Tidak malu untuk saya mengaku, beberapa tahun kebelakangan ini saya memang jarang menulis. Bukannya tidak ada perkara yang saya fikirkan. Ada. Cuma jemari terasa berat mahu menaip. Menukar bentuk2 idea menjadi perkataan yang seterusnya difahami pembaca. Menulis terasa begitu sukar, tidak macam dulu2 lagi
Apakah saya sudah terlalu tua?
Tentu saja umur bukan soalnya. Sedang para sasterawan pun masih terus melakar tinta walau berapa banyak pun angka yang bertambah dalam turutan usia mereka. Sehingga makin tua, makin manis pula terasa tulisan2 mereka
Lalu apa? Apakah sekarang saya terlalu sibuk?
Lagi lah tidak. Saya terlalu banyak masa terluang. Kadang2 hanya saya gunakan dengan duduk bermenung2 dan memikir, tak sudah2 tak lelah2.. Kadang2 saya melepas2 pandangan, memikir perkara apa lagi yang bisa saya lakukan. Dan menulis itu, ya... Adakalanya bukan tidak saya memulakan, namun setelah beberapa baris, terasa pula lah kekoknya, lalu segala tulisan2 itu saya tinggalkan sahaja
Jadi apakah sebabnya saya malas menulis lagi?
Mungkin sekali saya terfikir kerana yang membaca tulisan2 hati ini telah tidak ada. Sepertimana saya, manusia mahu segalanya serba pantas dan ringkas. 'In point form, please..' Begitu kata orang. Menulis yang sebenarnya adalah untuk terapi jiwa, telah tidak lagi menjadi terapi. Lalu mungkin kerana itu saya tidak menulis lagi
Saya memang menulis untuk saya dan bukan untuk orang. Tapi sekali sekala kalau ada yang memahami dan menyapa, itukan boleh dianggap bonus. Menjadi penulis tidak mengharuskan agar penulisan kita dibaca manusia. Namun apa ertinya jika apa yang kita tulis tidak dibaca?
Apa gunanya Al-Quran sebagai pedoman jika membacanya pun kita tak mahu.
Ya, begitulah analoginya.
Lalu dengan itu saya terasa berat dan malas. Terasa culas walaupun untuk menghabiskan entri yang sedang saya tulis ini. Saya mungkin bukan penulis sohor. Tapi saya telah menulis sejak zaman2 belajar lagi. Dan saya mahu meneruskan aktiviti penulisan saya sehingga akhir hayat. Saya tak mahu berhenti. Walau di tanah mana saya berdiri
....................
Blog ini adalah diari terbesar saya. Terbesar, tertebal dan terbaik yang pernah saya nukilkan. Saya menyematkan segala memori satu persatu tanpa jemu. Sehingga apabila dibaca semula tulisan2 lama saya, saya tersenyum senang
Apakah itu Tini yang sudah lama hilang?
Saya tetap saya meski apa pun pakaian yang saya pakai, bagaimana pun rupa saya, di tanah mana pun saya berpijak, bahasa apa pun yang saya tuturkan. Saya tetap saya. Dengan jatidiri terbaik, semangat dan pendirian yang unik
Kadang2 ada kenangan yang membuahkan senyum. Kadang2 ada yang memilukan. Namun itulah erti hidup. HUJAN dan MATAHARI yang saling memerlukan. Tak boleh tidak. 'La budda', kata sebahagian orang
Walaupun tidak semua yang saya kongsikan di dalam laman ini; lebih2 lagi yang dalam dan kelam, yang serabut dan kusut, yang berangkai dan terlalu sukar dirungkai, namun seharusnya jika anda pembaca yang dengan hati, anda mampu memahami
Lalu seandainyalah pun anda pembaca yang dengan mata, anda juga tidak terlepas dari menelaah. Dan untuk pembaca yang sekadar membaca tanpa pemerhatian, cuma menyinggah tanpa sapa; anda juga telah saya hadiahkan ilmu dan pengetahuan
.....................
Kalau lah mampu saya tulis dan kongsikan dengan anda, segalanya yang saya tempuhi dalam melalui dekad ini; berapa banyak air mata yang tumpah, berapa banyak keringat yang diperah, masa yang ditarah, wahai.... Kalau lah mampu saya nukilkan
Akan. Akan saya tulis satu hari nanti. Beserta bukti. Biar berselirat akal anda memikir letak duduk hakikat. hakikat penciptaan, hakikat keimanan dan pengorbanan
Tunggulah, kalau panjang umur saya...
3 comments:
teruskan minat yg baik ni. tapi itulah,nak menulis ni kena duduk, fikir dan olah ayat supaya orang yang membacanya nanti faham mesej yang nak disampaikan. atau sekurang-kurangnya kita sendiri faham apa yang kita tulis...tak gitu??? idea mungkin ada dalam kepala... tapi tak semestinya boleh diluahkan dengan baik dalam bentuk penulisan...hmmm
p/s: patutla tak jawab sms... ingat betullah dah lupa :-)
Assalamualaikum sdri Hartini,
Semoga sdri akan terus bermotivasi dan berinspirasi utk menulis. Dan saya (juga semua pengunjung setia blog ini)akan tunggu hingga tiba saat dan detik itu. Insya-Allah...
ustazah budiman yg saya sayang.., (eceh, nak bodek ni)
terima kasih banyak. betul, menulis memang sukar kalau tidak dengan hati. sebab itu banyaknya skrg ni entri2 bergambar je. letak gambar, bebel lebih kurang, setel. sangat tak bagus kan? ok xpe, lepasni saya akan berusaha menulis dengan banyaknya
tuan anonymous,
kan bagus kalau dikirim sebaris nama. kalaupun tidak mampu disebut, bisa sekali untuk saya taipkan di dalam entri saya di suatu masa. apapun terima kasih banyak kerana sudi singgah. untuk tuan saya doakan bahagia
Post a Comment