Thursday, July 17, 2008

Nota biru-biru itu...

Nota biru-biru itu bukan milik aku..
Kerna aku cuma abdi pada alam
Tak dibayar keringat dengan wang
Tak dibalas khidmat dengan canang
Itu aku yang dalamnya penuh debu
Depan, belakang, kiri dan kananku
Menunggu hati-hati kian terpesong
Bagai mejan kaku berdiri condong

Nota biru-biru itu bukan milik aku..
Kerna aku cuma hamba pada cinta
Tak diganti jiwa dengan harta
Tak terlunas hutang noda dengan keping biru merah
Itu aku yang luarnya penuh warna
Sisi, tepi, atas dan bawah
Menanti khatimah sebuah juang
Bagai membanjir lembah yang kontang

Jauhkan aku dari nota biru-biru itu
Sebelum mata membuta mulut membisu
Itu bagai tinta melukis susah senang
Dalam kanvas ruang –
banyak : dijulang, sikit : dicurang
Biar diri menyerah pada akal
Sampai saat nyawa dijemput ajal



hartini Omar, 16 Julai 2008, 8.10mlm

7 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Tini,
Kerana Nota-nota Biru itulah ramai orang menjadi Kelabu.

Hartini Omar said...

kak aishah,
hmm.. itu boleh dibuat puisi juga ya??!!
-terima kasih

bahazain said...

ASM Sdr Hartini
Ada sesuatu yg tak bisa dicuri orang daripada kita, iaitu kesepian yg bermukim di dalam sanubari. Di situ kita merancang doa,janji,hiba ,sayang,bayangan masa depan, dan puisi.Seni yang indah di dunia bermula daripada kesepian hati penciptanya.Percayalah
BZ

bahazain said...
This comment has been removed by the author.
Hartini Omar said...

dato' Baha yg saya hormati,

kata2 dato':"seni yg indah di dunia bermula dari kesepian hati penciptanya"..

jika benarlah dato', rela saya merasakan kesepian hingga hujung kehidupan demi sebuah seni yg abadi.. kalaulah mampu, akan saya nukilkan dengan hati dan sanubari!

terima kasih banyak dato'

hayat said...

Tini,i tak suka nota-nota biru..i suka kumpul syiling...

Hartini Omar said...

hayat,
kumpul syiling bukankah berat??
-teringat syiling emas berharga seringgit yg pernah kita guna dulu.. memang berat! =P hehe