Friday, April 20, 2012
Esok hari sejarah
Esok hari sejarah. 21 April 2012 akan jadi hari paling bersejarah buat saya. Jika saya mampu hidup untuk seratus tahun lagi, saya akan terus-terusan mengingati tarikh ini. Esok hari seorang saya benar2 menjadi saya. Hari untuk menilai di mana letak duduk iman dan taqwa di jiwa.
Kenapa hari esok sangat bersejarah buat saya? Itu biarlah saya saja yang tahu. Nanti di negeri abadi, di padang yang mana akan dihisab segala bentuk amalan walau seinci, ingin saya menceritakannya buat kalian. Atau saya serahkan saja kepada Tuhan untuk menayangkannya di pandangan. Saya mahu kalian tahu, jujur. Tapi bukan sekarang. Saya pasti ia bukan sekarang
Saya menulis dengan baris2 dan tulisan yang hanya mampu dibaca dengan hati yang hidup. Hati yang luhur dan kudus. Pandangan mata takkan mampu memahamkan kalian tentang saya. Hanya pandangan hati. Kerana di pandangan biasa, saya hanya seorang penulis yang bosan, pelik, jiwang dan sangat outdated. Tulisan2 saya boleh menidurkan dan mendodoikan manusia
Tapi di pandangan segelintir hati, tulisan saya hidup dan segar. Walaupun serba kekurangan, ia umpama manusia yang berjiwa. Sangat berlawanan dengan robot ciptaan yang sofistikated dan menawan namun tak berperasaan. Ini laman berat, kawan. Jika tak terpikul, jangan datang. Datang dengan hati yang lapang, Insyallah, anda kelegaan bila pulang
Akan saya lalui hari esok dengan kerja mengambil gambar juga. Semoga dengan pekerjaan itu, maka lekalah hati dan minda saya untuk berfikir2 dan berkira2 tak sudah2. Dan pada kalian saya pintakan doa2. Doa agar saya diberikan kelapangan, diberikan kesihatan, diberikan kecekalan dan ketabahan, seterusnya dipanjangkan umur dalam islam dan iman, mudah-mudahan
Jika saya survive esok, maka saya akan hidup di hari lusanya sebagai seorang manusia yang baru, insyallah. Keras, padu dan jitu. Itulah yang selalu saya sebut2kan dalam doa. Moga2 Allah memperkenankannya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
all the best with your historical day :)
Post a Comment