Ada bayu hening yang bertiup saat titis air menyentuh kulit yang selalu saja suka beradu lena.. Dan dengan senyum aku berbisik dalam hati, alangkah barokahnya Ramadhan yang menjelma..
Aku perempuan kaya Kaya senyum dan tawa Aku perempuan tinggi Tinggi budi dan pekerti Aku perempuan sihat Sihat akal dan sifat Mataku celik jelas Untuk melihat keagungan Lidahku lancar bebas Untuk mensyukuri kenikmatan Akalku tajam bernas Untuk memikir keadaan Darahku merah Tanda jati manusia Rambutku hitam Tanda kasih ayahanda Kulitku perang Tanda melayu ibunda Aku pencipta agung ...ciptaan jiwa yang ulung Aku pelukis sohor ...lukisan hati yang makmur Aku pembina gilang ...binaan budi yang matang Aku pendaki hebat ...dakian cita dan matlamat Aku masih seorang Kerana belum diikat tali janji Aku masih sendiri Kerana belum pernah dimengerti Aku masih begini Tanpa janji yang dipatri Aku masih menanti Hadirnya putera yang memanggilku puteri Kenalilah aku sebagai aku Sebagai Tini yang melayu Bukan bangsa yang mudah lupa Bukan manusia yang leka alpa
1 komentar:
betul hening... sob sob
Post a Comment