Monday, October 22, 2012

Legoland Malaysia

Ok. Saya dah sampai Legoland Malaysia. Fine. Gila ad hoc sebab saya tak bagai hint apa2 pun yang saya akan ke sini. Sebab saya pun tak sangka bila rezeki datang bergolek betul2 depan batang hidung saya. Sebab dah ada orang bagi tiket free dan ajak saya ikut sekali ke Johor sana, saya pun tak fikir panjang dah, join aje. Apa nak fikir2 lagi. Bukan ada anak bini nak kene jaga ke apa, datang je la bawak badan. Jadinya, sempat jugalah saya ke Legoland yang menjadi bualan hangat itu

Sedikit gambar untuk dikongsi, macam biasa

 Terima kasih kepada empat dara pinggitan ni sebab sudi ajak saya pergi. Terharu!!

 Dari kiri, Kak Jijah, Kak Nora, Kak Nana (tokeh tiket) dan Kak Laily. Semua masih single ok (:

 Permainan pertama yg dorang main. Saya ambik gambar je

Replika2 bangunan yang diperbuat dari lego

 Nampak permainan ni macam untuk kanak2, kitorang tak sanggup pulak lah nak main

 Pelabuhan Tanjung Pelepas, katenye..

 Sangat panas lagi terik. Ini spot pilihan. Orang lain jeling je kitorang dapat kerusi nih. Redup okay!

 Aunty baju kuning tu cekak pinggang duduk depan KLIA. Tak puas hati la tu flight delay..

 Singapore la konon ni

 Jauh2 kami datang, KL jugak yg kami nampak. Nasib-nasib..

 Selamba badak lepak tepi kaunter ni hanya disebabkan dalam area ni ada aircond. Pakcik hujung tu, siap berlunjur kaki lagi..

Balik dengan mulut yang pot pet pot pet tak puas hati

******
Komen singkat saya sempena ke Legoland

1) Kalau ada duit lebih sikit, elok sangat lah kalian terus ke USS
2) Harga tiket yang rm140 macam tak berbaloi dengan permainan yang ada (banyak yang belum siap)
3) Legoland lebih sesuai untuk percutian keluarga dengan anak2 yang masih kecil (4-12 tahun mungkin). Untuk remaja dan dewasa macam saya, agak bosan juga
4) Servis patut dipertingkatkan. Kerusi rehat, water cooler, tempat beratur yang redup, kipas dan penghawa dingin, etc etc
5) Banyakkan kedai2 menjual cenderahati supaya pengunjung tidak bertumpu dan bersesak2 di kedai yang sama
6) Tak boleh bagi alasan "Fridge Magnet habis". Sangat dangkal ok statement tu. Ingat kedai runcit belakang rumah ke main nak habis2? Fridge magnet dan keychain yang ada tulis 'LEGOLAND MALAYSIA' tu lah cenderahati paling berharga dan laris. So, buat banyak2
7) Apa saja show yang dah siap fixed time, kalau start je terus tutup pintu and pagar supaya pengunjung tak keluar masuk. Sekali dah masuk, suka ke, boring ke, sampai show tu tamat lah pengunjung kene duduk dalam. Kalau terlambat, tunggu show yang seterusnya. Tu baru betul. Ada pulak boleh main keluar masuk sesuka hati
8) Belajar lah dari tempat orang, negara orang. Servis dan kualiti mereka tip top. Servis kita? Takpelah, malas nak komen


Saya bukan nak demand, tapi ini pendapat saya. Saya pernah ke negara luar dan mengunjungi taman2 tema seperti ini. Banyak yang harus diperbaiki dari segi servis dan kualiti kepada pengunjung. Mesti sesuai lah dengan harga yang dibayar. Kalau rege tiket tu 4 hengget macam fun fair belakang rumah, saya tak bebel kak non. Mujur lah saya masuk free, kalau tak, lagi panjang lah entri ni

Belajar lah untuk educate masyarakat kita supaya mereka ter'educate. Berikan kepercayaan dan bantu mereka untuk melakukan perubahan. Legoland Malaysia, sangat2 ke'malaysiaan' bagi saya. Yang pengunjung pun satu, ubahlah sikap. Jaga kebersihan. Bersopan di tempat awam. Jangan main nak usik butang itu ini, kalau masuk kedai; berhati2, jangan sepahkan barang2, kalau tak nak beli jangan pegang dan baaaaaaaaanyak lagi yang perlu dipertingkatkan

