Saturday, August 21, 2010

Ubat hati

Ubat hati itu ada lima. Yang pertama baca Quran dan fahami maknanya. Hebat penawar itu. Sesungguhnya memang mujarab. Lakukanlah dengan ikhlas sambil mengharap pengampunan Tuhan, maka kemanisannya lekas2 terasa. Kadang2 sampai titik air mata. Terima kasih Tuhan atas kesakitan hati ini. Terlalu dalam lukanya. Sehingga kalau dibalut dengan ramuan yang berjuta pun masih terasa ngilunya

Ubat hati yang kedua itu solat malam. Bertahajjud menghadap Allah semata2. Mengharapkan keredhaan Dia dalam setiap apa yang dilakukan. Benar atau tidak benar hanya Dia yang menentukannya. Kita cuma hamba. Lalu layakkah kita menghukum sesama manusia? Mintalah sesuatu atas jalan sabar dan solat, dihujungnya insyaAllah bahagia

Yang ketiga, boleh saja mengubati hati dengan berkawan2 dengan orang2 soleh. Orang2 soleh di sini bermaksud yang selalu mengajak manusia ke jalan taqwa. Tak semestinya yang berserban berjubah, cukup sekadar yang berilmu dan berpengetahuan. Yang tinggi iman, yang sopan perilaku dan lunak perkataan. Berkawan2 lah dengan orang2 seperti itu, maka hati nanti bisa terubat

Jika lah susah benar mahu mencari orang2 alim, atau sesekali terasa kerdilnya diri untuk mendampingi manusia2 pilihan Ilahi, maka banyakkanlah berpuasa. Tak perlu kawan, tak perlu teman. Hanya diri kita dan keinginan semata. Puasa boleh mengubati hati2 yang ingkar lupa

Dan jikalaulah sukar kesemuanya, maka makanlah ubat dalam pilihan yang terakhir yakni berzikir. Makna zikir di sini adalah dengan mengingati Allah. Dalam tidur dan jaga. Mengingati bahawa segala apa yang terjadi adalah di tangan-Nya. Bahawa setiap saat dan detik adalah dengan kehendak-Nya. Kalau perkara itu melapangkan dada, maka bersyukurlah. Dan jikalau sebaliknya, maka bersabarlah. Dan mohonlah berbanyak pertolongan yang hanya pada Dia

Lalu ada di antara mereka2 itu yang sakit hatinya, lalu kekal berada dalam kesakitan

'Adakah sama orang2 yang mengetahui dan orang2 yang tidak mengetahui' (39:9)

3 comments:

hans said...

senang kata
amalkan perkara2 baik seperti ini agar mampu mengubati hati kita daripada sifat2 jahat

P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog

Nailul Muna Zahra said...

Aku perlu obat hati yang mujarab. Nih lagi patah hati apa obatnya?

hans said...

meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih

P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....