Wednesday, October 10, 2007

Lakaran Sejarah

Alhamdulillah... hanya lafaz itu saja yang boleh diucap di saat2 nama negara dan nama Islam kembali megah di persada dunia. Sepatutnya dari dulu lagi kejayaan ini kita genggami. Bukankah kita umat ulung yang merintis pelbagai ciptaan sains dan teknologi? Akan tetapi tidak mengapalah, asalkan kini kita mampu beriringan kembali. Tidak kisah lah kalaupun hanya dianggap 'space flight participant' @ 'pelancong angkasa' oleh NASA, yang penting ini kejayaan tunggal negara untuk menambah rasa cinta dan syukur pada alam semesta ciptaan Yang Esa. Semoga bertambahlah iman dan amal Dr. Syeikh sepanjang pemergiannya ke angkasa. Yang penting, bukan sedikit laba yang dicurahkan oleh negara. Harap2nya adalah penghasilan kebaikan dari pemergiannya yang menelan belanja berjuta. Tahniah anak Melayu pertama. Lebih berbangga apabila nama Islam itu diangkat sama!! Alhamdulillah...

ww: mampu jenguk angkasa guna teleskop saja!

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..kira gempak jugakla orang islam kt Malaysia.Tp kadang2 media massa,elektronik kt malaysia ni terlebih gempak drp kegempakkan yang sebenar.Alangkah bertambah syukur kiranya teknologi angkasawan itu juga hasil usahacipta orang Islam kt Malaysia.Baru gempak media nk buat cerita gempak..!
-Luth.

Anonymous said...

tuan luth,
-pertamanya, saya kebingungan samada tuan dan tuan lutfi itu adalah org yg sama atau tidak
-yg keduanya, saya lebih suka bersikap positif dan menilai sesuatu dari aspek yg berbeza
-maaf jika terkasar, bahasa tuan sy kira seperti tidak begitu berbangga dgn pencapaian anak malaysia
-memang skrg kita boleh dianggap terkebelakang, tapi tidak mustahil satu hr nanti kita jadi bangsa paling cemerlang
-sy amat mencintai agama, sepertimana cintanya sy pd negara
-utk kesudian tuan luth berkongsi bahasa, saya ucapkan terima kasih yg tak terhingga
-yg ketiganya, kalau benar tuan ini 'lutfi', sudilah kiranya tuan memperkenalkan diri
-semoga lebih lancar kita berkomunikasi di lain hari
terima kasih

Anonymous said...

He's just the 1st space flight passenger. Anyway,good for him.