Aku buka laman web akhbar arus perdana dan membaca laju tajuk2 berita yang terdapat di dalamnya. Lalu bebola mata tertangkap iklan bertulisan hijau di sudut kanan laman. “Sekitar Muktamar Pas”. Wah, sejak bila akhbar kuat kerajaan ini mula memberikan perhatian pada PAS? Aku senyum dalam hati. Senyum mengerti…
Aku petik suis televisyen. Terpampang dua orang pembaca berita tersenyum lembut memperdengarkan berita yang menarik minda. Lalu dalam berita itu banyak pula lah cerita2 bagus dan indah mengenai PAS. Muktamar PAS di Ipoh lagi sekali diberikan liputan luas. Hebat! Aku lagi sekali tersenyum dalam diam. Senyum faham…
Kalau kita orang berilmu dan mengerti permainan budi, liputan yang maha LUAS diberikan oleh pihak A kepada pihak B hanyalah agenda untuk menjatuhkan pihak C. Ia bukanlah bermaksud bahawa pihak B itu telah diterima keseluruhannya dalam corak dan warna politik mereka. Ini semua hanya menjadikan pihak B sebagai boneka di saat2 kejatuhan terbayang2 di pandangan. Di saat2 pihak C seolah2 mampu mendapat kemenangan
Bayangkan sebuah parti yang dianggap musuh sebelum ini dan kini mahu diangkat jadi sahabat. Lalu dipalu2kanlah kompang dan rebana sebagai tanda sayang dan cinta. Dicanang2 dan dilaung2kanlah nama dan kelibatnya. Namun terlupa luka lama tak bisa luput kesemuanya. Parut tetap ada..
Janganlah hendaknya sebuah parti bertuankan islam itu jatuh dan tunduk pada kehendak kumpulan yang suka menghasut dan memperbodohkan orang lain. Janganlah sampai terpaut hati dan termakan budi dengan permainan politik parti yang hanya mahukan kemenangan dan bukan ‘perjuangan’. Kerana bila saat kejayaan dalam genggaman, mereka akan lupa segala bentuk ‘persahabatan’ yang dijalinkan..
Lalu sambil2 membaca aku senyum simpul dalam hati. Semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan yang lurus buat orang2 yang benar dan kumpulan2 yang benar. Jangan cepat memakan budi, kerana ada budi yang MESTI dibalasi. Jangan sampai termakan budi kerana ada budi yang MENAGIH seribu janji……
4 comments:
Wah, kamu rupanya pemerhati politik yang sangat teliti. Saya sangat suka entry ini dan 100% bersetuju dengan pandangan kamu.
ahmad,
terima kasih. kita org muda yg harus berfikir dan meneliti dari setiap ruang dan inci. bukan terima bulat2 dan terus mempercayai..
yups.....
sejarah tu sentiasa berulang cuma dalam versi yang berbeza2 saja..
p/s: 2 new posting,enjoy membaca kay
Semoga orang bulan berpendirian begini:-
Hari ini bertanam ubi
Hari esok menanam beras
Helah budi di dalam parti
Dicubit pun tak berbekas
Post a Comment