Tuesday, January 06, 2009

Dua ribu sembilan


Dan tahun 2008 itu berlalu, masuk hari ini sudah enam hari. Di dalam kereta aku termenung mengadap luar jendela. Menebar pandangan pada butir2 kehidupan yang membiaskan khayalan. Kerlip lelampu merah menambah keheningan. Bekas rintik hujan masih menitiskan saki baki gerimis yang berderaian. Alam kelam, sekelam hatiku juga

Dan 2009 itu sudah lama menjenguk. Namun tidak pula ku perbesarkan menyambutnya dengan ucap2 selamat. Sms2 yang kuterima lewat 31 Disember dalam kotak2 inbox masih kaku tersimpan. Tak terlayan..

Dan hidup tetap juga seperti biasa walau di tahun mana pun ia. Cuma umur yang semakin bertambah. Memberikan lebih kengerian saat2 aku berbual dengan rakan2 yang sudah maju dalam salah satu dari sudut2 kehidupan

“Aku due insyaallah bulan enam”, senyum rakan itu, sambil mengusap berhati2 perut yang berisi denyut2 nadi

“Majlisnya insyaallah pertengahan tahun ni”, ucap seorang lagi, mengenang hari besar yang bakal dilalui

“Emm, aku sebenarnya ada kawan, dan aku rasa aku nak serius selepas ni”, ucapnya sambil tersenyum simpul mengenangkan jejaka pilihan hati

Dan dalam senjakala itu aku termenung-menung melihat barisan kenderaan yang tekun menunggu merah bertukar hijau. Setekun aku yang menunggu kehidupan agar berubah. Berubah ke jalan yang lebih gemilang dan cemerlang mungkin

Bukankah kau sudah berubah, Tini

Errr

Kau berjaya, mungkin lebih berjaya dari sebahagian yang lain

Emm

Janganlah sebab yang satu itu kau terus mundur lalu meletakkan dirimu jauh2

Aaaa…

Sudah! Jangan termangu. Itu, lihat di depan sana. Hijaunya telah menyala. Ayuh teruskan perjalanan, dan jangan lagi diburu kekesalan!

Diam

Kutekan pedal minyak dan meneruskan pemanduan. Menyusuri hiruk pikuk kuala Lumpur yang senantiasa bergemerlaman. Lampu2 kenderaan telah dinyalakan, tanda senja sudah lama kutinggalkan. Dan lampu2 neon menemani kiri kanan jalan. Dan begitulah aku teruskan kehidupan, sampai tibanya satu hari yang Tuhan tentukan

ww: tenang menanti pertemuan Khamis ini

12 comments:

peace said...

ada pertemuan hari khamis???? jumpa lecturer ke jumpa saper???? nak ikuutt....!!!

rahimin idris said...

orang cina cakap angka '9' panjang umur. ha ha

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Sapa yg due bulan enam tu? Harap2 baby tu lahir 16 JUN...sama tarikh lahir dgn saya...hehehe:-)

Hartini Omar said...

ustazah,
-jumpa siapa lagi di iiu, kalau tak jumpe lecturer. emm, ptg khamis jd x? sy ada di pool ye

min,
-bagus kalau macamtu, sebab aku juga lahir dalam angka 'sembilan'

ishan,
-yg due tu seorang teman baik seuniversiti. kamu lahir 16/6/1983? jika ya, makanya kita berkongsi nombor personaliti yang sama

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Ya, 16 JUN 1983 adalah tarikh lahir saya! Apa benar kamu pun lahir pada tarikh yang sama seperti saya? Jam berapa kamu lahir? Sudah lama saya mencari org yg tarikh lahirnya sama seperti saya...hehehe! Agak-agaknya, personaliti yg kamu maksudkan itu...personaliti yg bagaimana ya?!

Hartini Omar said...

ishan,
-maksud saya nombor personaliti yg sama, bukan tarikh lahir yg sama ;-)

permatabonda said...

Selamat tahun baru & selamat kembali mendengar kuliah =)

Anonymous said...

insyaAllah,ad kesempatan nti aku singgah ye..skrg ni bz skit la sbb tgh jd driver husband aku,dia x brape sihat nkgi ngajar..aku pn dh kna kurang 'berjln' skit atas nasihat 'org2 tua' kesayangan kitorang..katenye nti 'org baru' nin kuat berjln jgk,hehe..biaselah kitorg nie, biler 'org2 tua kesayangan kate xleh,mkin jauh n lebarlah langkah kitorg,hahaha..

g d a h ~ said...

Ya Allah, berikanlah pertolongan buat sahabat2 kami yang berjihad di Gaza dan di mana jua mereka berada...

hans said...

amacam 2009?

||chikserame|| said...

InsyaALLAH...2009 mungkin sst yg indah..amat indah buat cik tini..heheh..same2 kt berdoa yer =)

Ahmad WM Omar said...

Aku doakan segala yang terbaik untuk kamu. Ya, hidup sama sahaja di tahun mana-mana pun...