Wednesday, June 11, 2008

“Lifestyle”

Antara alternatif yang disarankan kerajaan agar beban rakyat dapat dikurangkan sempena kenaikan harga minyak ini adalah mengubah cara hidup ataupun lifestyle. Mengubah cara hidup dari bagaimana menjadi bagaimana tidaklah aku tahu dan tidaklah dapat aku simpulkan. Mungkin saranan kerajaan itu bertujuan agar rakyat berjimat cermat, mengatur sumber kewangan dan menabung dari pendapatan bulanan

Namun kalaulah itu yang dimaksudkan kerajaan, cara hidup atau lifestyle yang begitu telah lama kita praktikkan. Orang berpendapatan rendah atau sederhana sepertiku dan sebilangan besar rakyat Malaysia sebenarnya boleh dikatakan TIDAK mempunyai lifestyle. Hanya kais pagi makan pagi, atau kata lain; makan bulan depan dengan hasil bulan ini

Jadi lifestyle apakah yang dimaksudkan oleh kerajaan? Setahu aku yang mempunyai lifestyle ini adalah orang yang hidupnya mewah. Makannya di restoran besar. Belanjanya besar. Keretanya besar. Melancongnya ke luar negara, pakaiannya berjenama dan barangan peribadinya berjenama. Itu baru dinamakan lifestyle

Orang yang hidupnya sederhana dan papa kedana tidak mempunyai lifestyle. Mereka hidup mengikut kehendak kehidupan. Kalau hari ini ada rezeki lebih, maka lebihlah mereka makan. Kalau kurang, maka kuranglah yang ada dalam pinggan. Pakaian mereka tidak mengenal jenama dan main sarung apa yang ada. Dan begitulah yang berlaku dalam kehidupan sebahagian besar rakyat kita

Aku adakalanya hanya mempu tersenyum sinis mendengar jawapan2 yang diberikan oleh pak2 menteri dan orang kanan mereka. Mereka seboleh2 menafikan kesalahan dan memulangkan kembali semua isu dan permasaalahan kepada rakyat bawahan. Hakikatnya, perubahan lifestyle itu seharusnya ditujukan buat mereka dan bukannya kita

Kerajaan dan menteri seharusnya tidak membelanjakan wang negara dengan sewenangnya. Setiap kali mesyuarat atau perjumpaan diadakan, maka disitulah akan berlaku pembaziran seperti makanan dan catering yang keterlaluan, atau perhiasan kamar yang melampaui keperluan sesuatu majlis keraian. Itu lah yang perlu dibuat perubahan. Bukan cara hidup rakyat yang memang sedia kesempitan

Kadang2 aku tidak dapat memahami, mengapa orang sentiasa mahu menuding jari. Selalu memulangkan sesuatu kepada pihak lain yang lebih minoriti, sedangkan yang boleh dibuat perubahan adalah dipihak mereka sendiri. Sebagai pemimpin negara, menteri di dalam kerajaanlah yang harus membuat perubahan agar menjadi contoh pada rakyat di bawah pemerintahan mereka

Ini tidak. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan, maka begitulah yang mahu ditunjukkan oleh kerajaan. Adakalanya bukan pak2 menteri saja, pegawai2 bawahannya juga terikut sama. Malah sesetengahnya lebih hebat dan suka berlagak kaya

Sebagai contoh, duit kerajaan dihabiskan dengan membeli sistem perkomputeran yang memakan belanja beratus ribu, membeli alatan pejabat baru yang sebenarnya masih boleh digunapakai, menukar ruang pejabat untuk diperindah dan diperelokkan dan berbelanja besar jika mahu membuat sebarang lawatan

Bukankah itu dinamakan pembaziran? Aku bukan terlalu pesimis dan kritikal. Aku cuma mahu menjadi seorang penulis dan pemikir yang analitikan dan praktikal. Bekerja 6 bulan di pejabat kerajaan membari aku banyak pelajaran dan pengajaran. Bahawa sebenarnya banyak dari wang rakyat dan negara yang boleh dijimat dan diselamatkan, sekiranya kita berhemah dalam perbelanjaan

Akan tetapi yang demikian, biarlah kita beralah dan berfikiran positif dalam menangani isu kenaikan harga barang dan bahan bakar ini. Bukan bereti menyerah kalah. Cuma kita berusaha juga dari pihak kita. Sebagai contoh, kita boleh berjimat cermat dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam berbelanja. Kurangkan berhibur dan berlibur malah mengurangkan pembaziran wang dan masa. Biarlah kita yang berusaha, walaupun sebagai rakyat, kita sedar bahawa berubahnya cara hidup kita takkan mampu mengubah percaturan ekonomi negara dan dunia

Dan jangan sesekali lupa kita berdoa agar Allah Taala membalas kebaikan kita dengan kebaikan yang lain pula. Dan semoga yang benar tetap dipelihara, dan yang menindas dan bersalah akan dihukum dan dibalas dengan sebesar2 laknat di satu masa. Jika benar kita teraniaya, maka doa kita akan dikabulkan jua...

Allah Maha Berkuasa!

4 comments:

Nafastari said...

Couldn't agree more!

hans said...

thanks coz comment dkt blog saya...
memang dah lama nak comment tapi sebab semakin lama PM kita tu semakin merepek jer saya tgok..
sebab tu saya tulis comment tu dengan sejujur hati...

Letting the time pass me by said...

Kalau kita tengok keadaan sekarang, kerajaan sudah melaksanakan dasar survival for the fittest...

Kalau nak hidup, pandai-pandai carik makan, kerajaan tak akan tolong rakyat lagi... Kalau rasa-rasa miskin belajarla makan ubi...

Kita ada pilihan, samada nak terus memprotes, berdemo nak mengkritik kerajaan atau kita terima hakikat bahawa kerajaan sekarang bukan macam dulu lagi...

Jika kita sudah dapat menerima hakikat perubahan dalam kerajaan, maka terpaksalah kita bekerja lebih kuat untuk mencari makan...

Saya pun sedih apabila harga minyak naik mendadak sehingga 40%-60%.. Tetapi apa nak buat,... ini sudah keputusan kerajaan yg terpilih melalui proses demokrasi..

Nak tunggu kerajaan PR? mungkin tunggu sampai lembu berjanggut...

Hartini Omar said...

tuan ahmad,
me2

tuan hans,
terima kasih kembali
semoga dapat terus menulis dan membuka mata/minda manusia agar banyak berfikir dan bukan jadi pak turut saja

letting the time pass me by,
bila kerajaan dah mula hanya nampak duit, inilah jadinya
yang kaya terus kaya, yang susah jadi papa kedana
perubahan seterusnya berada dalam genggaman kita!