Friday, August 01, 2008

Warna cinta

Aku termenung di skrin komputer lama2. Berkedip2 cursor, menari-nari di latar belakang papan yang putih suci. Tanganku terdiam di kekunci. Memikir-mikir perkara yang ingin ditaip untuk tatapan diri sendiri. Winamp di computer memainkan lagu Siti Nurhaliza “Wanita” berulang-ulang kali. Terasa asyik masyuk bila suara merdu itu melalui gegendang telinga. Dan bila ku amati pula butir2 lirik lagunya, hati tiba2 jadi hiba. Ah, wanita!

“Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini…..”

Aku tersenyum... Hati berbisik, 'Tuhan..., bilakah ingin Kau kurniakan aku cinta seorang jejaka?' Entah apalah perasaannya andai aku mencinta dan dicinta. Seringkali juga kuingat-ingatkan kembali pada hati, cinta tidak semestinya hadir dalam bentuk seorang lelaki. Sesungguhnya percaturan Tuhan adalah yg terbaik buatku dan kehidupanku. Sungguh pun tidak indah di mata, besar kemungkinan ia mendamaikan jiwa

Cinta itu datang dalam banyak bentuk dan warna. Bila aku mengalirkan air mata tatkala mengenangkan jasa ayah bonda membesarkan aku dan membantu tanpa sedikit pun rasa jemu, ketika itu aku rasakan kehadiran cinta yang tulus di segenap ruang penjuru

Bila aku tangiskan pada Tuhan, kesal akan dosa2 yang pernah aku lakukan, lalu mendambakan kasih sayang dan keberkatan, itu juga menunjukkan bahawa aku dikurniai kecintaan

Bila kukesal dan sedih memikir krisis politik dan ekonomi negara yang berakar umbi, dan membenci musuh2 perjuangan yang lebih membawa gusar dan kekacauan, di saat2 itu aku bersyukur kerana masih dikurniakan rasa cinta seorang negarawan

Bila aku gariskan senyum tatkala menghubungi sahabat2 tersayang, ataupun ketika bebola mataku membaca balasan2 mesej yang dikirim mereka, ketika itu aku rasa akulah orang yang paling bertuah dikurniakan cinta mereka!

Dan ketika pipiku dikucup adik2 tersayang, dan adakalanya dikhayalkan melayani kemanjaan mereka, menuruti kehendak mereka yang berbagai rupa tanpa keluh kesah, di situ aku rasa aku telah dianugerahi kebolehan mencinta

Tatkala mendengar namaku dipanggil pelajar2 walau di mana pun aku berada, mereka melemparkan senyum dan menunduk hormat. Tidak kurang juga yang menghulurkan huluran salam lulu tunduk mencium tangan, di saat itu aku bangga menjadi pensyarah yang paling dicintakan =)

Jadi layakkah aku mendamba2 segaris cinta, sedangkan kehidupan ini lebih hebat dan lebih tinggi anugerah cintanya? Aku tersenyum lagi. Mengenang kepelikan diri sendiri. Entah apa lagi yg aku cari. Kerana walaupun telah segala-galanya dikurniai, aku masih memerlukan cinta suci ini. Cinta murni seorang lelaki yang sudi berada di sisi. Seorang insan yang sudi memahami dan mudah juga difahami…..


Buat teman2 pembaca yang dicinta,

-Penawar hati : tahniah kerana telah bertemu cinta, sabarlah menanti endingnya

-Yang utama’ : andai dia benar2 yang kau cinta, jangan sekali2 dipersia

-Nafastari : di sisimu telah wujud segaris cinta yang paling berharga, sayangilah dia sepenuh nyawa

-Nyah : cinta anak2 itu pasti membawamu melayang ke syurga angkasa

-Kak Aishah : beruntunglah, kak selamat melalui denai2 cinta yang penuh pancaroba

-Kak Nurahadi : alangkah hebatnya cinta itu, perlu dibajai selalu

-Sweety : love your mum and dad, that’s the greatest love you’ll ever have

-Hayat : bila bertemu cinta, jangan lupa khabarkan pada saya =P

-Danielle : cinta itu suci, jangan dikotori dengan semak dan duri

-Dato’ Baha : andai Dato’ juga membaca, untuk Dato’ telah tersemai cinta yang paling istimewa. Cintakan bahasa dan bangsa

-Alif : jangan mainkan cinta!

-Anda semua : cinta ada di mana2.. semoga terus berteman cinta

-Dan terakhirnya, ‘Dia’ (belum tahu siapa =P) : hadirlah kalungkan cintamu yang paling bermakna. Akan kunantikan penuh sabar dan redha…….

8 comments:

Nafastari said...

Seakan-akan aku sendiri yang merasai kesepian itu dan kalau boleh janganlah kamu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang akhirnya lansung tidak mendambakan cinta daripada seorang manusia.

Cinta itu pelbagai warna. Semoga esok ada cahaya dan warna kamu dan harus saja kesilauan cahaya itu akan membuatkan kamu sibuk seketika.

Terima kasih atas dedikasi kepada Nafastari, terasa sekali aku dihargai.

Hartini Omar said...

tuan,
semoga ada lah cahaya itu buat aku.. terima kasih kembali

Denanz ... said...

tini,
semoga cinta yang didamba akan ketemu jua. pasrah kepada qada dan qadar Tuhan, berdoa kepada-nya, insya-allah Dia mendengar permintaan kita.

hayat said...

Kalaulah Cinta itu tidak sesukar mana...Kalaulah Cinta itu Mudah..Kalaulah cinta itu senang..Senang sahaja Bagi Tuhan memberikannya..dan Senang Juga bagi Dia Menariknya kembali..Berdoalah semoga"Lelaki dari Syurga" itu ternampak bayang wajahnya!!!InsyaAllah!!

Bila Diary Bercerita said...

Bila kita mencari Cinta manusia memang payah untuk bertemu. Cinta itu akan datang dengan sendirinya tanpa kita sedari. Tahu-tahu nanti kita akan asyik dengannya, ada rindu ada marah dan juga ada ghairah padanya. Pandai-pandailah menyemai cinta. Cinta itu juga umpama tumbuhan, perlu disiram, dibaja dan perlu juga cahaya alam untuk ia terus hidup.

Dalam cinta ada suka tapi jangan lupa ada pedih lukanya. Cinta suami isteri perlu ada toleransi.Kalau tak asyik makan hati le. Jika nak dikutip segala maka yang nampak hanya duka semata.

Semoga Allah swt memberikan 'cinta' yang terbaik untukmu. Amin.

Hartini Omar said...

buat denanz, hayat dan kak aishah,

terima kasih yg tidak terhingga!

drlola said...

i just noticed this entry. don't worry lead. Allah always gives us what's best for us at the best time.

Blow d' whistle said...

salam saudari

wah berbunga sungguh ayat di hati

but interesting...

you should made it publish in a compilation

keep it up