Sunday, June 14, 2009

Terpaksa menghampakan

Aku senyum senang. Memandu dalam kelajuan sederhana. Lembut menusuk gegendang telinga alunan2 asli, joget, zapin dan adakalanya keroncong. Memang sengaja aku pasang CD begitu kalau memandu. Melayan enak bait2 hebat yang indah memikat. Lagi2 kalau mendengar suara kakak angkat tersayang, Cik Siti (ahaks =P)

Kalau bukan alunan asli, lagu2 ballads jadi pilihan. Alunan saxophone yang lembut memberi kantuk pada kebanyakan orang, untukku jadi pembakar semangat. Memandu dengan mendengar lagu2 yang kita minat akan membuatkan kita bertambah peka dan waspada. Sekurang-kurangnya itu yang aku percaya

Kadang2 aku lupa, aku membawa bersama penumpang di belakang. Yang entah suka atau tidak mereka mendengar alunan lagu2 yang padaku memberi riang. Namun selalunya kawan2 rapat sudah teramat faham. Mereka maklum, dalam kereta Tini tak ada lagu2 pop, lagu2 rap, lagu2 rock.. Mereka tak kisah dan cuba meng’adapt’nya

Cuma untuk penumpang2 yang tidak biasa, mungkin mereka tidak selesa. Tapi maaflah, aku takkan mampu mengubah jiwa

Tini, pasang radio lah

Ok kak

Dan alunan retro berkumandang

Sinar pulak dah..

(Aku senyum) Minta maaf kak. Saya tak dengar stesyen lain

Aku tahu, ramai rakan2 sebaya membuka stesyen panasFM itu dalam kereta mereka. Aku dah cuba, tapi ditolak jiwa. Jadinya, hal yang satu ini sajalah aku meminta kebenaran untuk mengikut perasaan dan terpaksa menghampakan!

p/s : ada org di utara sana suka buka stesyen nasyed dlm kereta putih beliau. hehehe =P

8 comments:

Nafastari said...

Saya pun dengar Sinar.fm, tapi berselang-seli dengan Klasik Nasional dan Lite.fm. Banyak orang komplen, tapi saya tidak kisah saya bahagia dengan cara saya. Saya tidak suka Hot.fm atau Hitz.fm atau dsb kerana saya fikir mereka sangat bising, mentah dan membosankan. Kadang-kadang jika tidak dengar radio saya dengar CD koleksi alquran secara tarannum, saya ada banyak dan saya sangat senang mendengar alunan lagu-lagunya yang sangat unik dan berseni. Tiada lagu pop yang dapat mengalahkannya.

Sekarang saya tiada kereta sendiri di sini. Saya belum terokai sepenuhnya stesen-stesen radio yang ada. Tapi kadang-kadang pemandu saya memasang stesen berbahasa Urdu, saya dengar saja dan tidak berkata apa-apa.

peace said...

jarang2 je dgr radio. kalau dgr pun..dgr je apa2 yg rasa2 menarik..x kisah sgt sbb x minat sgt....ape2 ajer lah

Hartini Omar said...

ahmad,
-kalau naik kereta org atau di tempat org, saya pun tak cerewet mana. selalunya saya dengar saja

ustazah,
-saya suka dengar radio, sebab tanpa alunan melodi tu, hidup saya terasa kosong
-maklumlah, keseorangan tak berteman..
-lain kalau ada pasangan ye x, x buka radio pun x apa =P

terima kasih anda berdua

Ishan Qureshi Mehmood said...

Salam HARTINI,

Saat terlantar di atas katil hospital, saya lebih senang mendengar alunan mp3 ayat2 Al Quran yg begitu menenangkan jiwa, bukannya HOT.fm mahupun Sinar.fm:-) Dgn komputer riba di sisi, saya juga bisa memantau blog kamu & AHMAD dari kejauhan ini walaupun jarang meninggalkan jejak. Tulisan2 kalian berdua juga amat terkesan di hati dan jiwa saya. Tatkala membacanya, hilang seketika rasa derita yg sudah lama ditanggung:-)

Ok la, sampai ketemu lagi. Wassalam!

AeyRuLjOe said...

huhu sinar.fm..lagi2 kalau malam2 kan ms..memang syok didengar...best..noleh tertido jadinya...sedap lagu yang diputarkan...lagi satu muzik background waktu malam tu memang best giler....

hans said...

sinar fm best juga
'panas' fm pun ok
tapi klasik fm lagi layan
hehe

Mazarina said...

sy juga sukakan yg tenang.spt kata saudari tini di blog lama sy, kita ada persamaan...anyway, suda buka blog baru...terasa nk berblog kembali.

http://pagi-terang.blogspot.com

Empunya Myvi Putih-Utara said...

-Setiap orang ada kegemaran masing-masing
-bagi saya, sepanjang memandu kereta, saya rasa selamat ditemani alunan2 nasyeed dan zikir terutamanya daripada kumpulan nasyeed kegemaran saya Hijjaz=)
-walau bagaimanapun, sesekali saya turut senang mendengar irama instrumental sebagai halwa telinga...