Anak : Siapa gadis melayu, bu? Yang kuning langsat itukah?
Ibu : Ya, itu dia. Dan kita juga
Anak : Tapi kulit kita tidak kuning langsat, bu. Malah gelap pula
Ibu : Kuning atau hitam, darahnya tetap sama. Merah..
Anak : Siapa gadis melayu, bu? Yang ikal mayang itukah?
Ibu : Ya, itu dia. Dan kita juga
Anak : Tapi rambut kita tidak ikal mayang, bu. Malah kerinting pula
Ibu : Kerinting atau lurus, akarnya tetap sama. Tumbuh di kepala
Anak : Siapa gadis melayu, bu? Yang pipinya bak pauh dilayang itukah?
Ibu : Ya, itu dia. Dan kita juga
Anak : Tapi rupa kita tidak mulus, bu. Malah hodoh pula
Ibu : Cantik atau jelik, datangnya tetap sama. Kurniaan Allah
Anak : Siapa gadis melayu, bu? Yang bibirnya merah delima itukah?
Ibu : Ya, itu dia. Dan kita juga
Anak : Tapi bibir kita tidak merah, bu. Malah pucat pula
Ibu : Pucat atau merah, kerjanya tetap sama. Menyebut nama Dia
Anak : Saya mahu jadi gadis melayu, bu
Ibu : Sayang memang gadis melayu. Datang dari ibu, yang juga melayu
Anak : Saya mahu jadi yang itu, bu. Terkenal, cantik, molek, senang dipandang orang.
Ibu : Dan itu bukanlah melayu, sayang. Melayu tak memalu kompang minta bertandang, tak memukul rebana minta dicinta.. Melayu tenang mengabdi dirinya, buat bangsa juga Tuhannya….. (sayang gadis melayu, dan ibu tahu itu....)

11 comments:
Salam HARTINI,
Siapa Gadis Melayu? Jawapannya tentu la KAMU kannn..betul tak? :-)
betul tu yeye!
gadis melayu penyegan orangnya.
sopan dan santun dititik utama.
apa motif realiti tv ini pun entahlah.
mungkin dorang ni dah takde idea agaknya.
gadis melayu punya sifat malu mempamer diri...=)
-masyit-
aku komen utk entri lepas. aku pun dah letih blogging. aku nak kembali tulis sajak saja. sebab itu yang paling aku suka.
ishan,
-kalau anda tak segan bertanya, saya juga tak segan mengakuinya ;)
wewet,
seriously true! idea mereka bagus, tapi pencariannya bermotifkan rupa semata. maka untunglah gadis2 yg punya rupa..
masyit,
-aku setuju sgt dgn pendapat kaunselor..
rahimin,
-aku pun suka bersajak. tapi menulis sajak tak dpt sekerap blogging. blogging boleh cakap suka hati. tapi karang sajak kene tunggu 'mood' hati ;)
Gadis Melayu mungkin seorang yang pemalu...tapi dia juga seorang serikandi umpama Tun Fatimah... ntah lah...
tuan anonymous,
-benar sekali. gadis melayu itu penuh ketegasan dalam kelembutan.. terima kasih menyinggah
yg sebetulnya puan anonymous ;-)
'tuan' itu sering sy gunakan untuk merujuk lelaki DAN wanita ;).. namun jika sudi, molek benar jika puan memberikan sebaris nama supaya senang kita berbicara.. apapun, terima kasih krn sudi ke teratak buruk saya
Sayangnya kini ramai gadis Melayu telah "LAYU" sebelum waktunya...
Lepas ni kita tengok pulak ada tak rancangan realiti - Mencari TERUNA Melayu...
Post a Comment