Wednesday, May 07, 2014

Mari kenal King's

Ada pembaca yang menulis komen, meminta saya bercerita tentang proses menyambung pengajian ke luar negara. Saya bukan tidak mahu, tetapi percayalah, prosesnya terlalu panjang untuk diceritakan dengan sekali lalu. Dan untuk adik2 atau individu yang ingin tahu bagaimana proses tersebut berjalan, mungkin boleh google dan mencari di lain2 laman. Ada banyak blog yang menceritakan tentang proses tersebut (samada keperluan untuk memohon tempat di universiti ataupun memohon bantuan biasiswa dan sebagainya)

Tetapi jika mahu perkongsian peribadi, bolehlah emelkan pertanyaan kepada saya di charming_lead@yahoo.com. Insyallah saya akan melayan segala pertanyaan anda

Untuk kali ini, saya mahu menceritakan tentang King's College London (KCL/Kings), 

Sewaktu bercadang untuk menyambung pengajian, saya mendapat dua tawaran, satu dari Kings dan satu dari Uni of Edinburgh. Dan hanya dua ini sahajalah universiti yang saya mohon dan kedua2nya memberi jawapan positif. Saya terpaksa memilih Kings oleh kerana MARA yang membuat pemilihan tersebut selaku badan yang membiayaai pengajian saya sepenuhnya. Dan hanya kini, apabila sudah enam bulan saya di London dan pernah datang melawat Edinburgh, baru saya benar2 boleh bersyukur mengapa takdir menghantar saya ke sini dan bukan ke sana.

Suka saya ingatkan bahawa manusia mempunyai berbagai2 kemahuan. Kemahuan tersebut selalunya berdasarkan watak dan personaliti seseorang. Dan untuk individu selincah, se'adventurous' dan selasak saya, London adalah bandar yang sangat hampir dengan ciri2 personaliti itu. Saya bersyukur dapat berdiri di tanah ini, dipinjamkan pengalaman paling manis dalam episod kehidupan saya oleh Allah azza wajalla

King's College London yang sebenarnya adalah antara institusi di bawah naungan University of London adalah sebuah universiti berprestij di UK. Expektasi masyarakat setempat dan masyarakat dunia umumnya menjadi sangat tinggi kepada graduan yang datang dari universiti2 berprestij seperti ini. Di dalam ranking dunia oleh QS World Ranking, KCL mendapat tempat ke 19, dan berada di kedudukan 38 dunia oleh Times Higher Education. Kedudukan itu sangat tinggi berbanding jumlah total institusi2 yang terdapat di dunia ini. Ya, saya memikul tanggungjawab berat, seberat mata yang melihat.



Ini adalah logo rasmi KCL yang adakalanya lebih glamer dengan panggilan Kings oleh orang2 di London. Sancte et sapienter yang berbahasa Latin tersebut membawa maksud with Holiness and Wisdom (Kesucian dan Kebijaksanaan). Ia sangat2 seiring dengan motto universiti lama saya (Garden of Knowledge and Virtue - Taman ilmu dan budi) yakni UIA yang disayangi. Kedua2 motto memperlihatkan asas penting kehidupan yakni pengetahuan dan tatacara pergaulan. Dan itulah juga yang saya angkat menjadi asas kukuh dalam panduan kehidupan saya

Kebanyakan institusi di bandar sesesak London tidak mempunyai kampus luas yang cantik dan gah seperti UIA, USM, UUM dan sebagainya. Bangunan2 institusi di sini selalunya bercampur aduk dan bergabung dengan bangunan2 lain yang sedia ada. Dan KCL tidak terkecuali daripadanya


Terdapat lima buah kampus (Strand, Waterloo, Guys, St. Thomas dan Denmark Hill) yang berfungsi menjadi kelas, bilik kuliah, dewan teater, perpustakaan dan berbagai fasiliti lain untuk pelajar2nya. Tiga buah kampus (Guys, St. Thomas dan Denmark Hill terletak bersebelahan dengan hospital yang juga menjadi pusat pembelajaran bagi pelajar2 dengan jurusan berkaitan kesihatan i.e perubatan, pergigian dan psikiatri). Suka saya ingatkan bahawa KCL sangat terkenal untuk kursus2 berasaskan kesihatan dan undang-undang. Namun kursus2 lain boleh didapati di peringkat sarjana dan doktor falsafah

Berbalik kepada kampus, seperti yang dapat dilihat, kelima2 kampus terletak di tengah2 bandar London, berdekatan dengan tempat2 tumpuan pelancong seperti Big Ben, Tower Bridge, London Eye dan sebagainya. Belajar di dalam persekitaran yang padat dan sesak adalah satu kelainan, berbanding berada di universiti seaman UUM. Universiti Malaya yang terletak di Kuala Lumpur itupun tidak mampu menandingi betapa TENGAH2nya KCL berada di dalam bandar. 

Bayangkan sebelah KLCC, ada UIA. Ada macam tak lojik pun ya tapi itulah hakikatnya!


