menara dan arca, namun tidak dapat pula memberikan komitmen kepada penjagaan mutu padang dalam negara. Jangan menjadikan isu iklim dan kepanasan sebagai alasan. Kalau beginilah sikap kita, sampai bila2 pun Malaysia masih akan dianggap negara kelas ketiga ataupun lebih teruk daripadanya

Orang yang datang melawat negara kita adalah seperti blog2 dan para pelawatnya. Kalau suka, pelawat akan singgah untuk hari2 yang seterusnya. Kalau lawatan pertama itu sudah indah khabar dari rupa, maka lawatan pertama itu akan menjadi yang ‘terakhir’ juga

ww: selamat berfikir dan teruskan membaca!

No comments: