Friday, November 02, 2012

Ragut

Minggu lepas, hari Rabu, dua hari sebelum ketibaan Eidul Adha, saya diragut di hadapan rumah. Kalau fikir2 balik, saya pun tak tahu macamana nak cerita. Terlalu sekejap perkara tu berlaku sampai saya terkedu. Dan jujur, saya penat nak ceritakan berulang-ulang kali. Dekat mak ayah, dekat kawan2 ofis, dekat bos, dekat polis, dekat pegawai penyiasat. Kalau boleh rakam, saya rakam je cerita saya. Kalau2 orang nak dengar, saya putarkan balik kasetnya

Apa yang hilang? Semua. Wallet, telefon bimbit, Samsung tab, ic, lesen, kad atm, semualah. Semua hilang. Saya tinggal sehelai sepinggang. Mujur kunci kereta masih kat tangan. Jadi saya cari la syiling2 dalam kereta untuk call ayah saya. Dan jalan terbaik lepastu, report je lah

Duit yang hilang tu saya tak kisah sangat. Gajet2 yg saya sayang, walaupun sakit hati, tapi masih saya mampu meredhakan. Mungkin bukan rezeki saya. Tuhan pinjamkan sekejap je untuk saya rasa. Tapi susahnya nak buat IC, lesen, kad atm tu lah yang buat saya bengang satu badan

Peragut tu boleh je datang pinjam duit dari saya, gerenti saya bagi. Tapi bila dia ragut, dia bukan setakat ragut barang2 saya, dia ragut masa saya, tanggungjawab saya, saya tak dapat ke kelas dan ke pejabat, saya terpaksa ke hulu ke hilir menyudahkan segala-galanya. Dan sesungguhnya 'ragutan' itu lebih besar maknanya buat saya

Saya selalu ulang2kan ayat ni dalam kepala saya. "Biar saya susah, jangan menusahkan orang". Tapi bila saya diragut, saya dah lah susah, saya terpaksa meyusahkan orang. Ayah saya yang terpaksa datang dari Klang ke Puchong, mak saya yang terpaksa pinjamkan hanset, anak2 murid saya yang tunggu saya tapi saya tak masuk kelas (nak call macamana kalau saya tak ada nombor telefon mereka), bos yang ternanti2 kenapa saya tak datang ofis. Semualah!

Semua yang terjadi akan membuatkan saya lebih berhati2. Cuma terkilan, nombor2 telefon kawan2, semua hilang. Jadi kalau ada rakan2 yang membaca blog saya, sila lah msg semula dan kenalkan diri anda. Saya masih menggunakan nombor telefon bimbit yang sama.

Dan buat peragut yang konfem anda mesti tak baca punyalah blog2 macamni. Sebab kalau anda baca, mestilah anda terdidik dan tidak akan meragut orang. Saya doakan anda diberikan hidayah, supaya anda berubah dan anda faham, bagaimana rasanya kalau barang-barang dan kehidupan yang anda sayang diragut oleh orang lain. Ingat, kita masih ada akhirat sebagai mahkamah teragung. Jumpa di sana ya!


5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...Saya turut bersimpati dan berdoa agar sdri diberi kesabaran melalui dugaan ini. Smg kepayahan hari ini akan diganti oleh-Nya dengan kebaikan yg jauh lebih beerti di kemudian hari. Amin...wassalam.

cikgubad said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu Tini memikulnya. Dengan bersabar Tini pasti akan jadi lebih kuat menghadapi dugaan hidup ini.

Cikgu mendoakan agar Allah menggantikan yang lebih baik daripada yang telah hilang diragut itu...Ameen

Hartini Omar said...

tuan anon,
mudah-mudahan. ameen. terima kasih

cikgu,
insyallah. nak tak nak saya perlu kuat. boleh saya dapatkan emel cikgu? ada perkara yang ingin ditanyakan tentang kerjaya

terima kasih

cikgubad said...

Maaf Tini terlewat nak balas. Baru recheck komen balas dari Tini. Ni email cikgu : cikgubad@gmail.com

WS Zuriati said...

Akak baru bc entri ni...w/pun dah lama peristiwa ini..akak harap tini lebih berhati2 ye..sebelum keluar rumah pastikan tini berwudhu' meskipun dalam keadaan uzur...insyaallah semoga tini selamat dalam perlindungan allah swt...