Wednesday, October 31, 2007

Kualiti

Semalam aku ke perhimpunan bulanan. Perhimpunan bulan ini menghadirkan lebih ramai hadirin dari bulan2 yang sebelumnya. Lalu juga aku terfikir, perhimpunan bulanan yang disusuli dengan agenda rumah terbuka atau jamuan hari raya selepasnya pasti saja menarik minat ramai penjawat awam. Namun apakah perhimpunan itu hanya tempelan saja, atau perhimpunan itu agenda utamanya?

Yang berbahagia Datin sebagai pengarah bahagian telah berucap panjang lebar semalam. Salah satu yang menarik perhatianku adalah tentang hari kualiti yang bakal tiba dalam bulan November. Apakah ta’rif kualiti? Siapakah yang menentukan sesuatu itu berkualiti atau kurang kualiti? Apakah kita ini pekerja atau INSAN yang berkualiti? Tanyalah balik pada diri sendiri

Berkualiti itu adalah kecemerlangan yang kita tunjukkan dalam segenap bidang. Bukan saja dalam pekerjaan, ia juga termasuk pergaulan dan sahsiah harian. Mari kita lihat sebagai contoh paling mudah, adakalanya kita tidak mahu lansung bertegur sapa apatah lagi beramah mesra dengan ‘cleaner’ atau pengangkut sampah. Kita asingkan mereka secara pra-sedar. Sebagai penjawat awam yang berkot bertali leher, kita memandang manusia lain tidak setaraf kita. Biarpun yang menyapu di depan mata seorang ibu tua, kita butakan pandangan mata.

Namun di satu sudut yang lain, kita tertunduk2 di depan Datin. Kita bangun menguntum senyum pada ketua yang baru mencacah nama. Kita gagahkan memasang telinga pada insan yang ‘berjawatan’ sahaja. Berkualiti kah kita?? Bukankah kita lebih menampakkan kualiti hanya pada orang2 tertentu ternama? Hanya orang besar2, Dato’ Datin sajakah yang boleh mena’rif dan menilai kualiti diri yang ada?

Hakikatnya kita tersilap. Sesiapapun manusia, mereka diberi taraf yang sama oleh Allah. Jika kita memandang sebelah mata hanya pada si pulan si pulan yang tidak punya nama, dari situ kita telah menunjukkan yang kualiti diri kita penuh cacat cela. Kualiti itu perlu ditonjolkan pada semua. Dalam erti kata lain, ia perlu diperincikan dalam segenap aspek kehidupan. Kualiti pada manusia, dan kualiti pada Tuhan.

Walaupun ucapan pengarah bahagian lebih tertumpu kepada sikap atau kualiti kerja sebagai penjawat awam, dapat jua kubuatkan kasimpulan bahawa jika benar seseorang itu berkualiti, kualitinya lahir dari dalam diri. Bukan dilakonkan dan semestinya bukan dibuat2. Kualiti yang bukan semulajadi hanya dipertontonkan pada mata2 yang memandang. Jika berseorangan atau ditempat tidak dipandang orang, kita tinggalkan kualiti jauh di belakang.

Sampah yang wujud di depan pun kita berat tulang untuk buangkan. Bertugas di kaunter lobi pun jarang beri senyuman. Kerja yang mudah pun dilambat2kan. Memberi arahan pun tak pernah dalam nada meminta pertolongan. Tersinggung bahu pun menjeling dengan keluhan. Berpakaian segak hanya bila ada perjumpaan.. Berkualitikah?

Itu yang luaran. Yang dalaman? Adakah kita sudah cukup berkualiti pada diri sendiri? Pada hemah dan peranan hati? Dalam ibadah dan fikiran sehari2? Bila saja kita terniat untuk melakukan ‘kekurangan’ (jauh lagi dari kemaksiatan), bukankah itu tonjolan peribadi yang kurang kualiti? Bila kita hanya menonjol pada mata2 yang memandang, kita lupa pada Si Pencita penglihatan, yang Basiran..

Percayalah, Dia saja yang layak memberi anugerah kualiti dan Dia juga menilai seseorang dari segenap pelusuk rohani. Maka, tonjolkanlah kualiti dalam setip segi, agar tak kurang di hadapanNya nanti..

5 comments:

Anonymous said...

Saudari,
Semua manusia adalah sama sahaja disisi tuhan.Kecuali,Iman dan amalannya..Tetapi memang manusia sengaja membezatarafkan sesama manusia.Memuliakan yang kaya daripada yang miskin,yang study kt UIA drpd kt pondok,yang lawa drpd yang xhensem,yang naik kereta drpd yg bermotosikal,yg bertali leher drpd yg berserban.Terlalu ramai yang boleh menulis,bercakap atau ceramah tentang 'kita ini serupa'.Malangnya, tulisan,cakap2 itu sebenarnya langsung tidak berjangkit kepada pengamalan dan perbuatan seharian.Tanyalah hati kita tatkala melihat orang yang segak dengan kot dan tali leher,datang pula dengan Mercedes berbanding yang datang dengan motosikal serta pakaian biasa saja.Adakah kita meletakkan dengan harga yang sama????
"Bukan yang bernama ilmu itu kepandaian@ banyak meriwayatkan.Tetapi ilmu itu hanyalah NUR yang diturunkan Allah dalam hati manusia & bergunanya ilmu itu untuk mendekatkan manusia kepada Allah serta menjauhkan kesombongan diri"-Imam Malik R.A.
Apabila baik akhlak dengan pencipta,maka baiklah dengan sama2 yang dicipta ini.Dan apabila berqualiti dengan tuhan,maka berqualitilah sesama makhluk ini..
-LUTH.

Anonymous said...

tuan luth,
-benar kekhilafan manusia sentiasa dipandang sepi atas nama 'realiti'
-ramai benar di zaman ini manusia yg tidak beramal dengan ilmunya
-adakalanya ilmu itu hanya dibuat bahan hiasan saja
-sekadar menghias 'dato', datin, dr, prof, er' di pangkal nama
-setiap kata2 yg terluah dari jiwa sy adalah untuk pembetulan para pembaca dan diri saya khasnya
-bila pangkat dan nama menguasai manusia, yang tidak berpangkat dan bernama akan tertinggal begitu saja.. alangkah ruginya!
-sedangkan pada hakikatnya Allah tidak memandang manusia pada pakaian atau hartanya, melainkan pada amal dan akhlaknya
-semoga kita dijauhkan Tuhan dari sekecil2 sehingga sebesar2 dosa
-terima kasih datang menyinggah =)

Nafastari said...

I wonder if Luth actually has his own blog so that I can read and know him better. His opinion and writing always inspires me and I like to put it this way: everytime when I wanted to say about something it's always there already said by him and exactly the same. Subhanallah!

Nafastari said...

I wonder if Luth actually has his own blog so that I can read and know him better. His opinion and writing always inspires me and I like to put it this way: everytime when I wanted to say about something it's always there already said by him and exactly the same. Subhanallah!

Anonymous said...

-perhaps not only d thoughts were same..
-"twinsight's effect"- that's what i called it