Tuesday, January 04, 2011

Yusra & Shamsul (Selamat Tahun Baru)

Alhamdulillah. Kesyukuran yang teramat sangat aku panjatkan ke hadrat Allah swt. Dengan keizinan, dengan kehendak, dengan keredhaanNya aku dapat jugak siapkan gambar2 dari majlis resepsi Yursa dan Shamsul yang aku attend pada 23 Disember haritu

Kepada pengantin baru, minta maaf banyak2 kalau terlambat post ye. Maklum, sibuk memanjang. Sampai dah masuk tahun baru pun aku tak sedar

Kepada rakan2 pembaca, rakan2 yang tak berapa suka nak baca tp datang tengok gambar je, rakan2 lama, teman2 blogger, rakan2 ofis dan keluarga besar di Uranus, client2 (wah, macam top sgt! hehe) terima kasih banyak atas segala yg berlaku untuk tahun 2010. Selamat tahun baru untuk anda semua. Di harap 2011 ni bakal memberi sesuatu yang lebih bermakna, insyallah

Dan untuk awak di sana, apa lagi yg dapat diungkapkan selain jutaan terima kasih yang tak terhingga, atas semua kesabaran dan ketabahan dalam melayan ragam saya yang kadang2 elok, kadang menggila.. hanya Tuhan saja yang berhak membalasi setiap butir kebaikan itu, hendaknya

Ok, Selamat tahun baru semua!












Ya, 11 keping sahaja. Kerana yang lainnya adalah hak milik rasmi pengantin. Yus, minta halal terlebih kurang ye :)

location : Yan Kechil, Kedah

3 comments:

Shamsul said...

Leed,memang terbaik la...marbeles..=)

Anonymous said...

Akum.. Alhamdulillah.. Wow! Cntik sgt.. Permandangan pun cantik.. Smething different.. sgat suke.. Even u not in the mood, but u do the best!! Mean awk mmg berbakat.. Teruskan usaha awk k.. HAppy neW YEar AWK!!! (^_^).. TAhniah!!!

Hartini Omar said...

Tuan pengantin,

terima kasih. semoga anda berpuas hati dengan khidmat saya

awk,

terima kasih juga. bakat saya akan tumpul satu hari nanti dengan arus masa. ia hanya akan kekal dengan semangat dan cita2, yang diteguhkan dengan kasih sayang dan cinta

"saya bekerja untuk hati"

terima kasih anda berdua