Friday, February 29, 2008

Untuk anak didik tercinta

Entri ini kutulis untuk kesemua pelajar2ku yang amat kusayangi. Sedar aku akan datang mereka dari golongan keluarga yang penuh kepayahannya. Ada diantara ibubapa mereka yang menjadi penoreh getah, menjadi petani yang membajak sawah.. Ibu mereka pula menjual kuih muih di merata desa, atau paling tidakpun menjaga isi rumah.

Belajar ini bukan mudah, andailah kalian tahu. Belanja pelajaran ini bukan percuma, andailah kalian mampu. Belajarlah sayang; anak2 didikku.. biar kalian jadi orang gemilang. Yang berjuang demi ibu ayah dan orang tersayang, sampai diangkat nyawa melayang….

Sayang…
Ingat ayah di rumah
Tak lekang jerih payah
Bermandi haring getah
Berlumur lumpur lecah

Sayang…
Ingat ibu di kampung
Tak lekang pekik lolong
Bersiram debu tepung
Berlingkar jalan lorong

Ayah tak mahu harta
Ibu tak mahu wang berjuta
Cuma bahagia bila dewasa
Dengan hidup dan kerjaya

Sayang…
Jangan kau di sini
Menjadi kaki joli
Meniaga harga budi
Menjual maruah diri

Yang di sini cuma perintang2 waktu
Yang selalu melalaikanmu
Maka carilah pentunjuk-Nya
Menyuluh ke jalan bahagia…

2 comments:

Anonymous said...

Sebagai pendidik bangsa, aku tersentuh dengan tulisan ini kerana anak didikku jua begitu. Seringkali air mataku tumpah kerana memikirkan masalah mereka. Tapi aku hanya mampu memberi dorongan agar mereka tidak mensia-siakan harapan orang tua mereka.

Anonymous said...

tuan anonymous,
-terima kasih datang menyinggah
-moga dengan setitis harapan dan doa dari kita, maka bercahayalah sedikit dari kehidupan mereka
-begitulah hendaknya..