Pernah menangis dengar lagu? Atau pernah kalian menangis bila mengamati lirik2 lagu?
Saya selalu
Kadang2 rasa sebak. Sebak sampai mengalir air mata. Terasa macam disentuh2 hati. Tak terlafaz, tak terungkap. Hanya dapat rasa
Tadi saya dengar lagu ni dan baca liriknya di laman you-tube. Serius, saya sedih dan sebak dengar lagu ni. Dan liriknya..... Saya rasa nak tabik hormat kat penciptanya. What a masterpiece
Saya suka. Saya tak tahulah orang lain. Manusia kan macam2 selera
"Madah dan Karenah"
Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biarpun miskin harta
Jangan papa adat dan bahasa
Helang-helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung dijumpa
Jangan pula pangkal yang kau lupa
Harumnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti
Hidup dalam dunia Banyak ceritanya
Selagi bernyawa ada saja karenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup
Masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera amalan biasa
Penyair atau pujangga
Bermadah kelana
Dunia begitu jua
Dahulu mahupun sekarang
Tiada berbeza
Pucuk pangkal hati jua
Kalau emas, emas jua
Dibuang tetap berharga
Kalau besi, besi jua
Kan karat akhirnya
Haaa, kat part rangkap yg last ni lah yg saya rasa sebak sangat. Pandainyalah orang melayu buat madah2 macamni
Ringkas, berkias, tepat, padat.
Mesejnya jelas dalam erti kata : pandai2 la fahamkan sendiri ikut situasi masing2
Tahniah buat pencipta lagunya : M. Nasir dan pencipta liriknya : S Amin Sahab
Saya tabik la anda berdua!! Tak payah nak Shakespears sangat kot. Negara kita pun banyak lagi seniman yang hebat2 dan berbakat
P/s: bukak youtube dan cari sendiri lagunya kalau nak feel. Mungkin kalau baca liriknya sahaja tak berapa nak 'terasa'
Tapi memang wujud jugak dalam dunia ni orang yg takde perasaan. Apa nak buat.. Semua ciptaan Tuhan
Jumpa lagi (:
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 comment:
yup..setiap kali dgr lagu ni..mmg menitis air mata..fav lagu..masa kecik sy bising bila arwah mak pasang lagu ni, tp bila dh besar..sy plak yg minat. mungkin slh satu sbb menitis air mata disebabkan teringat kt arwah mak yg minat lagu ni dan keduanya disebabkan maksudnya yg tersirat. Maksud tersiratnya byk..x semua org ada feel yg sama..mungkin ada yg rasakan lagu ni sekadar lagu lama..wallahulam
Post a Comment