Monday, October 13, 2008

Apa kejadah???

Shah Rukh Khan pun bakal dapat gelaran 'Datuk'? Apa kejadahnya negara malaysia lagi tercinta ini?? Apa kejadahnya diberikan gelaran hebat pada insan yang ini?? Apa kejadahnya sumbangan yang telah beliau lakukan untuk negara kita yang sangat tercinta lagi kaya raya ini?? APA KEJADAHNYA NI?????

Berikan aku kesabaran, Tuhan.. Kesabaran dan ketaatan...

P/s: baca lain kehampaan di sini dan baca penjelasan 'sumbangan' beliau di sini

11 comments:

The lady ♥ said...

pelikkan.dunia dah terbalik.abcde, edcba.

Letting the time pass me by said...

Nak buat macamana, semua permainan politik...

Tak pe saya ade posting terbaru.. silalah

http://inspirasi-aliff.blogspot.com/

Rahimin Idris said...

muahahaha entah la tini.

kalau bagi kat Pak Sako ok tak?

kat temerloh Pak Sako cuma jadi nama jalan saja.

Bila Diary Bercerita said...

boleh tak kalu akak cakap memang BENGONG sapa yang cadangkan nama SRK tu...

WS Zuriati said...

Agak-agaknya ada nilai ke DATUK di negara INDIA?

Ishan_Qureshi said...

Salam Saudari Hartini,

SRK tu tak layak pun diberikan darjah DATUK, takde pape sumbangan pada Malaysia pun. Stakat buat shooting kat Melaka, pastu nak diberikan DATUK..alahai, bengapnya sapa yg bagi tu. Kita terhegeh2 nak bagi DATUK, si SRK tu entah2 tak pandang sebelah mata pun dgn darjah DATUK tu. Saya dok perhati trend di Malaysia ni, pemimpin2 negara suka sgt mengagung-agungkan org luar sampai terlupa sumbangan rakyat tempatan kpd pembangunan Malaysia. Si SRK tu tak layak pun utk terima apa2 anugerah drpd Malaysia...banyak lagi anak2 seni warga tempatan yg layak dianugerahkan darjah DATUK atas sumbangan mereka dlm dunia seni kpd pembangunan sosio-budaya Malaysia. Kalau rakyat marhaen seperti saya yg tak sekolah tinggi ni boleh fikir secara bijaksana, takkan si pemberi & si pencalon darjah DATUK kpd SRK tu tak dpt berfikir secara bijaksana sebelum memutuskan keputusan nak bagi darjah DATUK kpd SRK. Saya pun peningla...nampak muka2 diorang tu mcm seorang yg bijak-pandai tapi hakikatnya hanya mereka & keluarga mereka saja yg tau. Hmmm, patutla dlm budaya masyarakat Melayu ada bidalan/pepatah "ANAK KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI KEHAUSAN" ( betul ke tak ada bidalan/pepatah spt ni? kalau salah minta diperbetulkan ye. saya pun kurang arif sgt pasal bidalan/pepatah Melayu ni. Ye la, budak baru belajar!)

Wassalam:-)

Ishan_Qureshi said...

Saudari WS ZURIATI,

Boleh saya jwb soalan saudari? Sepanjang pengamatan saya, masyarakat di India majoritinya berperasaan bahawa mereka lebih baik & lebih hebat daripada orang lain walaupun kadang2 tu mereka lebih cokia daripada orang lain. Stakat anugerah darjah DATUK daripada kerajaan negeri MELAKA tu, mereka tak pandang langsung atau dlm erti kata yg lain takde nilai langsung walau satu sen. Saudari boleh setuju dan juga mungkin tidak bersetuju dgn saya, tapi itulah hakikatnya.

Wassalam:-)

Denanz ... said...

a'ah. aku pun tak setuju. mengong betoi la.
sdr ishan lebih tahu nilai Datuk bagi masyarakt negara india. sdr ishan, tulis la tentang anugerah ini dalam blog sdr.

en_me said...

en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k

Hartini Omar said...

hartini, (mcm memanggil nama sendiri poulak! =P)
-bukan dunia yg terbalik, tp penduduk dunia yg telah membolak-balikkan dunia

letting,
-kalau permainan politik itu penuh kebijaksanaan dan pemikiran, saya rela juga menerimanya. namun kalau begini keadaannya, saya pun tak terkata apa

rahimin,
-org2 hebat mcm pak sako pun tak sanggup nak terima darjah yg hanya pd nama..

kak aishah,
-memang BENGONG pun kak!

kak nurahadi,
-nilainya di negara india tu saya tak tahu. mungkin ishan lebih mengerti. tp kalau sy jadi SRK, sy pun tak kebulur nakkan gelaran Datuk dr mesia ni

ishan,
'kera' di hutan disusukan.. tak payah 'anak kera' pun tak apa.. ;) yg selalu sy dgr, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.. mesia mmg banyak bidalan dan peribahasa, tp jarang nak mengambil iktibar drpdnya

denanz,
-ya, sy juga bersetuju

en_me,
-kekurangan yg mana ya?

Fadh Rahman said...

aku setuju ngan rahimin...aku pun pelik dan hairan ngan pemimpin yang ada kat Malaysia nie...tapi yang bagitu gelaran tue orang pahang plak...lagi laa aku rasa hampas nye...