Umur yang 23 itu telahpun berlalu beberapa hari lalu. Sekarang angkanya telah menjadi 24 pula. Dalam kejelasan fikiran yang waras, aku mentafsir kehidupan yang hampir ke suku abad ini. Apakah yang bertambah dan berkurang dalam perjalanan seorang insan yang mengharap redha Tuhan
Hari lahir ke 24 itu aku sambut di hadapan kaca televisyen bersama ibu dan ayah tercinta. Pada malam hari kelahiran itu, kami bersengkang mata menunggu keputusan pilihanraya yang nyata2nya memberi satu kelainan dalam sejarah. Sebagai seorang insan yang baru menyambut hari kelahirannya yang bukan sedikit angkanya, mahu aku mengaku bahawa keputusan pilihanraya ini akan menjadi satu titik permulaan kepada sebuah negara yang penuh peradaban dan kemasyhuran. Dalam hati aku bersyukur. Bersyukur kerana ada pihak2 tertentu yang dapat sedar dari alpa, yang dapat jaga dari lena mereka
Dalam hati, aku mengharapkan keputusan yang semacam ini dapat pula menyatukan orang melayu dan umat Islam, supaya menggembling tenaga untuk membangunkan ummah dan negara. Sesungguhnya, aku amat2 cintakan negara, sepertimana cintaku pada agama Allah
Dalam kerlipan mata menunggu tidur lena, lalu pula aku terfikir bahawa dalam usia begini, aku tidak jua mempunyai teman hati. Bukanlah sampai ke masalah perkahwinan, tetapi lebih menjurus kepada masalah teman rapat yang bernama lelaki itu lansungnya tidak ada. Kerana aku pernah katakan yang aku tidak mungkin boleh berkawan rapat dengan lelaki kecuali beliau itu bakal pula menjadi teman hidupku
Lalu dengan kenyataan yang semacam itu, sedarlah aku akan betapa kurangnya aku berbanding orang2 yang diluar sana. Meskipun ramai yang seusia belum lagi mendirikan rumahtangga, namun mereka mempunyai teman sehati sejiwa yang mereka percaya. Dan aku? Biarlah.... bisik hati yang mengerti. Pasti tiba yang dihajati biar berapa lama pun kunanti….. Dalam kedamaian hati, aku melelapkan mata lalu terlena
Dalam jagaan mengharung hari2 yang bakal datang, kupanjatkan doa pada Allah, semoga berbahagialah kedua ibubapa tercinta. Semoga damai dan amanlah hidup mereka dan ditempatkan di syurga sana. Doa juga buat adik2 yang banyak meriangkan hati2 yang penuh duka, semoga kejayaan senantiasa bersama mereka
Buat teman tersayang; Marshidah, ucapan yang serangkap itu sudah terlalu cukup untuk membuktikan persahabatan kita yang tiada kesudahannya. Dan Masyit, dan Kak Yan, dan Dayah, dan Bullah… Hanya terima kasih yang dapat kuucapkan atas ingatan kalian
Buat Kak Yati, fountain pen jenama Parker itu, pasti saja kusimpan hingga bila2. Sesungguhnya sebaik2 hadiah adalah sesuatu yang penuh manfaatnya. Bagi aku yang memang suka menulis, pemberian sebatang pen merupakan satu kenikmatan tersendiri yang amat kuhargai. Unique and significant!
Aku memang jarang mengharapkan sebarang ucapan dan pemberian, kerana aku sendiri pun jarang dan lambat mengucapkan dan menghulurkan. Aku gembira dalam kehidupan yang serba sederhana, tiada kurang dan tiada lebihnya. Semoga dengan pertambahan usia ini, makin bertambahlah pemikiran dan kedewasaan, semakin bertambahlah keimanan dan ketaqwaan, semakin rapatlah aku pada alam dan Tuhan..
Lalu 23 itu aku tinggalkan di situ, bersama semua memori2 lalu.......................
9 comments:
selamat menyambut ulang tahun ke 2
-najib-
selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 24
-najib-
tuan najib hamdan,
-terima kasih atas ucapan =)
Salam pil...
Selamat Hari Lahir yg ke 24
-moga sentiasa dirahmati dan berjaya di dunia dan akhirat, ameen
-ukhwah fillah selamanya
Semoga Allah memanjangkan usiamu, menambahkan rezeki untukmu dan meningkatkan keimananmu.. Tabah dab sabar selalu dalam menjalani kehidupan ini..
tiada teman sehati diusia begini bukanlah satu kekurangan.. jgnlah dilalaikan hati kerana di usia beginilah mudahnya tergelincir dek nafsu muda yg mendidih menggila.. apatah lg jika punyai teman sehati yg kurang iman di dada dan kurang mnjaga adab susila.. bersendiri, tidak ada yg kurangnya. salam ulang tahun. moge kematangan n ketaqwaan meningkat seiring usia =)
-iman-
25 =)
permatabonda,
-semoga dirahmati juga diri tuan hendaknya
-mana hadiah?? =P
tuan anonymous,
-sudilah menghantar sebaris nama, agar mudah saya maklum akan kehadiran tuan di teratak ini
-terima kasih atas ucapan
-untuk tuan juga saya doakan kebahagiaan
puan iman,
-dalam keterassan diri yang kekurangan itu, sekali sekala muncul juga rasa bangga, bangga kerana belum berpunya =P
-samada saya yg terlalu memeilih, atau jejaka2 di luar sana mahukan yg molek2 saja, tak dapat lah saya ketahui
-terima kasih atas ucapan dan nasihat
-biar sebaris ayat, azimat tetap azimat..
terima kasih semua..
Slamat Hari Lahir buatmu Hartini
dan kita alu-alukan juga Malaysia Baru yang gagah!!
terima kasih tuan nafastari
moga2 selamatlah Malaysia yang baru itu hendaknya
Post a Comment