Yang pekerja pun bekerjalah. Tunjuk lah arah, berilah bantuan. Tegur lah kesalahan. Suruhlah orang beratur dengan cermat. Mana yang datang bekeluarga, jangan lah pisahkan mereka. Sakit tak hati kau kalau kene duduk asing ngan bini? Kau kan pekerja. Kalau kau bersuara, sorang tak cakap apa. Kalau kau diam kaku je, baik ko jadi replika patung lego tu. Sinis kan statement ni? Serius sakit hati

Kita perlu TEGAS dan JUJUR sebagai penganjur
Pengunjung harus SOPAN dan MALU sebagai tetamu

Berapa tahun lagi untuk saya dapat melihat rakyat negara saya berdisiplin dan berhemah dalam setiap tindak tanduk mereka? Entahlah..

Apapun, akhir sekali, terima kasih Kak Nana dan Kak2 semua kerana sudi mengajak saya berhujung minggu di sana. Daripada 5 bintang, saya bagi 2 je la dulu eh. Nanti kalau you all improve, saya tambah lagi

Sekian..

******

p/s : maaf kalau ada yang tak sependapat dengan saya. ini pendapat peribadi sahaja


8 comments:

Cahaya Malam said...

Wow weeeeeeeeeeeee...cepatnyer...hehehe...nak gambar penuh okay nanti...terima kasih pada lydia kerana sudi ikut akak dalam last minute ajak....huhuhu..cayalah...:)

Anonymous said...

oooh. belum ada kesempatan nak singgah

WS Zuriati said...

Sib baik tini buh gmbr2 kt sini...dpt ler menengoknya..ank2 pun suka tgk gmbr2 nih..rsnya akak memang tak sampai kot...dlm mimpi jer lah...tq tini..

kak zu...nurahadi..

Unknown said...

Setuju sangat dengan semua ulasan di atas. Paling meluat staff yang tak professional @ playing the fools with themselves especially yang staff-staff yang jaga pintu masuk tu. LEGOLAND Malaysia boleh ada "fun fair". Bayar RM10 untuk game pancing-pancing dapatkan hadiah. Come on LEGOLAND Malaysia.. that's not your standrad.

kakyongnida said...

wow. mahalnye harga. baik pergi genting jer huhu

hartiniomar said...

kak zu,
jangan cakap macamtu. akak cari lah masa dan kesempatan utk bawak anak2. masa ni kalau kita tak cari memang takde kak. smg akak dpt berjalan2 dengan keluarga nanti

faizal,
betul sangat. saya pun tak berkenan gerai2 ala fun fair tu. kelakar ok. mana ada universal studio and disneyland buat macamtu.. they should improve on that. please think international and BE international. baik buat gerai yg tunjukkan permainan orang melayu macam 'main congkak ke', main getah ke, main teng teng ke. bagi orang malaysia mungkin dah biasa, tp bg orang luar, they might impress, who knows kan

nida,
mahal lah kalau nak dinilaikan dengan servisnya.

terima kasih semua

(: Gerbang Khabar D'Facemaker :) said...

haha bagus sgt la legoland malaysia hampeh mcm tu.. memang padan la ngan standard negara kite ni.. kita ni kering idea nk pancing tourist.. lps tu menyibuk.. bila negara len buat theme park camtu kite pun terdesak nk copy..

kite kene sedar level negara kita ni mmbangun.. x kesah la legoland ke ape2 land pon theme park brand2 mega macam ni biase tempatnya kt negara maju.. diorg mmpu dr segi kos.. servis.. so legoland ke hello kitty land ke mmng x layak ada kat malaysia.. membazir je.. dahla mahal tu rm90 lebih.. foreigner pun xkan minat ape yg ade kt dlm tu.. drpd tengok lego kl, baik diorg g kl je.. diorg lg suka tengok identiti sbenar negara kite..

ini juz opinion sy le..

(: Gerbang Khabar D'Facemaker :) said...
This comment has been removed by a blog administrator.