Mampukah kulawan kesepian ini? Kesepian yang hadir tatkala melihat rakan2 gembira bersama keluarga baru mereka. Dengan anak kecil yang bermain di riba. Dengan kelibat suami mahupun isteri yang senantiasa bersama. Alangkah girangnya hidup mereka. Alangkah terisinya jiwa. Sedang aku? Masih juga bagai yang dulu2….
Mampukah kulawan kesepian ini? Kesepian yang hadir tatkala aku memandu sendirian ke destinasi harapan. Keseorangan tak berteman. Sedang insan lain bergembira berduaan, dengan insan yang paling mereka sayang. Namun aku masih sendiri, dengan jiwa yang kosong sepi…
Mampukah kulawan kesepian ini? Kesepian yang hadir tatkala melihat mereka semua riang bergelak tawa, berkongsi riang canda. Berpasang-pasangan dengan teman2 harapan. Berpegang2 janji dengan insan pujaan hati. Sedang aku sendiri masih tercari2 dan masih menanti2. Biarpun tak kutahu, apa dan siapa yang kunanti…
Mampukah aku, Tuhan.... Melawan setiap butir kesepian yang kau berikan. Adakah kesepian ini satu kurniaan? Untuk aku mengenali diriku sendiri. Atau satu dugaan? Agar ku mencari seseorang buat peneman hati... Aku tidak mengerti…
Terpaksalah kulawan kesepian ini. Bila mulut2 manusia bertanya “Kamu bila?”.- yang kufaham benar isi maksudnya. Dan hanya pula mampu kujawab dengan senyum dan lirik mata. Dengan keluhan dan lafaz “Entahlah….”
Dan di detik itu timbul rasa sesal. Sesal kerana tidak mampu membuka hatiku yang tertutup rapat. Kesal kerana mahu manusia menerima aku seadanya, sedang aku sendiri tidak mampu menerima mereka sebagaimana mereka
Maka terpaksalah kulawan kesepian ini, tidak kira untuk berapa abad pun lagi. Sampai ketikanya hati ini benar2 terisi......
17 comments:
jodoh itu cuma lambat atau cepat.. insyaAllah.. pasti ada yang diciptakan utk kamu...
ehem-ehem..yang cantik elok tak selalunya datang dengan mudah dan awal masanya..biar sedikit masa menduga-biar jejaka hati dari syurga datang tepat pada masa.Tuhan tidak Zalim sekali-kali pada hamba..Itu Janji Dia..Tuhan Yang Maha Memberi Cinta!!
Allah mengerti apa yang ada di dalam hatimu...n Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.... sabarlahh menantinya...
mawar,
-terima kasih banyak atas nasihat, buat penawar hati yg tak terubat..
hayat,
-begitulah hendaknya yg didimpikan jiwa. hadirnya jejaka yg dari syurga, menerima buruk dan baik ku seadanya. terima kasih menyinggah
dyanz,
-untukmu telah dinampakkan jalannya. kini menanti jalanku pula. terima kasih dtg jenguk blog aku yg usang buruk =P
aku teringat nietzshe. dia cakap individu tu memang sendiri-sendiri. dunia ni macam gerbang yang kosong, beku dan dingin. entah apa yang dia cari pun aku tak tahu.
aku tak fikir masalah ni kau saja yang tanggung. ramai yang jodohnya lambat. tapi jodoh yang cepat tak semestinya sesuai. sebab ajal, rezeki dan jodoh tu memang rahsia tua. aku teringat tiga pupu aku. perempuan. malam akad nikah. esok tengahari suami dia pergi hantar adik dia ke terminal bas. eksiden. dua-dua meninggal. barang2 kenduri pun tak kemas lagi. lauk kenduri pun tak basi lagi. semua terkejut. memang sedih betul tengok dia menangis. sampai hari ni kalau teringat, ini la antara benda yang ada dalam memori aku paling sayu. tapi apa boleh buat. entah apa rancangan tuhan aku pun tak tahu. kalau waris aku tu tak kuat iman memang bunuh diri la. boleh kau bayangkan?
apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk kau. salam aidilfitri.
rahimin,
nasihat anda memang sempoi tapi mengusik jiwa.. tiba2 aku terasa mahu sujud syukur krn masih dihidupkan di dunia. mungkin aku patut menyibukkan diri supaya tak letih menanti cinta
terima kasih banyak sdr
Cinta tidak perlu dicari, dia akan datang kepada anda. Kalau anda tidak nampak dia datang, anda pasti akan tersepak lalu terjatuh. Di saat itu anda akan tersedar yang cinta sudah berada di depan anda, dan menghulur tangannya kepada anda.
Saya percaya begitu. Ia telah terjadi kepada saya, dan itulah perkara yang paling indah pernah berlaku ke atas diri saya.
kadang kala cinta yang dulu diharapkan datang pada saat kita tidak memerlukan cinta itu lagi.....itu amat memedihkan...
