Friday, May 09, 2014

Keropok lekor London

Hahaha saya memang ketawa dan tersenyum2 sambil menaip entri ni. Dulu saya pernah terfikir betapa gigihnya arwah sahabat saya Nafastari yang sanggup menguli keropok lekor di Pakistan sana. Baca entri beliau di sini. Sekarang bila kena kat batang hidung saya baru saya tahu

Demi tekak yang dah lapan bulan tak rasa keropok lekor, saya gagahkan jugak membuatnya sendiri


Ikan kembung ni saya beli kat oriental shop je. Sekilo 3 pound. Saya pakai 6 ekor je, tiga ekor lagi saya simpan. Kot2 lah esok nak goreng belado ke apa. Ececeh

So banyak ni je lah yang saya asingkan isinya, kisar dan uli. Gigih lah jugak mencari tepung tapioca bagai kat tetanah omputeh ni kan


Dah uli lebih2 kurang, buatlah bentuk macam kopok lekor yang kita tengok selalu. Warna dia tak gelap lah sebab tengok ikan apa kita guna. Mujur tak pakai salmon. Harus oren kopok iols. Lepas dah bentuk, rebuskan je sampai dia boleh timbul. Kira dah masak lah tu kot. Main kot2 pulak saya ni. Silalah abaikan rupa dia yang tak jelita tu. Ni namanya asal siap


Dan akhir sekali, potong dan goreng lah ikut suka hati kita. Dah kita yang masak, sukati lah nak makan banyak mana ye tak. Yang lebih tu simpan dalam fridge. Esok lusa boleh buat minum petang. Ecewah! Minum petang sangat ^^

Saya baru tahu, kalau dah kat tempat orang, nak tak nak kene lah cuba jugak buat. Boleh lah kalau tak nak cuba buat atau malas. Layan je lah kempunan tu.

Dulu waktu kat Malaysia, saya tak pernah nak ambil tahu pun macamna nak buat keropok lekor ke, macamana nak masak ke, saya beli je semua. Duduk sorang, lagi lah malas nak ke dapur. Setakat satu mulut, beli aje nasi bungkus kat kedai belakang. Camtu lah selalunya

Tapi dah duduk jauh kat negara orang ni, apa je yg saya teringin saya akan masak sendiri. Lalu la pulak hari2 nak makan fish & chips, ayam goreng, burger, kebab je ye tak


Teringin sambal goreng? Gigih saya mencari tempeh dan masak sambal tempeh ni. Konon perasan jawa sekejap. Simple2 pun saya memang jarang sangat ke dapur. Kalau gi dapur pun saya goreng nugget je. Kata bujang...


Teringin lamb chop, ha masak jugak sendiri. Bukan susah. Sini memang belambak steak house tapi nak mencari yang halalan toyyiba tu payah sikit kak non. So ada baiknya beli je daging kat kedai arab, bakar sendiri. Sos buat sendiri, sayur rebus sendiri. Habis cerita. Hilang kempunan


Terasa nak makan asam pedas? Turun lah bawah masak sendiri. Kat sini takde mak nak main order2 je. Nak, buat sendiri. Bagus lah jugak. Atleast dapat lah mengasah bakat memasak saya yang dah berkarat ni. Ecewah. Saya takde lah pandai masak pun. Tapi takde lah sampai masak nasi pun tak reti. Tu melampau dik. Gi sorok muka dalam kasut gi kalau masak nasi pun tak reti. Tak reti, belajar!

Wah marah giteww..

Ok tu je lah entri santai saya kali ni. Saja nak berkongsi kepoyoan dapat buat keropok lekor sendiri. Resepi kopok lekor tu ada banyak kat google. Taip je resepi kopok lekor, beratus keluar. Tapinya, janganlah catit resepi je kak non. Buatnya tidak. Resepi berjilid2, makannya ikan goreng ngan sayur tumis taugeh jugak

Baik takyah

Hahaha ^^ bye. Terima kasih

17 comments:

s.c.h.u.l.t said...

seronoknya jumpa kembong! nak keropok lekor juga!!!! :D

dekat edinburgh ni tak jumpa lagi kembong. balik-balik salmon, seabass, trout... T.T

Hartini Omar said...

S.c.h.u.l.t,

Saya pun dapat kat oriental shop tadi. Bukan yang segar lah tapi. Frozen pun ok lah asal kembung. Gelap sikit kaler dia konon2. tapi tak gelap mana jugak rupanya hehe

Terima kasih datang singgah ;)

Rapunzel Cikilolo said...

wah. saya kat sini pun dah lama tak makan keropok lekor.

teringin pulak lepas tgk gambar tu.

Hartini Omar said...

Klau kat mesia teringin pape beli aje. Aku kat sini klau teringin pape kene abaikan dua tiga kali dulu sampai betul2 klimaks baru aku masak. Boleh gitu?

Terima kasih singgah

yayang laling said...

kepok leko tu nampak sedap.

Hartini Omar said...

Nampak je sedap tu yayang laling. Rasa dia mcm perlu banyak improvement kot ;)

Terima kasih banyak sudi singgah

Julia Nazren said...

Lead!

tak sangka jumpa blog ko! wahhhh hebatnya berkeropok lekor bagai.. rindu kt ko. take care n all e best kat sana ye.

Hartini Omar said...

Juliaaaaaaa...

Rindu jugak.. Ko sihat ke weh? Haha kopok lekor boleh lagi aku layankan jue. Kalau tekak mintak kuih koci mmg masak aku! Haruslah aku tawaf satu london ni cari daun pisang

Thanks datang singgah. Ko pun jaga diri k. Kawen jemput aku hoi ;P hehehe - eh ke dah kawen? hahaha

Julia Nazren said...

salam lead.

sihat alhamdulilah.hee
seronok baca blog ko ni. (jakun) pdhal ko tulis blog dah lama kot.

haha iye akan jemput. blum lg kawen nya. waaa bangga aku tgok ko study kt UK. huwaa nk jugak. lead guide me please

Hartini Omar said...

Pm plis. Haha emel la weh aku bg no. T leh whatsap ;) charming_lead@yahoo.com

Anonymous said...

Miss...kenal sy x?

Hartini Omar said...

Macamana lah saya nak kenal kalau dah nama kat atas tu 'anonymous'.. It should be "miss, sy siti binti dollah (eg.) Miss kenal sy tak?" Haa baru relevan soalan gitu ;)

Ajamahiyaa said...

gilerrrr ahhhh..cayalah....nk kepok 2hinggit!!!! hahaaha ;p

Aishah Jamal said...

Wahh....tahniah sudah berjaya buat kepok lekor. :)
Akak percaya lepas ni lagi banyak resepi yang Tini masak.

Hartini Omar said...

Hahaha tu lah ja. Demi kopok lekor, ku gagahi jua. Knp kita x buat mesin buat kopok mcm omputeh buat mesin breadmaker tu kan? Boleh bwk je dtg sini

Hartini Omar said...

Hihi malunya saya kak. Kopok lekor saya tu serba adanya je kak. Betul, dah jauh2 ni teringin apa pun kene la masak sendiri. Thanks kak ;)

Anonymous said...

at last terjumpa org buat keropok dkt uk hehe.. thanks
Salam from Wales ;)