Tuesday, July 24, 2012

Kawah Putih, Bandung Indonesia

Sementelah ada masa ni, elok rasanya saya postkan sedikit gambar kawah putih yang sempat saya lawati dalam jalan2 ke Bandung tempoh hari. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke kawasan kawah putih yang berada di bahagian selatan Bandung. Dulu time pergi dengan kawan2 kami singgah Tangkuban Perahu je

Apa yang boleh saya cakap, kalau ada peluang sementelah ke Bandung, pergi lah ke Kawah Putih ni. Sebab apa? Sebab tempat2 macamni takde kat Malaysia kot. Haruslah tak ada kan. Bila pulak negara kita ni ada gunung berapi. Jadinya, walaupun agak jauh dari kota Bandung (sekitar 2jam perjalanan), tapi ianya berbaloi

Tempatnya memang cantik. Bau sulfur memang kuat sampai orang yang semput macam saya ni terpaksa tutup hidung dan mulut pakai mafla. Kata orang2 kat situ, kalau hari panas terik, airnya akan bertukar jadi kaler putih. Haruslah kan sebab dah matahari memancar

So mungkin masa saya datang tu hari tak berapa nak cerah. Jadi airnya kaler hijau2 biru gitu. Aqua la konon. Selalunya, kaler air macamni kita akan dapat kat pantai2 peranginan yang cetek dan jernih je, tak pun kolam renang yang dijaga bersih la. Tapi kat sini, tulen ok. Memang indah apa yang tuhan ciptakan. Subhanallah


Ada la sikit riwayat ni yang saya baca. Malas pulak nak bercerita. Baca lah sendiri kalau nak. Syahdu jugak kalau tau sejarah2 ni. Kebetulan ada pakcik main cak-lempong kat pondok depan signboard tu. Terasa ala2 dalam Istana Gusti Putri Pulak. Ampun Tuanku!




Satu yang best kat kawah putih ni berbanding Tangkuban Perahu ialah takde pun orang2 berniaga yang sibuk nak 'paksa' pengunjung beli barang2 dorang. So dapat jalan dengan selesa sambil snap2 pic sebanyak mana yang anda mampu. Takde lah sibuk kita nak bergambar, sibuk dia nak offer barang. dah dalam gambar kita ada gambar dorang jugak. Mana syiok! Kawasannya pun bersih dan terjaga. Memang menarik minat saya lah




Ni gambar dari pandangan atas bukit (walupun takde lah tinggi mana). Kalau dapat snap dari kapalterbang ke helikopter, mesti lagi cun. Tapi disebabkan saya pergi dengan keluarga, malas la saya nak buat posisi baring atau terbang macam fotografer National Geographic tu. Seadanya je lah



Airnya kalau disentuh rasa suam2 gitu. Lumpurnya warna putih kehijau-hijauan dan panas. Pegang lah kalau nak, takde pun orang tu marah. Tapi beragak-agaklah, jangan sampai ko berendam atau siap bawak sebaldi sampel air. Sekadar nak rasa, sentuh, bau, saya rasa memang tak ada masalah


Kebanyakan dahan2 dan pokok2 yang berdekatan dengan kawasan ni, semuanya berwarna hitam. Mungkin sebab terbakar dengan bahang dan kepanasan kawah putih ni. Tapi jangan terpedaya, kat area kawasan kawah putih ni, sejuknya lah ya amat. Jujur, memang sejuk

Overall, memang seronok dapat berada di kawah putih ni, sebab kalau nak diikutkan, Bandung ni femes dengan shopping-mopping, factory2 outlet, pasar baru dan makanannya yang unik je. Jadi tempat2 sight-seeing macamni memanglah saya suka. Saya tak berapa suka lah shopping2 ni. Tapi kalau dah namanya ke Bandung, sambar jugalah jeans dan kain ela dua tiga pasang

Saya tak berniat nak post kan gambar2 shopping sebab melambak boleh dilihat di blog2 orang lain. Klik je Bandung, berderet blog2 yang cerita pasal jalan2 di Bandung. Jadi saya post lah gambar kawah putih

Bayaran masuknya murah je. Dalam RP15ribu kot kalau tak silap saya. Dalam 5 hengget Malaysia lah. Ok la tu, mereka pun perlukan dana jugak untuk jaga tempat tu. Apa ingat free je ke? Cuma kalau nak bawak kereta sendiri, agak mahal la. Sebab kat pintu masuk utama tu ada disediakan angkutan

Jadinya, boleh lah nanti anda semua melawat tempat ni kalau ada kesempatan. Saya akan ke kota singa pada bulan syawal ni, insyallah. Nanti saya akan post kan gambar2 kat sana pulak

Target lepas Singapore? Tungguuuuuuuuuu

5 comments:

Ajamahiyaa said...

kota singa??...oohhh..jeles...

Hartini Omar said...

alah, setakat kota singa yg sepelaung, apa sangat jika nak dibandingkan dengan vietnam kan? eh ye ke vietnam? lupa dah aja nak g mana. hehe

Norzieyanty Ahmad said...

Menarik sungguh baca citer tini...x sabar rasanye nk tunggu nov ni coz nk ke sane.

Fazila said...

tanye sket boleh? tadi dek non cakap, kalau naik keter, mahal sikit? kenapa ek? kalau parking keter, dia charge ke..atau apa ek? pastu ada angkutan? cerciter skek.
o.. by d way.. u punye shot bombastik la. memang ada bakat amik gambo.. i like.. :D

Hartini Omar said...

kak fazila,

maaf sebab sy lambat reply. akak dah pergi kot bandungnya. tapi saya jawab la jugak kot2 ada orang lain yg nak tahu.

kalau bawak kereta ke atas memang mahal sebab dia dah sediakan angkutan untuk naik ke atas. kira macam nak naik bukit maxwell la. kan ada lori kan. so kalau kita nak bawak jugak kereta sendiri, kene bayar harga untuk kenderaan masuk dan harga tiket per person. so nasihat saya, kalau akak xde anak kecik, just ngan kawan2 je, baik naik angkutan. murah dan selamat. yg penting sampai jugak..

ok, harap dapat menjawab pertanyaan akak