Monday, November 03, 2008

Di sebalik wajah...


Di sebalik wajah
Ada cerita duka,
Ada kisah derita,
Ada khabar sengsara...

Telah jatuh air mata
Menanti yang dicinta
Kini hanya pasrah
Dalam tentuan-Nya...

"mengerti hati.. Tini"

10 comments:

Al-BIMA SAKTI said...

salam,

wajah itu ada cerita
bagai lukisan seribu warna
dari kembara hati terlara
godakan luka tertera...

Hartini Omar said...

hebat bima,
aku tersenyum membacanya.. singkat tapi bermakna.. terima kasih menyinggah

Faizal Zakaria's Blog said...

Salam ziarah :-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Mawarnafastari said...

this layout is better

Hartini Omar said...

tuan faizal,
salam ziarah kembali. terima kasih

mawar,
thanks so much. saya kira mahu berubah ke arah feminisme.. hehe

terima kasih menyinggah

Muhammad Azli Shukri said...

kedua2 blog saudari memuatkan puisi - ditulis dengan mata hati dan mengapa tidak diantologi? biar ramai yang mampu membeli, isi hati tuan puteri? salam singgah.

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Wajah insan umpama kanvas kosong. Redup dan sayup renungan mata pula mewarnai kanvas itu. Tanpa perlu lidah berbicara, sirna mata sudah cukup meluahkan apa yg terbuku di kalbu. Biar bibir menguntum sebuah senyuman...redupan mata-lah penentu sama ada senyuman itu benar-benar lahir dari ketulusan hati atau ia palsu belaka. Renungan mata tidak pernah menipu..ia menceritakan segala-galanya:-)

Hartini Omar said...

tuan muhammad azli,
-impian yang indah seumpama itu, kalaulah jadi kenyataan.. sungguh, saya sering mengimpikannya. namun tak mengerti adat dan cara..

ishan,
-benar, renungan mata takkan menipu. kerana itu org melihat cinta dari mata + turun ke mata hati =P

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Dan sebab itu jugalah saya terpaksa memakai cermin mata bagi menghalang org merenung & melihat mata saya...takut cinta akan terlalu cepat berputik...hehehe:-)

Hartini Omar said...

ishan,
-saya pula terasa menyesal bercermin mata kerana cinta itu terlalu sukar untuk sampai ke hati dan jiwa saya, walaupun telah saya renung dengan renungan yg sedalam-dalmnya.. haha ;)