Tuesday, January 30, 2007

Ayat2 cinta

Novel yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazi atau Kang Abik ini baru saja ku habiskan pembacaannya. Indah dan sungguh membangunkan jiwa. Sebuah novel yang benar2 mampu menginsafkan kita tentang siapalah kita di sisi Tuhan. Ramai lagi yang di luar sana dikasihiNya. Setakat solat 5 waktu yang kekadang pun kita kurang, mengaji pun jarang2, apatah lagi berzikir panjang, tiada siapa pun kita di sisi Allah azza wajalla. Aku insaf, kerana sebagai manusia biasa yang banyak cacat celanya, aku terharu untuk mengetahui bahawa ada ramai di luar sana yang lebih beriman dan beramal dariku. Cemburu kah Tini? Ah, masakan tidak. Sudah tentu aku cemburu. Bukankah kita semua dihidupkan untuk merebut cinta dan kasih sayang Allah?? Nah, masakan tidak aku cemburu. Malah sepatutnya semua wajib cemburu.

Novel ini mengisahkan jerih payah kehidupan seorang mahasiswa Indonesia yang mengabdikan diri menuntut ilmu di dunia Mesir. Mohd Fahri sebagai pelaku utamanya banyak memegang watak dan secara tidak langsung membawa pembaca untuk menghayati keseluruhan cerita. Fahri tidak berseorangan. Beliau ditemani oleh beberapa lagi protagonis yang lain baik lelaki mahupun perempuan. Kawan2 Fahri sendiri yang berlima, Maria gadis Katolik (yang mulanya kusangkakan heroin dalam cerita ini), Aisya si gadis berpurdah, Alicia; gadis Amerika yang merantau di Mesir dan Nurul; teman seperjuangan Fahri yang juga memendam rasa padanya.

Sesebuah cerita tidak akan lari dari konflik, dan begitulah jua dengan Ayat2 Cinta ini. Watak antagonis sepenuhnya dipegang oleh Bahadur; jiran tetangga Fahri yang buas dan tidak makan teguran, dan juga Noura yang pada mulanya bersikap innocent tetapi berpaling tadah dan mula memusuhi Fahri. Permusuhan ini lah yang mejadi kemuncak atau klimaks kepada keseluruhan cerita penuh pengajaran ini.

Dengan siapa Fahri memadu kasih, bagaimana permusuhan Fahri-Noura boleh berlaku dan apakan pengakhirannya aku serahkan sendiri kepada pembaca. Kalau aku nyatakan segalanya di sini, nah, maka tak perlulah El-Shirazi menjual bukunya yang hampir 500 muka itu. Carilah dan alamilah kehebatan hubungan berlandaskan Islam di dalam ceitera yang dilakar oleh seorang penulis muda. Namun pandangan ikhlasku, masih belum mampu menguasai kehebatan tulisan Hamka yang menjadi nadi perjuanganku. Banyak lagi yang pelu dipelajari oleh penulis muda ini. Namun harus juga diberikan kredit. Kerana walau tidak semua, kemanisan imannya masih kan terasa jua.

3 comments:

Nafastari said...

kuhadiahkan buku tersebut untuk kakak
kakakku membaca dan menangis sampai bengkak matanya..

Nafastari said...

Menurut saya karya ini sangat bagus sekali, dan keikhlasannya menyampaikan mesej dalam karyanya terserlah.

Ternyata dia seorang penulis yang baru, maka tidak wajar untuk Hartini membandingkannya dengan Hamka apatah lagi secara terang dalam satu keadaan memperlihatkan bahawa Hartini tidak berpuas hati dengan El-shirazy.

Sedang saya terlalu jauh daripada penghasilan karya yang sebegitu baik (mungkin tidak akan pernah mampu), lalu menerimanya bagai orang kehausan menjumpai tempayan air.

Anonymous said...

tuan,
bukan niat di hati ingin membandingkan karya siapa lebih indah dan ternama
-sy cuma bersikap analytic dan kritis dalam setiap pandangan yg sy berikan
-rasanya al-ghazali juga tidak lepas dr m'bicarakan sesuatu dgn kritis dan telus
-cuma pastinya, tak semua pandangan dan tulisan kita dipersetujui ramai pihak
-untuk tuan,
terima kasih atas teguran yg diberikan
-sama2 lah kita memperelokkan karya dan penulisan