Kehidupan ini bagai bayu juga. Adakalanya berpuput, damai dan menyegarkan. Adakalanya, datang ribut dan badai, membuatkan hidup manusia terabai dan terkapai2. Sudah sedia maklum kita dengan kehidupan yang penuh sarwalokanya. Diciptakan oleh Allah jua untuk menguji tahap mana keimanaan hamba2nya
Melalui minggu2 kesibukan yang tiada taranya, bagaikan mahu saja aku meminta agar ditambahkan dua tangan ini menjadi tiga atau lima. Biar senang melakukan semua kerja2 yang bertimbun itu dalam satu masa. Melayan karenah biro2 MQA yang datang memberikan penilaian akreditasi kepada kursus yang diajar, melayani kelas dan kertas2 peperiksaan pelajar2, masih sempat juga aku menjalankan tangunggajawab seorang manusia, hamba, anak, pensyarah dan kawan kepada insan2 yang lainnya
Dijemput pula menghadiri sebuah majlis makan malam anjuran CIMB Wealth Advisors tanggal 25 haribulan di One World Hotel - 1Utama, kepenatan dibeban bagai tak tertanggung lagi. Namun demi persahabatan, kuturutkan jua segala permintaan
Menghadiri sebuah majlis besar di syarikat swasta yg besar lalu pula memberikan daya fikir yang menguatkan lagi iltizam hati untuk memerhati. Memerhati segala tindak tanduk dan tingkahlaku manusia yang berbagai ragamnya. Majlis yang diadakan dengan tema Glorious Athens itu sesudah semestinyalah jauh.. malah teramat jauh dari yang disenangi jiwa raga
Setiap kali dikerdipkan mata, maka akan terhidanglah segala macam perkara yang singkat seadanya. Baju dan kain yang diangkat sesingkat jua. Perlakuan dan gelak tawa manusia yang menggambarkan bahawa singkat jua iman si tuan empunya. Memang benar bukan tugas kita mengukur tahap mana keimanan seseorang. Namun dengan perlakuan bangga yang semacam disengajakan, bergaul bebas lelaki dengan perempuan, memakai pula ‘outfit’ yang sesingkat2 dan sejarang2 mata memandang, maka masih bolehkah dikatakan yang seseorang itu beriman dengan ajaran yg dipegang?
Nyatanya dari dulu ramai juga yang mencadangkan bahawa aku menyertai agenda2 bisnes yang semacam ini, kerana bagi mereka aku ini punya sifat peribadi dan kata2 yang boleh menyenangkan hati2 dan telinga yang mendengarnya. Namun entahlah, mungkin telah ditakdirkan, segala yang luaran yang ditonjolkan olehku sama sekali tidak sama dengan segala macam perkara yang bermain2 dengan akal dan jiwa. Namun adakalanya terasa juga aku kerugian meninggalkan segala kesenangan dunia - gembira, masyhur, senang dan mewah
Namun setelah kaki melangkah ke majlis2 sebegini, maklumlah aku bahawa Allah itu tentu saja punya percaturan tersendiri buat hambanya. Segala apa yang telah ditakdirlan buat kita, seperti rezeki, keluarga dan kerjaya sebenarnya amat2lah sesuai dengan kehidupan kita. Menandakan bahawa kita sebenarnya tidak mampu hidup dengan berpura2
Teringat aku akan ayat Quran yang memberi maksud bahawa Allah itu tidak akak membebankan manusia kecuali dengan perkara2 yang memang disanggupinya. Wahai..., hebatnya Tuhanku; Allah azza wajalla, wa syukr alhamdulillah
Melalui hari2 dan saat2 yang lari dari maksud penciptaan sebenar seorang manusia, aku diberikan ilham untuk berfikir bahawa setiap satu perkara yang terjadi itu sebenarnya penuh dengan hikmah, cuma kitalah yang perlu mencarinya
Dalam kepenatan dan keperitan menjalankan tugas2 harian, dengan upah yang sekadar menyenangkan - tidak kurang dan tidak juga berlebihan, menjalankan tugas dan menjalani hidup dengan kedamaian tanpa sorak sorai dan gelak tawa yang menggegarkan, aku berpuas hati dengan hidup yang amat2 sederhana ini. Yang penting, jiwa dan hatiku cukup2 terisi
Terima kasih seadanya buat sahabat tersayang yang beria menjemputku datang. Semoga dengan pengalaman2 kita itu, maka akan dewasa dan cermatlah kita dalam memerhati dan menilai tingkahlaku manusia. Kerana kita juga yang telah ditakdirkan Allah untuk menyelami dan mentafsiri sifat2 hambaNya yang paling istimewa. Terima kasih yang tak terhinga, kerana memberiku banyak peluang untuk belajar dari setiap butir perkara, sebanyak mana nafas di dada dan sebanyak mana berkelipnya mata……
“It’s better to be hated for what you are, than to be loved for what you are not”
6 comments:
Tini, akak suka nota kaki tu..
kak aishah,
-terharu saya!
-akak selalu datang menyinggah, mengubat kelukaan di jiwa saya yang semakin parah
-saya berbesar hati akak sudi menjengah dan membaca blog saya
-kerana kini, kekuatan menulis saya seakan pudar dek arus masa
-semakin terbiar dan tak terjaga...
-terima kasih kak!
Tini, jangan sesekali menyesal dengan cara hidup yang dipilih kerana mujadah melawan nafsu di dunia adalah sama dengan dengan orang yang syahid fi sabilillah.. istiqamah dengan pencarianmu, Insya allah berkat hidupmu sepanjang masa.Amin..
Melur kg.
tuan melur,
nasihatmu kuhargai!
terima kasih dan smg hidupmu juga diberkati
xsepatut nye yg sempurna shj dihargai.yg xsempurna jg memberi warna.sma jgk mcm manusie skliling kite.kalau semuenye sme xsronok.da ade ap yg tini nk perhatikan. =)
S.A.
Post a Comment