Thursday, October 04, 2007

Hikmah di sebalik duka

Majalah Nona itu aku selak laju. Sekadar mengisi masa menyelak helaian kertas berwarna itu tanpa rasa minat dan suka. Kelibat foto Datin Juma dan keluarga tercintanya menerpa sekilas di pandangan mata. Hmm… cepat benar Juma kembali ke ’bentuk’ asalnya. Itulah perbezaan antara orang berada dan orang yang kurang adanya. sekali terdengar keluhan... ‘kalaulah aku sekurus Juma’ (senyum..)

Majalah aku selak lagi. Banyak kisah2 tentang wanita tabah khususnya orang2 penting negara. Dari wanita pertama Datin Seri Jeanne Abdullah, sampailah ke ibu mertua Juma; Tun Rahah, segalanya diceritakan di sana. Namun tidak jua aku membaca kisah mereka melainkan sekadar meliarkan pandangan pada foto2 yang berbagai rupa dan warna. Ah orang kaya2, tentu saja tiada yang rungsing dan gamit dalam fikiran, melainkan yang indah2 dan senang lenang melingkar badan..

Majalah itu aku selak lagi. Dan mata tertumpu pada seraut wajah yang dikenali. Telah lama benar wajah itu kelam dalam ingatan. Pastinya bukan sahaja aku, malah sebahagian besar rakyat Malaysia juga hampir melupakannya. Ya, wajah itu milik Datin Seri Wan Azizah, mantan wanita kedua negara

Ketenangan yang terpancar itu serasa pernah kutatap dahulu tatkala melihat wajah bekas isteri Dato’ K yang kini suami Siti Nurhaliza. Tabah benar beliau, melihat lelaki yang pernah dicinta bergurau canda ‘legally’ di depan mata. Wahai....., pasti Tuhan saja yang tahu betapa peritnya jiwa. Benar mungkin, wanita2 yang menempuh seberat2 dugaan bisa jadi matang dalaman luaran. Ketenangan yang ditunjukkan lain dari yang lain. Senyuman mereka penuh makna. Ada duka dalam bahagianya. Ada tangis dalam tawanya. Bukan senang menempuh dugaan ciptaan tuhan. Hanya yang cekal dan tabah akan bertemu penyambung jalan, jambatan kehidupan..

Usah lagi kita ceritakan bab politik dan parti pimpinan. Biarlah orang2 yang sepatutnya menjalankan amanah, bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikulnya. Sebagai rakyat yang punya hak dan peranan, buat lah pilihan berdasarkan waras akal dan maklum fikiran. Semuanya nanti bakal ditanya di hadapan Tuhan. Bukan saja pemimpin, kita juga bakal disoal siasat. Siapakah yang kita dukung sebagai amir sepanjang hayat

Di sini, marilah kita menyorot kisah2 hidup manusia yang penuh keperitan dan pahit maungnya. Bukan sahaja Wan Azizah, sesiapa pun bisa gila menerima hakikat suami yang dicinta tertangkap dan terpenjara. Hilang nikmat keluarga, hilang nikmat bersama. Namun itulah dugaan. Yang tuhan beri hanya pada calon2 pilihan. Tak perlu rasa resah, kerana setiap mehnah ada hikmahnya

Mungkin kini beliau sudah dapat tersenyum gembira. Menghabiskan sisa2 hidup bersama suami dan perjuangan yang tidak akan reda. Biarlah beliau dengan dunianya. Berjuanglah selagi ada masa dan upaya. Tidak aku menyenangi dan tidak juga membenci. Namun di luar sana pasti ramai isteri2 yang ‘kehilangan’ suami, biarpun ditahan sebentar di penjara atau di pusat serenti

Pasti sukar hidup keseorangan tanpa teman di sisi. Apatah lagi hidup sebagai seorang isteri tanpa kehadiran sang suami. Namun ada ketikanya, 'ditinggalkan'* suami membuat hidup isteri lebih bererti. Lebih memahami erti menyayangi, erti menghargai dan erti merindui. Ada hikmah yang boleh disapa andai kita bijak memahami bagaimana Allah menghargai abdinya. Fahamilah dalam setiap hidup kita, mungkin yang perit itu bisa bawa bahagia yang lebih bermakna. Itulah sebenarnya hikmah disebalik duka. Kalaulah kita membuka mata.......


* 'ditinggalkan' itu luas maknanya

3 comments:

Nafastari said...

Banyak yang dipelajari Wan Azizah sewaktu ditinggalkan, malah telah mengajarnya menjadi seorang ahli politik yang mempunyai berpuluh ribu pengikut. Semoga mereka terus berjuang.

Anonymous said...

Saudari,
Ada baiknya saudari menceritakan perihal org bkn politik,memandangkan saudari tidak berminat utk berpolitik.Sy sgt berminat utk melihat tulisan dr cetusan minda saudari,yang membawa sy&org lain mengenali saudari lbh dekat dan bagaimana jati diri saudari dlm menulis..Sy bkn melarang saudari 'mengulas'tentang sesuatu yg saudari suka.It's up 2 u.Just a comment from yr fan.
-Lutfi.

Anonymous said...

tuan nafastari,
yang pentingnya semoga perjuangan itu senantiasa diredhai..

tuan lutfi,
-cadangan tuan ada benarnya
-kadang2 bila menyentuh perihal orang2 ternama, banyak pula jiwa2 dan hati2 yang bakal terasa
-ada keharuan yang tak tergambarkan bilamana hadir kesudian utk mengenal jatidiri saya melalui mata pena
-untuk tuan hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga