Thursday, September 18, 2008

Budaya mulia


Daun kelapa yang dua helai itu aku lilit di jejari. Lalu aku anyamkan satu2, penuh seni dan lenggok yang tersendiri. Setiap lingkaran itu bersamaan dengan tautan hati pada budaya dan agama. Biar keduanya bertaut rapat lalu bersemai sampai bila2. Lalu keronsong berangka itu disempurnakan, dan menjadi simbol budaya yang diperturunkan. Dari mana asalnya, sejak bila ia, tidak kutahu pula

Jauh di sudut hati, dalam kekesalan timbul juga rasa bangga. Aku kesal kerana ilmu yang semacam itu itu jarang diturunkan kepada anak2 muda. Maka satu hari nanti pasti akan dilupakan saja. Namun terselit rasa bangga kerana aku boleh melakukannya tatkala ramai yang hanya mampu tengok saja. Alangkah ruginya mereka!

Ketupat itu hanyalah adat dan budaya. Tidaklah sesuatu yang wajib bila tibanya hari raya. Terpulang pada tuan empunya diri, dan di negeri atau daerah mana dia berada. Namun aku menghargainya kerana faktor BUDAYA yang ada padanya. Budaya yang berharga. Yang boleh pula hilang jika tidak dijaga dan diturunkan pada generasi muda

Lazimnya, untuk aku sendiri, kami sekeluarga menganyam ketupat bersama2, memasaknya bersama2 dan menyedekahkannya juga. Bukan setakat dimakan untuk diri sendiri saja. Jadi bagi aku, itulah budaya sebenar yang harus dijaga. Budaya yang mengajar kita berkongsi rasa suka dan duka, dengan yang miskin juga yang kaya. Lebih2 lagi di lebaran mulia!

11 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Pandai Tini menganyam sarung ketupat tu
Akak tahu makan je. Pernah belajar tapi tak reti-reti. Orang kata jari akak keras. Ha..ha..ha..

Hartini Omar said...

kak aishah,
saya pun dulu penat belajar. tapi sebab memang suke bab2 seni ni, cerah la hati sket. hehe. tau dari skolah menengah lagi. dan sekarang siap boleh ajar kat orang
-kite jumpe nanti saya ajar akak la ek ;)
-jemput la datang beraya kt rumah. nanti sy bg alamat. kak aishah org sini kan?

Nafastari said...

Aku pernah pandai menganyam ketupat suatu masa dulu. Tapi sekarang mungkin sudah hilang kepandaian itu. Sudah lama kami tinggalkan daun-daun kelapa itu, sekarang cuma makan ketupat nasi yang direbus dalam plastik.

Rahimin Idris said...

eh, dulu saya pun belajar. ada ketupat jantung. dia lonjong sikit. sekarang haram tak reti dah!

Hartini Omar said...

ahmad,
macamtu lah yg terjadi pada banyak orang.. sayang..

rahimin,
macamana boleh jd tak reti? saya igt je wpun buat ketupat setahun sekali dan bukan hari2 ;)

org tua2 kata, lepas pandai menganyam sarung ketupat, mestilah kita masukkan beras, rebuskan dan makan ketupat yg kita anyam sendiri tadi. baru tak lupa sampai bila2.. org cakap laa..

terima kasih semua krn menyinggah

Bila Diary Bercerita said...

Tini,
terimakasih kerana sudi menjemput akak beraya kerumah Tini. Andai diizinkan oleh Allah pasti kita akan bersua muka.
Ya, akak duduk kat kl tp asal orang perak berkahwin dgn org ganu.

Denanz ... said...

skrg ni org makin malas. dh ada ketupat segera kat pasaraya, lagi la tak tau resam budaya.

Anonymous said...

haha..ustazah pun tak pandai anyam ketupat ni. boleh ajarkan?

Hartini Omar said...

hehe bolehhhhh...
xde hal la ustazah

Anonymous said...

pernah tahu mengayam ketupat,
tp mase 1st time belajar tu tingkatan enam rendah, ya Allah penatnyer jemari.. tapi sekali dapat, Ya Allah puas gila!!! siap bleh wat version ketupat kecik guna reben hamper jadi sebesar saiz reben keadilan atau kempen HIV tuh!! skang dah ingat2 lupa, tapi secara grafiknyer senang je sebenarnyer nak anyam, cume nak hold dengan dua tangan tu, die jadi mencabar..

kurang setuju dgn aishah jamal, jari keras atau lembut bukan soalnyer buat ketupat. jari saya quite lembut and flexible, sbab saya melukis, mengukir dan mereka grafik, malah menari juga.. tapi kawan2 yang ajar tu main bola, tulisan buruk dan jemarinyer kasar dan agak besar2... die buat smooooth je, saye buat jari menggigil sbb nak hold kedudukan daun tu mase kedua2 daun dililit dua2 blah tangan, susahnya!! tp sbab saya paham secara grafik camane proses die, i manage to find other way to anyam it, iaitu dengan hold statik sebelah daun berlilit, yang sebelah lagi saya masukkan macam jarum menjahit dengan dimulakan dari hujung daun ke daun yang berlilit statik itu, hasilnya? walaupun agak lambat, tapi sbb saye tahu konsepnyer, saye berjaya buat ketupat kecik tu, dan kawan2 saya tadi tak bleh wat sekecik tu! hehehe

-joe-

Hartini Omar said...

joe,
-ya.. rahsia sebenar menganyam ketupat adalah anda perlu tahu 'membayangkan' pembuatannya

if you can visualize it, u can do it! tahniah krn anda tergolong insan2 yg dikurniakan bakat seni yg hebat! =P thanks for dropin by