Ini adalah kampus Strand yang terletak bersebelahan dengan Somerset Building. Boleh dikatakan inilah kampus utama Kings dan kebanyakan program2 persatuan dijalankan di sini. Kampus ini terletak di tengah2 kota London.


Ya, dan ini gambar dari sudut atas bangunan somerset dan Kampus Strand. Boleh kita lihat dengan jelas Eye of London dan Big Ben yang mana kedua2 tempat tumpuan itu dapat diakses dengan berjalan kaki. Ya, Kings memang berada di tengah2 kesesakan London. In the heart of London, kata orang putih


Ini pula Waterloo Campus yang terletak di Waterloo. Ini kampus utama bagi kursus kejururawatan dan midwifery. Kadang2 saya ada seminar jugak kat sini. So selalu lah saya melepak kat kampus ni. Perpustakaan di kampus ni juga besar berbanding kampus saya di Denmark Hill


Kalau ikutkan, memang besar lagi library UIA or UM (sekadar menamakan sebahagian perpustakaan universiti awam yg pernah saya masuki) berbanding library kat uni london ni. Tapi perkhidmatan mereka lah yang tip top sekali. Dari mengorder buku, memohon untuk dicarikan buku sampai lah ke meminjam dan memulangkan semula, semuanya bagus dan saya sangat berpuas hati. Dengan jaringan perkhidmatan library juga saya boleh mengakses hampir semua kertas perngajian dan jurnal di dalam website. Selalunya boleh baca abstract je kan? Tapi sebab saya student Kings, saya boleh akses full text juga. Saya rasa semua universiti di dunia memberikan khidmat yang sama dan ia sangat2 membantu memudahkan kerja saya


Macam kat universiti lain juga, ada dewan kuliah yang besar macamni 


Dan bilik kuliah yang kecil macamni


Haa, kalau ada satu lah yang tidak terdapat di Malaysia, tentulah the "Maughan Library" ni (sebutnya MORN). Ni lah perpustakaan terlawa dalam Kings dan mungkin sekali dalam London!


Kalau terasa nak berangan ala2 Harry Porter, Ron dan Hermione, boleh la study kat sini. Tapi toksah nak poyo sangatlah. Memang ramai yang datang amek gambar je konon2 study. Pastu tak kuasa dah nak lepak sini. Bukan semua buku2 rujukan untuk semua jurusan terdapat di sini. Jadi, memang kene balik ke kampus sendiri jugak. Eheh



Dan dua gambar di atas ni pulak adalah bangunan yang terdapat di Guys Campus. Ni kampus dan ofis hosmet saya si Aisyah. Dia pun student Kings jugak. Study bioinformatics. Aisyah ni memang dari undergrad sampai lah ke phd kat Kings, so dia tak heran dah lelondon ni. Kalau dengar Aisyah ni cakap orang putih, memang ternganga jugaklah. Hebat gila!

Untunglah saya dapat hosmet yg baik, alim, cantik, pandai dan reti main piano. Hehehe. Nah, boleh tengok Aisyah main piano lagu 'jangan tinggal daku' dalam youtube kat sini ok kalau nak tengok lah (lari topik lah pulak)



Dan yang terakhir, dua gambar di atas ni adalah kampus saya yakni Institute of Psychiatry at the Maudsley. Dia memang ada mentioned "at the Maudsley" tu sebab kampus ni terletak bersebelahan dengan hospital mental Maudsley. Banyak rakan2 saya pun memang mereka yang berkerja di bawah NHS atau SLAM. So kira memang saya sangat beruntung dapat menimba ilmu di universiti dan pusat penyelidikan berprestij dan dapat melihat bagaimana saintis2 mengusahakan research mereka


Denmark Hill ni lah kampus yg paling baru dalam Kings. So fasiliti dia agak moden la berbanding kampus2 dedolu dengan bangunan bertiang besar macam castle2 tu. Kafeteria, lounge dan bilik surau segala, semuanya cantik dan moden. Memang best lah pendek cerita

Antara pengalaman paling berharga ialah bila saya dapat melawat brain bank dan dapat melihat beratus2 otak manusia yang didermakan untuk dibuat bahan kajian. Hebat. Mereka simpan otak2 tersebut dalam bilik dengan suhu tertentu untuk memastikan otak2 tu sentiasa sihat dan tak reput. Macam2 mat salleh ni. Sebabtu lah dorang pandai2 agaknya. Dorang memang suka study itu ini. Tak jemu2

Jadi, itu sajalah yang dapat saya kongsikan dengan rakan2 di luar sana. Ada banyak lagi universiti2 dengan kampus dan tawaran pengajian yang hebat2 di UK dan seluruh dunia ni. Pokok pangkalnya kita je. Nak atau tak nak. Kalau mahu, seribu daya. Kalau tak mahu, memang banyak lah alasannya

Ok, sampai sini dulu. Kalau rajin nanti saya update lagi. Salam sayang

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Hartini :) I found ur blog while searching for accommodation closed to KCL for 2014/2015 session.
I emailed u . I'd really appreciate if you could help me :) Thanks

-Lin-