Friday, January 16, 2009

Boikot itu ini

Aku datang opis pagi2. Kawan-kawan heboh tengok website, barangan dan produk apa yang patut diboikot. Aku join tengok sekali. Dalam pada tu angguk-angguk kecik. Banyak jugak barang2 yahudi yg aku pakai. Bedak Johnson kat rumah pun baru je kejap tadi aku sapu kat muka. Nescafe pun baru je aku teguk malam tadi. Hmmm… aku keluh kesal

Balik rumah, nampak papa usung roti john dua kampit. Adik aku komplen, “Ala, kenapa bukan McD?” adik tarik muncung.
Boikot! Papa jawab selamba. Lepas ni kalau nak makan ayam, suruh mama je goreng kat rumah. Kalau nak makan pizza, kita beli zan pizza kat pasar malam. Aku senyum diam sambil terus tengok tv. Teringat kawan baik aku yang memang dari dulu lagi dah buat pizza sendiri

Aku bukak laman rahimin, baca entri dia pasal boikot. Bagus betul, seumur hidup dia dua kali je masuk KFC. Hebat. Jangan aku, dah sebati dengan diri. Siap keje dan sumbang tenaga lagi. McD pun selalu jugak aku telan. Aku suka burger ikan dia tuh. Lembut dan menyelerakan. Tapi sekarang kalau nak makan, aku teringat muka umat2 islam yang mati kene bom, terburai isi badan. Terus geli geleman

Aku jarang dah tengok tv. Lebih2 lagi berita. Balik kelas dah penat, bersihkan diri, solat terus tidur. Pastu kat opis dengar pulak orang heboh bengang dengan sebahagian menteri yang cakap macam orang tak ada otak

“Haritu kata kene boikot, pastu ni dah terpulang hak individu pulak!” bentak seorang

“Macam hampeh!” sorang lagi, sambil jelling surat khabar

“Poket dorang tak kembung kalau boikot” ucap sorang lagi

“Ekonomi kita kan bergantung pada produk2 tu,”.. Eh ni rejim yahudi ke ni, soal aku dalam hati

“Alah, bukan mati pun kalau kita tak makan kfc,” selamba sorang lagi

Aku diam dengar dalam-dalam. Negara kita sebagai sebuah negara yang sokong islam, patutnya banned kan terus produk2 tu. Iklan pun jangan masuk dah. Ni beriya tulis surat berjela2 kat PBB, kutuk itu ini, tapi iklan KFC McD bersepah je lagi kat tv. Iklan maybelline pun tertayang2 lagi. Colgate ngan maggie tak yah cakap la. Aku jadi meluat, meyampah tiba2

Starbucks memang aku tak pernah pegi. Revlon, maybelline tu memang lansung tak pernah guna. Yang lain2 pasni aku akan cuba untuk tak pakai atau guna atau makan lagi. Mungkin aku boleh mulakan dengan pakai bedak Safi. Takpun Zaiton. Kadang2 bukan sebab tak nak pakai, tapi kalau pergi shopping tu, lagi nampak produk yahudi kat pasaran. Malas nak berlama-lama, sambar je la

Lepas ni aku akan guna Petronas, walaupaun aku anti kat pam minyak ni. Takpe lah, demi islam aku akan berubah. Dan aku harap kalau korang semua nak berubah buat lah sampai bila2. Memang orang kata banyak lagi yahudi boleh dapat dari industri dorang yang besar-besaran. Lantaklah, yang penting bukan duit gaji aku yang tolong belikan bom ngan senapang rabaikan tali perut umat islam. Walaupun sumbangan aku kecik, tapi orang tua-tua kata sikit2 lama2 jadi bukit. Tuhan pun takkan ubah nasib kalau kita sendiri tak mulakan. Jangan cakap je pasal tuhan tapi join lagi dengan setan. Pandai2lah korang fikirkan

Selamat memboikot itu ini

-maaf atas bahasa pasar yang aku guna untuk entri ni-

12 comments:

shameel said...

