Thursday, November 06, 2008

Matahari di atas Gilli

Aku belek buku satu2. Mula2 lihat tajuknya. Kemudian muka depannya. Lalu menyelak pula helaian pertama, laju bebola mata membaca tiap2 huruf yang berbaris bagai tentera. Aku senyum mengangguk. Suka, malah jatuh cinta. Lalu kututupkan kembali buku yg terkuak, dan melihat ke kulit belakang. Tertampal pelekat putih kecil berlogo POPULAR di situ dengan nilai harga RM45.90. Aku beliak mata macam tak percaya. Dari cinta jadi benci. Dari riang jadi sakit hati. Buku tebal itu aku letak kembali. Sambil mengeluh dan geleng2 kepala, aku berjalan lagi

Cerewetnya, Tini. Beli je lah, hati membantah

"Jangan, bukan sekarang. Untuk masa ini, kita beli yg bagus dan berpatutan", aku geleng sambil pujuk hati. Lalu berjalan, berhenti.. Jalan lagi dan berhenti lagi. Aku capai sebuah novel

Matahari di atas Gilli?, tanya hati

"Ya". Aku belek lembaran pertama, terus pula kedua, lalu ketiga dan lama2 jadi leka. Aku buka helaian akhir, mencari gerangan pengarangnya

Orang Indonesia?, hati sibuk bertanya. Aku angguk2. Berpuas hati dengan bahasanya yang baku dan sastera. Aku senyum

Sudah la, beli je la kalau suka!, hati mengganggu lagi. Belum sudah2 mahu berhenti. Aku tarik nafas dalam2, mataku sekilas terpejam..

"Tolonglah Ya Allah, jiwa dan mindaku kehausan sekeping nota. Tolonglah...", Aku rayu Tuhan. Lalu jenguk kulit belakang. Dan pelekat POPULAR itu bertulis RM25.90. Aku senyum dalam hati

Buku masih di tangan, dan setelah menghulurkan nota merah2 itu, kuteruskan pembacaan sampailah hilang suara hati yang sumbang kedengaran. Basahlah sudah jiwa yang kegersangan. Terisilah sudah atma yang kesepian. Lalu malam itu di atas katil bujangku, aku terlelap bersama impian dan harapan, dengan 'Matahari di atas Gilli' masih kejap dalam dakapan...

Terima kasih, Tuhan...

13 comments:

dudud said...

kagum wa ngan bahasa lu..kalo wa...guna bahasa cemni...on d way lik opis (atas moto kapcai wa) sure wa gelak sowank2..

Hartini Omar said...

tuan dudud,
-bahasa itu jiwa bangsa. saya bangga menulis dengan bahasa melayu sebenar, menunjukkan bahawa saya bangga menjadi org melayu sebenar

bahasa anda bahasa slanga. mungkin sesuai utk dituturkan, namun payah dituruti pembacaan

apapun, terima kasih menyinggah

Anonymous said...

Assalamualaikum tini...
Teruskan berkarya...moga nanti akan terbit sebuah karya yang dinanti-nantikan.I'm waiting...=)

||chickserame|| said...

mcm menarik je "matahari d atas gilli" ni kl tgk cover pd page nye..nak pinjam leh?hehehe =)

kagum dgn "bhs jiwa bangsa" cik hartini...keep it up...

Hartini Omar said...

permatabonda,
-lama tak menyinggah.. kalaulah benar jadi apa yg kita hajat2kan itu, tuan org pertama yg akan saya hadiahkan kaya pertama itu ;)

crazycool @ sue,
-sebab itu blog ini dijemput untuk insan2 yg mencintai bahasa dan sastera. rakan2 yg tidak mengenali saya sepenuhnya, akan bertanya 'benarkah blog ini milik saya?'.. lain di mata, lain di jiwanya.. haha

terima kasih semuaaa...

Rahimin Idris said...

hah, aku kalau pergi kedai buku kadang-kadang beratus habis. sebab tu takut nak pergi kedai buku. rm50 memang hangus selalunya.

semalam dah belek2 'karya nan indah' faisal T. lepas tu cepat2 blah sebab kasut aku pun dah koyak ni. minggu depan kena beli jugak ni. haih.

'matahari di atas gili' tu karya siapa?

Hartini Omar said...

rahimin,
-aku pun selalu habis beratus kalau beli buku. tapi tgh2 bulan mcmni, aku kene kontrol sket duit poket.. jgn asek nak beli belah je..

buku tu buku Lintang Sugianto.. aku kalau beli buku tgk jugak sape pengarang. tapi lg penting, aku tgk jalan cerita dan bahasa..

aku suka beli buku mat salleh, tp harga dua tiga kaliganda.. susah, sbb aku pun bukannya kaya mana

Anonymous said...

tak pergi Payless bookshop? buku secondhand...berhand-hand pun ada kot kalau dah lusuh sgt tu...tapi tak de le novel terkini...
MMM...buku ni pasal apa? Apa maksud Gilli?

Hartini Omar said...

anonymous aka ustzh,
-Gilli tu adalah nama sebuah pulau. kisahnya berkenaan dgn suka duka khidupan org yg tinggal di pulau tu

ada kisah cinta antara Hada (heroin) dan suaminya Suamar, tapi kisah cintanya hanyalah sekelumit dr susur galur kehidupan. banyaknya kisah tentang hidupan dan alam. saya masih lagi dlm pembacaan. jadi tak tahu apa endingnya

payless bookshop kt mana? well perhaps you can bring me there nanti.. ;)

Anonymous said...

Kekihatan seperti menarik! Hartini, ternyata tulisan kamu sudah kembali seperti dulu, sewaktu awal-awal kamu menulis di blog ini.

Hartini Omar said...

ya ahmad,
adakalanya aku seakan lupa maksud dan niat menulisku.. ratib2 sastera habis dimakan nafsu seloka dan sandiwara dunia..

terima kasih krn kamu terus setia memerhati dan membaca. betapa aku menghargai kesetian itu, kalaulah kamu tahu..

terima kasih

WS Zuriati said...

Tini, akak kalau bc novel ke apa-apa buku ke, akak suka tengok kat belakang dulu. Kalau macam best baru bc habis, kalau tak akak bc lakar-lakar je...sb tu akak boleh bc 2 novel dlm sehari...sb tu jgk bhs akak tak puitis...

Anonymous said...

dah tau dah Gilli kat mana.Kepulauan Nusa Tenggara.Gugusan pulau berhampiran Pulau Bali.