Wednesday, May 04, 2011

Saya sayang kamu

Saya sayang kamu. Sungguh2 saya sayang. Saya tidak ada perkataan lain lagi untuk memberitahu kamu bahawa saya memang sayangkan kamu. Saya sayangkan kamu kerana kamu sendiri. Jadi jika kamu menjadi orang lain, mana mungkin saya akan terus sayangkan kamu

Maksud 'menjadi orang lain' itu TIDAK boleh digunapakai dalam keadaan bila kamu menjadi miskin, bila kamu menjadi kurang upaya, bila kamu menjadi tua, bila kamu sudah tiada apa2 kerana dalam keadaan itu pun saya masih sayangkan kamu

Maksud 'jika kamu menjadi orang lain' itu adalah apabila kamu berubah, sikap dan perangai kamu, tingkahlaku dan peribadimu, perkataan dan perbuatanmu, kepada sesuatu yang sangat2 jauh dari diri kamu yg sebenar, maka semua itu akan merubah kasih sayang saya terhadapmu. Kerana saya hanya sayangkan kamu. Bukan orang lain

Saya tidak mempunyai apa yang orang lain ada untuk membuktikan betapa dalamnya rasa sayang ini. Jujur, sampai mati saya takkan dapat buktikan, kalau dengan jalan itu lah yang kamu mahu. Saya tak dapat tunjukkan di depan ibu bapa dan keluargamu kerana saya memang tidak mampu. Kalaulah Tuhan memberi pada saya kesempatan itu

Kalau saya pergi dan berjalan terus di atas muka bumi ini, saya tetap sayangkan kamu. Jika saya terus ke hadapan dan tidak menoleh2 lagi ke belakang, itu juga kerana saya terlalu sayangkan kamu

Saya hanya ada kata2 yang boleh saya lafaz dan coretkan berkali2 sehingga kamu faham bahawa saya benar2 sayangkan kamu. Kerana selain dari itu saya memang tidak ada. Saya tidak tahu samada kamu menyayangi saya atau tidak dan saya sudah tidak kisah akan hal itu. Saya menyayangi kamu bukan untuk kamu membalas juga kasih sayang saya

Saya sudah tua. Bukan anak2 remaja yang baru mencuba2 mencari cinta. Saya tidak gemar permasaalahan kerana saya tak pasti sampai bila saya akan hidup untuk merasai kegembiraan. Saya manusia yang berjalan atas landasan akal dan hati. Kedua-duanya mesti seiring, dan itulah keharmonian untuk saya

Saya bukan manusia yg berbangga jika saya berjaya mendapat kamu untuk kehidupan saya meskipun kamu berduka lara. Kamu bukan trofi untuk dimenangi. Cinta bukan hak milik tetapi anugerah yg mesti dihargai. Kerana cinta bagi saya tidak datang atas jalan jual beli

Kamu boleh hidup dengan dia yang selalu kita bualkan kerana saya kira kamu juga sayangkannya. Saya tidak mampu mendengar lagi namanya di gegendang telinga saya kerana segalanya itu sangat menyakitkan

Sangat sakit bila saya terpaksa berkorban demi kamu dan dia. Sangat sakit bila kamu berkata bahawa kamu TERpaksa dahulukan dia demi keluarga. Sangat sakit bila saat2 saya tersenyum berkata 'tak mengapa'. Sangat sakit bila kamu mampu katakan pada saya 'buatlah keputusan yg terbaik'.

Saya bersama kamu dari dulu hingga kini, merasai pahit manis dengan tabah dan kecekalan yang bukan kepalang, maka kamu menyuruh saya membuat lagi pilihan yg terbaik?

Tidak kah kamu faham bahawa menyayangi kamu adalah pilihan TERBAIK yang saya ada?

Walaupun dalam menyayangi kamu itu saya terluka, dalam menyayangi kamu itu saya kecewa, dalam menyayangi kamu itu saya diberikan tekanan yang menggila, saya tetap sayangkan kamu kerana itu lah sayang. Suka duka itulah yang saya panggil sayang

Cukup. Saya sudah tidak kuasa lagi memikirkan tentang saya yang sangat sayangkan kamu. Sejujurnya saya letih, penat dan tertekan dengan segala bentuk cacian, makian, dan tohmahan. Saya letih dengan sikap2 manusia di sekeliling saya. Jujur, saya benar2 letih dan keliru

Saya serahkan kepada Tuhan yang maha berkuasa untuk menentukan yang selebihnya. Tentu saja Dia mengetahui segalanya yang tidak diketahui oleh saya. Saya akan terus berjalan kerana hanya berjalan sahaja lah pilihan yang saya ada. Kalau tuhan berikan kematian, tentu saja saya memilihnya

Saya tetap sayangkan kamu, seperti mula2 saya menyayangi kamu. Kasih sayang saya tidak pernah akan berubah dan hanya masa yang boleh membuktikan kebenaran kata2 saya

Salam dari saya. Semoga hendaknya ada bahagia untuk kita

6 comments:

My Azie said...

saya penuh tanda tanya. ?(",)?

Bila Diary Bercerita said...

Berjela sungguh penjelasan Tini. Luahan perasaan pada siapa tu?
:)

Hartini Omar said...

kak, saya lebih berteka teki sebenarnya

k.aishah,
luahan perasaan pada dia yg sangat tidak faham walaupun saya explain berjela2

terima kasih anda berdua

Anonymous said...

bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah bertatah di hati kita, apatah lagi bila kita tahu yang dia berbahagi dengan insan pilihan nya..tapi kita hanya mnusia biasa yang hrus menerima qadak n qadar nya..semua orang boleh mencaci hamun diri kita sebab dorang x pernah fhm erti kehilangan..semoga dipertemua kan sinar kebahagiaa di akhir penantian..

Hartini Omar said...

tuan anon,
terima kasih

Deck Contractors Columbia said...

Interestiing thoughts