Tuesday, January 13, 2009

Dia…

Dan Khamis itu...

Dia datang dengan senyuman, memberi salam lalu duduk disebelahku. Orangnya tinggi ragah. Cerah, secerah masa depannya. Aku melihat dia sekilas, melarikan wajah dari memandang bola matanya dalam-dalam. Selebihnya aku gugup. Menyedari diri ini seorang insan yang terlalu biasa-biasa saja. Bertemu pula dengan insan se’terbilang dia. Namun lekas pula aku tukarkan rasa gugup itu dengan cerita dan tawa-tawa kecil.Dan lama-kelamaan gugup itu hilang, berganti senang dan selesa yang berpanjangan

Dari tingkahlakunya, tutur katanya, terlalu nampak akan kematangan itu. Matang dalam memberi pendapat dan pandangan. Matang dalam membuat penilaian. Matang dalam memutuskan keputusan. Matang dalam perlakuan dan cara berpakaian. Hampir sempurna, itu yang paling singkat boleh disimpulkan

Dan dalam jam-jam yang tidak berapa lama itu kami bertukar bual, bertukar cerita dan pendapat, bertukar kenangan dan kisah kehidupan, dapat pula dirasakan kemesraan itu, sekurang-kurangnya bagi pihak aku

Mengenalinya bukan atas sebab-sebab tertentu, melainkan mahu berkongsi kejayaannya, supaya yang jaya itu menjadi milikku pula. Untuk menghormatinya kerana pengalamannya, untuk berkongsi juga semangat dan tabahnya, dan selebihnya mengharap redha Tuhan mengiringi batas-batas perjalanan, dan dapat aku rasa betapa manisnya hubungan yang kerana Tuhan. Semoga hendaknya diciptakan kita menjadi golongan yang mendapat lindungan-Nya di hari pembalasan

Semoga panjang ukhuwwah, dan pada Dia juga aku berserah

ww: sayang kami tak sempat bergambar, kalau tak boleh juga tayangkan pada dunia! =P

ww: kenali DIA di sini

10 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Siapakah DIA itu? Kuriositi mengatasi...ermm, mengatasi apa eh? Apa ayat yg awak selalu guna tu...dah lupa daa;-)

Hartini Omar said...

Kamu ini kenapa, lelaki? Telah aku bukakan jalan, agar kamu mudah mencari kepastian. Telah aku khabarkan dengan tinta, supaya kamu maklum dan cerna secerna-cernanya

Namun kamu masih begini. Kamu ini apa dan kenapa, wahai lelaki?

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Huhuhu...tgh pening tadi tu. Biasa la, baru lps ngadap bos...tu yg jd ting tong tu. Psstt...saya ingatkan DIA tu adalah SAYA...hehe! Juz kidding, jgn marah naa;-)

peace said...

saspen je...

Aishah Jamal said...

Ingatkan Tini bertemu bakal 'teman lelaki', he..he..silap daa...
bolehlah lepas ni akak rewang-rewang kat laman sesawang Dia plak.

Hartini Omar said...

ustazah,
-saya kan memang suka mensaspenkan org.. hehe.. jangan risau, kalau saya betul bertemu jejaka pilihan itu, pasti saya akan bwk dia jumpa ustazah.. gerenti lah ;)

kak aishah,
-belum lagi kak. belum bertemu lagi.. masih menanti2

anyway thanks 4ur concern

Mawarnafastari said...

kalau tak silap saya, nafastari mengenali DIA juga.. bukankah DIA belajr di uia juga?.. :)

Ahmad WM Omar said...

Hartini, pertama kali saya membaca coretan ini saya berfikir DIA seorang lelaki. Rupanya DIA yang kamu maksudkan... Semoga kamu akan menjadi sebahagian daripada dunia yang telah DIA ceburi. Saya bayangkan ia sebuah dunia yang sangat indah dan damai, teringin untuk ke situ tetapi belum mampu. Semoga berjaya.

P/s: Saya memang mengenali dan pernah bekerjasama dengan DIA.

WS Zuriati said...

Pandai sungguh tini....akak pun hampir-hampir terfikir dia tu seorang jejaka...tapi akak pun suka ngn dia tu..

Hartini Omar said...

mawar,
-ya. nafastari juga mengenali dia bahkan mungkin lebih rapat =P

ahmad,
-saya maklum, kamu tentu lebih rapat dengan dia itu. saya berbangga dan sangat berbesar hati menerima pelawaannya untuk bertemu dengan saya. orangnya sangat hebat!

kak nurahadi,
-ai, lama kak tak menyinggah. saya memang saja bagi saspen.. hehe.. lelaki manalah yg teringin nak jumpa saya ni kak. rupa tak ada, harta apatah lagi

terima kasih semua