Perit! Mungkin itu yg dapat disimpulkan meilhat dari raut wajah sang juara yg kehampaan. Aku meminati sukan tennis. Tidaklah sampai ke tahap mahu bermain, namun aku suka melihat pertembungan seorang manusia dengan tenaga dan psikologinya
Ada manusia yang memerangi musuh dengan tenaga, dan ada juga sekadar berperang dengan jiwa dan minda. Siapa pun kita, kekecewaan pasti datang menjenguk sekali sekala. Apa yg mampu dilakukan adalah dengan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kekecewaan adalah satu ujian. Pertarungan antara akal dan perasaan
Kekecewaan mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan. Mengajar bahawa hidup ini bagai roda yang berputaran. Segala kesenangan hari ini tidak selalu berpanjangan. Dan begitu jugalah dengan kesukaran. Mungkin esok lusa kita diberikan kemudahan
Sebagai peminat tegar, aku agak kecewa dengan kekalahan pemain pujaanku. Juara itu aku puji kerana mempunyai semangat juang yang tinggi. Sentiasa tenang tika beraksi dan tidak ‘menunjukkan’ sifat dengki (walaupun sebenarnya wujud rasa dengki, cemburu dan iri hati)
Namun kekalahan itu berlaku juga. Untuk menunjukkan pada kita bahawa sang Pencipta telah ada percaturan-Nya. Sebagai manusia, kekecewaan seharusnya memuhasabahkan. Sebagai ingatan bahawa segala kebahagiaan adalah pinjaman. Dan sudah adat meminjam, suatu hari barang yang dipinjam wajib dipulangkan. Termasuklah juga kemegahan dan gelaran!
5 comments:
SALAM ZIARAH.
Semoga terus sukses berkarya di blog ini. Hariri Daud
Salam Hartini,
Jika u suka Federer, saya suka Hingis. Kebetulan kedua2nya Switzerland.
sukj,
-terima kasih krn singgah di blog sy
-sy suka membaca pendapat sdr dlm bog akj.. nice thoughts
-martina hingis... sewaktu zaman kegemilangan beliau, sy masih kecil dan baru di awal sekolah menengah..
-sy tidak sempat menyaksikan kehebatan pete samprass, andre agassi dan hingis
-zaman sy zaman federer, zaman nadal, dan zaman henin (yg juga sudah bersara)
Post a Comment