Thursday, April 12, 2012

Dan untuk kali yang keduanya

Umur, dua puluh lapan. Tahun, dua ribu dua belas. Dan sekali lagi Tuhan, sekali lagi wahai Tuhan, Engkau memberikan ujian yang tak terungkapkan. Dulu, sekitar tahun dua ribu tujuh, aku menangis teresak-esak. Dan kini, di tahun ini, aku menangis lagi. Namun tangisan yang tidak berbunyi. Sekadar termenung mengenangkan nasib yang telah tertulis. Dan setelah lima tahun berlalu, dengan buku yang juga baru, namun kisahnya masih lama. Perit yang masih sama

Mana sinar bahagia, wahai Tuhan? Mana berita2 gembira untuk orang2 yang menempuh ujian penuh kesabaran? Apa lagi salah seorang hamba yang namanya aku ini kepadaMu?

Tiada lagi penyesalan. Cukuplah bercakap2 tentang hati dan perasaan. Umur sudah tua, tidak lagi muda. Cukup. Biar sampai sini. Dan aku mahu sendiri. Tolong, tolong tutup dan kunci hati ini. Biarlah Kamu sahaja yang kekal di sisi

Kisah yang sama ini, dapat anda baca di SINI. Baca. Anda mesti baca. Ceritera yang sama, tak pernah sudah2. Dan klik sajalah untuk mengetahui kisahnya. Tiada apa yang berubah. Semuanya masih sama. Jangan tanya apa2. Sekadar baca dan doakan aku dipermudahkan segalanya

Terima kasih anda2 yang pernah melukakan

3 comments:

auntacu81 said...

Lyd, Selamat hari lahir ya. Semoga Allah memakbulkan apa yang lyd impikan jika ia terbaik untuk lyd...^__^

Rapunzel Cikilolo said...

be strong eh...

Hartini Omar said...

kak laily,
hari lahir saya dah lama berlalu. terima kasih atas ingatan. mudah-mudahan dimakbulkan imipian saya yg satu itu. biar seribu tahun lagi pun mampu saya tunggu

rapunzel,
strong is the only thing left