Tuesday, June 09, 2009

Timur yang luhur makmur


Saat aku menaipkan entri ini, fikiranku jauh melayang, melepasi tahun2 yang deras berlalu, tidak pernah ku tersedarkan. Adakalanya memori itu datang, lalu memberikan kenangan paling indah dan membuatkan kutersenyum girang. Dan selebihnya mengungkit kembali segala memori luka, yang terkadang memberikan sendu yang terlalu sukar untuk dilafazkan dengan kata2

Setelah ke Utara beberapa minggu yang lalu, kakiku ini kujejakkan pula ke Timur yang makmur. Berjalan menelusuri pepantainya yang berpasir putih bersih, dengan deru bayunya yang sesegar kelopak bunga, airnya yang kadangkala kebiruan dan kadangkala kehijauan, ah.. betapa aku terlalu dekat dengan negeri ini, terlalu dekat sehingga adakalanya seakan2 memberikan sedikit kepiluan

Kenapa? Kerana Hartini. Ya, Hartini yang sebetulnya datang dari tanah Timur yang luhur ini. Seluhur dirinya yang menjadi korban kasihnya. Melayang aku mengenangkan sebuah kisah cinta. Apatah lagi bila membaca penanda jalan bertulis ‘Pasir panjang’ itu. Wahai Tuhan.. berilah aku sedikit kelapangan fikiran

Perhentian itu indah. Masih terbayang2 akan percikan suria yang berkilauan, memantul dari kejernihan lautnya yang mendamaikan. Terima kasih buat teman lama yang sempat memberi sedikit panduan sebelum kelana jauhnya di pentas bumi yang sana

Cuma sedikit terkilan, tidak dapat aku menziarahi beliau dan keluarga kecilnya, mengusap umbun puterinya yang pasti tersenyum kerana masih belum mengerti apa2. Tidak mengapa, jika ada rezeki yang diberi Allah, maka pasti akan bertemu juga kita

Ah, dan Perhentian dan Terengganu itu, biar sekali lagi kuserahkan ‘penceritaannya’ kepada kesayanganku. Betapa bertuahnya lahir dan membesar di Malaysia. Kadang2 teramat sukar untuk kita menghargainya. Mungkin teman, kamu sendiri telah dapat menghargai keberuntungannya. Merasai kerinduan pada deru nyiur, Timur dan ketimuranmu yang makmur..

Aku sangat percaya bahawa masih terlalu banyak yang belum kita teroka. Lebih2 lagi tentang tempat, adat dan budaya kita. Mari belajar dari alam yang diberi Tuhan, belajar memafhumkan erti sebuah kesyukuran dan belajar erti jalinan sebuah persahabatan…..




ww: lawati laman 'flickr' ku untuk foto2 yang selebihnya

7 comments:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Hartini,

dah habis cuti kamu di "sebelah sini" (?),

moga ada catatan memori yang lebih indah selepas ini ...

peace said...

bestnya cuti2 Malaysia. Harap2 anda lebih "tenang" setelah bercuti..mmm

Hartini Omar said...

tuan zulkifli,
-ya, sudah tamat segala percutian. sekarang ini mahu fokus pad tugas pula

ustazah,
-tenang? bukan saya memang tenang ke selama ni.. hehe

terima kasih semua

Nafastari said...

Wah, cantiknya gambar-gambar! Saya berharap dapat kembali ke situ lagi, bertiga.

cikgubad said...

Salam Tini,

Berkembara lagi nampaknya. Tema cerita masih sama. Tema hati dan jiwa yg mencari damai.

Moga Tini terus kembali kepadaNya utk sebuah kehidupan yg dijanjikan buat mereka yg digolongkan sbg as-sobirin.

Saya suka 'penceritaan' oleh 'sidia' Tini. Ia menceritakan dengan baik sekali. Saya terkesan.

Tahniah Tini.

Hartini Omar said...

ahmad,
-sekali lagi kalau saya ke tganu, saya mahu makan tengahari di rumah kamu

cikgu,
-ya, setakat ini si dia itu tidak pernah menghampakan. alhamdulillah. semoga tercapailah hajat saya mahu mengabadikan wajah2 dunia

terima kasih menyinggah

Nafastari said...

Makan tengah hari dan bermalam terus! Ya, silakan.