Boikot itu ini dan di sana sini. Cukupkah sekadar boikot? Mungkn itu satu pertanyaan namun sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengajar si Durjana yg tak kenal erti belas itu. Sekurang-kurangnya kita tak pernah rela dan redha dgn sepaian tulang dan kecaian daging di GAZA. Allahu Akbar.

myeKhairiah said...

askm..insyaAllah,kite same2 doa yg terbaik..huhu,jahilnye aku dlu..

rahimin idris said...

sebenar boikot tu sumbangan kecil saja. bukan rugi sangat. kalau diorang hilang sumber ekonomi rm1 dari seorang umat islam, bagaimana kalau hilang dari 1bilion umat islam? banyak tu kan? berapa banyak bom yang dapat halang diorang buat? berapa banyak nyawa anak2 palestin dapat kita selamatkan?

jangan ingat duit 1sen tu tak ada nilai langsung. kita kena belajar malu pada diri sendiri dulu.

hans said...

ntah
rimas hal boikot2 nih
lepas tu beli balik
sama jer

Hartini Omar said...

shameel,
-ya, sekurang-kurangnya kita berusaha, dan amat tidak redha saudara seagama di bunuh ikut suka. terima kasih kamu menyinggah di laman saya

mye,
-aku pun jahil dulu, tp xpe, jom berubah sekarang

rahimin,
-aku bangga dengan kamu. kamu dari dulu lagi dah boikot produk2 ni. bukan macam aku, ikut suka pakai beli. tahniah untuk kamu

hans,
-jgn macamtu. mulakan tekad hari ini, dan istiqamah sampai bila2. mana tau pasal pkr ni allah jadi sayang dan masukkan kita dalam syurga. yg penting kt dah usaha!

terima kasih semua

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Saya cadangkan pakai bedak sejuk jer...sbbnya mmg konpom bukan org yahudi atau yg dok support Israel yg buat...hehehe! Ermm, sejak keje kat Utara Semenanjung ni kulit saya jadi gelap n bertambah gelap. Nak pakai apa eh utk memutihkan kulit...kalau tak putih pun, sekdar mengembalikan kulit saya ke warna asalnya sudah la...! Mulanya, member cadangkan pakai salah satu barang bawah label L'OREAL n GARNIER...tapi dgr cite dua2 kompeni tu pun dok support rejim Zionis...so, camne eh...takkan saya pun nak pakai bedak sejuk jugak kan...?!!!

WS Zuriati said...

Kat umh akak ni adala sebotoi bedak johnson yg kecik tu....igt bila habis yg tu tak nk bli dh sb produk utk muka dh dkt setahun tukar pd safi..alhamdulillah mcm ok je muka.klu bab kfc dan McD memang akak selamat sb kt kg ni memang xjupe benda alah tu..paling2pun ayam goreng psr mlm je.

Wahidah Wahid said...

Sokong sangat.! Tapi haritu bila ciknana buat muke toya depan pintu sebelum wewet gi kerja mintak nak rasa prosperity burger, tak sampai hati plak nak hampakan harapan bonda. Balik kerja belikan lah gak satu je khas untuk dia pastu warning siap2, mintak cik nana jangan request yang bukan2 lagi. Masa nak belikan tu rasa berat Ya'Rabbi tapi tetapkan je niat untuk bonda takut kempunan plak bonda ku nanti.. =(

Hartini Omar said...

ishan,
-teringat waktu duk hostel time skolah2 dulu, setiap malam tempek bedak sejuk. bukan utk apa pun, saja ikut2 kgkawan. kamu pun pakai alat bantuan pemutih? hehe

kak nurahadi,
-mujur saya tak pakai produk2 kecantikan ni. cuma pakai bedak bayi tu je. nampaknya lepasni terpaksa ganti dgn bedak batu empat segi yg ada gamba opera china tu.. huhu

wewet,
-sekali-sekala cicik nana mintak, lu belikan je. mak gua pun suka sgt prosperity tu. tp skarg dah berjaya control bila gua desak2 suruh boikot. skrg kitorg penggemar roti john!

thanks semua

peace said...

kalau nak boikot tu, boikot je. jgn ragu2...dok terfikir2 lak berjaya ke tak...yang pasti kita dah memulakan langkah yg pertama...kita doakan & berharap org lain pun akan ikut jejak kita memboikot barangan yahudi dan mereka yg bersekongkol dengannya

Nafastari said...

Dari dulu lagi saya telah boikot McD, KFC dan Pizza Hut. Waktu tu saya masih lagi pelajar dan saya mendengar suatu talk yg disampaikan oleh Jemilah Mahmood MERCY. Dia menyuruh kami memboikot barangan tersebut dan dia bercerita bagaimana dia melakukannya, menghalang anak2nya makan KFC. Dan dari situlah saya telah mula mencari alternatif, sejak itu saya pergi Nandos untuk makan ayam. Dan saya memang tidak minum Coke, tak suka.

Hartini Omar said...

ustazah,
-ye betul tu. setuju sama sekali. lepasni kita boikot benar2. yeah!

ahmad,
-alhamdulillah, kamu telah lama tidak membantu yahudi membunuh muslim. saya juga akan cuba sedaya upaya untuk sama2 meneruskan perjuangan yang tak seberapa ini, i'allah

terima kasih semua