Thursday, August 18, 2011

Tiba2 aku teringin untuk menulis sesuatu buat kamu, Mawar

Mawar,

Aku baru lepas berjalan2. Melihat halaman2 segar oleh kata2 dan pendapat manusia yang takkan berkesudahan. Dan sebentar tadi berdiri cegat di hadapan rumahmu, yang kelihatannya sekarang ramai pengunjung dari berbagai ceruk penjuru. Ada yang bersuara lantang di depan pintu rumahmu. Bercakap dengan nada yang tidak perlu. Ada yang baru cuba2 mengetuk memberi salam. Ada yang kelihatannya bercakaran. Ada yang mengapi2kan dan membuat onar sesuka perasaan. Dan ada juga yang sekadar lalu lalang dan meninjau2 untuk mengisi masa terluang. Ramai..

Sesak

Lalu apabila aku pulang, aku terasa mahu tuliskan sesuatu buat kamu

Aku memang jarang sekali meninggalkan jejak di laman kamu. Namun seperti yang kamu tahu, untuk orang macam aku, jejak2 itu bukanlah satu tanda bahawa mereka lebih cinta dan aku tiada rasa. Tidak. Ia juga bukan bermakna mereka lebih prihatin dan aku ambil mudah. Tidak juga. Membaca cerita2 kamu, keluhan dan harapan, masalah dan usaha mengatasinya, membuat aku berfikir akan banyak perkara

Aku lebih suka berfikir dari bercakap

Namun kali ini aku terasa mahu bercakap

Akan datang nanti suatu hari, sesuatu yang pernah terjadi dulu di laman arwah suamimu. Saat2 kegemilangan yang mana memberikan ujian yang bukan kepalang. Ujian sabar dan ujian kematangan. Akan hadir pengunjung2 yang berkunjung dengan berbagai ragam dan karenah. Menjadikan laman kamu sebagai gelanggang untuk berdebat dan mempertaruhkan hujjah. Tak kurang juga yang datang dengan jualan2 dan iklan2 yang sedikit sebanyak mengagnggu kedamaian dan ketenagan laman peribadi kamu

Sedikit nasihat dari aku, baca sahaja apa yang pengunjung perkatakan. Semuanya baik dan positif jika kita memandangnya sebagai positif. Hargai kesemua mereka selagi terdaya, dan jikalau kamu tidak selesa dengan sebahagiannya, maka tolaklah dengan lembut dan hemah. Hujjah dan pendapat, kritikan dan nasihat, semuanya sangat bagus jika kita tidak mencampuradukkan emosi dalam menyalurkan fakta. Jadi secara peribadi, aku juga suka berhujjah untuk menajamkan minda. Selain dari itu, abaikan saja. Laman kamu adalah hak peribadi kamu

Dan seperti yang pernah aku perkatakan kepada Nafastari suatu masa dulu. Alangkah seronoknya saat2 kita menulis dan kita menulis bagi pihak diri kita sahaja. Kita menulis apa yang kita rasa dan tiada sesiapa pun yang akan berkata apa. Saat2 di mana mereka yang datang berkunjung itu adalah mereka yang benar2 mengenali kita, lalu mereka akan berfikir dahulu sebelum membuahkan bicara lalu tanpa sesuka hati menghakimi kita. Ya, saat itu. Dulu, saat kita mula2 berbicara

Seketika aku terkenang. Terkenang komen2 di entri Ahmad 'tersalah beli anjang2' :)

Lalu beliau membalasnya semula dalam entri aku 'terus jadi pembaca...'

Sahabat hebat yang berkat


Salam Hormat,

Tini

4 comments:

zila@akulovetravel said...

salam perkenalan...

just trbaca komen u kat 1 blog psl kuching...maybe blog tu xberapa bg info kt u...sila la dtg blog i..maybe leh bantu u serba sikit psl kuching

*Mawar Nafastari* said...

hartini,

benar sekali... sekarang tidak lagi seperti dahulu, blog yg saya cipta untuk suka-suka kini sudah jadi semakin serius dan semakin ramai yg memberi pendapat. alangkah seronoknya dahulu, hanya kita-kita yang membacanya.. namun, lokeklah saya jika saya hanya berkongsi pengalaman hidup untuk saya sendri, mungkin drpd pengalaman seseorang boleh dijadikan iktibar buat pembaca. saya harus lebih bersikap terbuka dan bijak menangani pembaca yang mengkritik saya.realitinya lebih banyak lagi yang saya harus hadapi. Semoga Tuhan memberikan saya kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan...

buat hartini,

makan nasi minyak, jangan lupa jemput! terlalu sudi untuk pergi dan mengenali kamu. :)

Hartini Omar said...

zila,

Terima kasih banyak. saya sudah pun kembali dr Kuching :)

Mawar,
Tak perlu tunggu nasi minyak untuk kenal aku, mawar. Nanti senang2 time raya aku dtg jenguk kamu anak beranak. Tringin nak cubit pipi marwa yang bambam :) embun? mesti becok

thanks anda berdua

~::PermatA::~ said...
This comment has been removed by the author.