Salam Saudari Hartini,
Salam perkenalan dihulurkan. Kamu berbicara mengenai kesepian! Daripada coretan kamu, saya bisa mengerti betapa dalamnya kesepian kamu itu..sepertinya sudah terlalu lama kamu dihimpit kesepian. Bagaimana bisa terjadi kesepian sebegitu? Bukankah kamu masih muda remaja? Sampai saat & ketikanya nanti saya percaya kesepian kamu itu akan berlalu pergi.
Walau apa pun, kamu masih lagi bernasib baik krn kamu punya keluarga sedangkan masih ramai lagi insan di luar sana yg lebih sepi drpd kamu...misalnya saya. Bagi saya keluargalah yg bisa merawat segala kesepian itu. Walaupun saya sebatang kara di bumi Malaya ini...saya masih bisa tersenyum dgn kehadiran teman-teman. Saya cuma mempunyai teman-teman sdgkan kamu memiliki keluarga dan juga rakan-taulan. Kamu lebih beruntung drpd saya. Jadi, saya menasihati kamu usahlah kamu terlalu melayani kesepian kamu itu krn ia bisa membuatkan kamu terus dibuai ceritera lara.
Wassalam:-)
Ustazah setuju dgn ishan tu. Usah dilayan sgt perasaan tu.Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Usah sangsi.Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita hamba-hambanya.
ahmad,
-terima kasih atas nasihat. kalau benar semudah itu, pasti sekali akan saya coretkan buat tatapan semua bila tiba masanya
ishan,
-salam perkenalan juga. saya tidaklah sampai murung dan tidak bersyukur dgn apa yg dikurniakan pd saya. cuma sbg manusia, pantas pula saya berasa seolah2 sepi dan dimakan kesepian hati sendiri
bukanlah sampai ke tahap saya mahukan perkahwinan itu berlaku, tidak. cumanya sampai sekarang ini pun saya tidak mempunyai teman rapat yg namanya lelaki. jadi di situ timbul isunya, bolehkah saya berjumpa 'dia' setelah menginjak usia? dptkah saya diterima di saat umur bukan lagi muda belia? terima kasih atas nasihat tuan, akan saya jadikan azimat kehidupan
ustazah,
-jodoh memang ditanganNya. namun bukankah khadijah itu juga mencari jodohnya?? entahlah, takut kalau tak berusaha, tak bertemu jaya. thanks 4d advice anyway
kita dengan kisah sepi kita hahaha!
Salam Saudari Hartini,
Melihat seraut wajah kamu, saya percaya dan yakin bahawa kamu juga punya hati yg tulus, semulus wajahmu. Disebabkan kamu memiliki sekeping hati yg tulus, saya percaya..sampai saat & ketikanya kamu akan bertemu dgn teman hidup/jodoh kamu. Jika tidak di usia remajamu, tatkala kamu menginjak usia beliamu. Jika tidak di usia beliamu, mungkin di usia tuamu. Jika tidak di usia tuamu, pastinya seorang teman sedang menanti kehadiran kamu di syurga nanti. Kenapa saya berbicara sebegini? Jawabannya krn Allah berfirman bahawa setiap makhluk di dunia itu diciptakan berpasang-pasangan..jadi, andainya kamu tidak mendapat jodohmu di dunia ini, pastinya Allah telah merancangkan sesuatu yg lebih baik drpd apa yg kamu harapkan tatkala kamu melangkahkan kakimu ke syurga nanti. Amin:-)
Wassalam!
salam lidya..
situasi sy berbeza dgn saudari tetapi sy dpt merasakn perasaan saudari sbb sy juga berada dlm situasi yg sama skrg, harapan yg sy impikn utk membina mahligai tidak tercapai & tiada lg peluang utk sy meneruskn impian itu bersama insan yg plg sy syg...
sy cuma hrpkn peluang yg terakhir dpt diberikn pd sy utk buktikn cinta sy pd dia...
Amrul Azwan...
sdr amrul azwan.
-doa saya sentiasa bersama anda. jgn bimbang dan berdukacita, jika benar jodoh bersamanya milik anda, kebahagiaan itu pasti menjelma juga pada bila2 masa
banyakkan berdoa dan meminta petunjuk dr allah swt. percayalah, Dia tidak zalim pada hambaNya yg kudus meminta2 =P
salam lidya...
terima kasih segalanya diatas doa & nasihat saudari...
sesungguhnya cinta sy masih ada utk dia...
Amrul Azwan...
kdgkala aku juga berasa kesepian.tp kdg2 aku prefer hidup dlm kesepian..ksepian dari cinta lelaki kerna aku sdiri takut untuk memberi dan menerima!mdgr&melihat byk rumahtangga org yg berantakan lantaran sikap lelaki membuat aku takut utk hidup bersama insan yg bergelar lelaki (aku tau x sume lelaki begitu!).apa yg ble aku katakan,aku takut dipersiakan oleh insan yg bergelar lelaki@suami..mungkn juga krn -ve perception terhadap lelaki dr dulu masih menebal!tanpa disedari,pernah terlintas dfikiran utk terus hidup bersendiri..ku berserah kpd-Nya..utkmu sahabat yg diingati slalu,semoga kesepianmu akan berakhir dgn kgembiraan&kbahagiaan yg hakiki..
-Masyit23-
Post a Comment