Terbicara tentang hati. Dengan seorang sahabat, yang pernah terluka hatinya. Lalu mudah ia melupakan kisah silam, seakan-akan yang silam itu datang bagai angin lalu. Sekadar berterbangan melepas rindu. Sukar benar mengikut kehendak hati. Kerana yg dikehendaki hati itu selalunya yg cocok2 dan indah2 saja. Sedang dunia mengajar manusia menerima kelansungan kehidupan ini seadanya. Serba buruk dan serba baiknya
Jauh di sudut hati ini, bila kurenung2kan masa depanku yang entah bila usainya, entahkan sempat bertemu cinta, entahkan terus dikambus ke tanah.. Aku melihat perjalanan hidup seperti telah amat teliti diaturkan Sang Pencipta. Setiap keluhan membutirkan hikmah yg seringkali dianggap bencana yg menimpa. Lalu terlupa pada kenikmatan yg dikurniaNya
Dan hati seorang teman itu telah teramat gagah menutup pintunya, dari menerima insan dulu yang pernah meluka. Wahai, bagai mahu benar aku mengambil kisah cintanya sebagai azimat. Agar dapat pula aku melupakan kelukaan hatiku yg tak terubat
Terlukakah aku? Untuk soalan itu, aku juga tak pasti akan jawapannya. Kerana aku hanya pernah mendamba cinta, tanpa pula berterus terang kepada tuan empunya jiwa. Maka tentulah beliau itu tidak maklum. Lalu seharusnya beliau berjanjian dengan wanita lain, maka aku merasakan aku dilukai? Ya, hatiku terguris, namun bukanlah dia penggurisnya. Maka dalam makna yang lainnya, aku tidak sesekali pernah dilukai sesiapa
Lainlah teman ini yg sudah ia acapkali melafazkan cinta, namun ditolak atas dasar kecintaan pada jiwa2 yang lebih sempurna. Yang lebih molek rupa parasnya. Maka kerana itulah boleh kita mengatakan bahawa dia telah diluka. Ah kompleks benar definasi cinta. Mentafsirkannya saja memerlukan masa. Cuma yang pasti, destinasinya satu belaka – bahagia!
Namun bahagia juga boleh dimaksudkan dengan berbagai bentuk dan warna. Tanpa cinta aku bahagia. Kalau benarlah kedudukan hari ini boleh aku anggapkan sebagai bahagia. Aku bahagia kerana mampu menjadi diriku sendiri. Hidup dengan kehendak hati dan jiwa yang bebas dan riang tak terperi. Tidak dipengaruhi dan dipaksa2 sesiapa. Aku adalah aku yang asalnya. Hidup dan mati menanti cinta dengan bahagianya!
Kupohonkan cuma satu. Agar insan2 yg kusayang itu senantiasa dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan. Semoga aman damailah hidup dengan pasangan2 dan keluarga2 mereka. Yg mana aku cuma mampu aku lakukan dengan menadah tangan dan duduk bersimpuh mengadap tuhan..
................................................
Tuhanku yang penyayang,
Kau berikanlah sedikit kelapangan pada jiwa2 yang dibelenggu ujian, agar tenang mereka2 itu, aman dan damai dalam linang kasihMu.
-Mawar dan Ahmad, bersama puteri sulung mereka Nadaa
-Sahabatku Marshidah di Kedah sana, semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah
-Sahabatku Awla di Kuantan, yang sedang berdepan dengan getir peperiksaan
-Sahabat blog Sdr Ishan, semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan
-Anak2 muridku, walau di mana saja mereka berada, semoga diberikan kekuatan jiwa raga
-Guru2ku, di mana saja bumi dipijak mereka. Lindungi mereka dalam iman dan taqwa
-Papa, mama dan adik2 yang paling aku cinta
-dan terakhirnya si dia (aku maklum Engkau sendiri tahu siapa), pandu dia ke arah bahagia, walau bukan aku yang ditakdirkan memimpin tangannya....
8 comments:
Salam,indah sungguh gaya penulisan saudari.Persis penulis novel.. : )
Maafkan saya,ttg novel Hartini itu,kepunyaan saya pun telah hilang kerana tidak dipulangkan orang.Kecewa juga.
Tapi jika terjumpa di mana-mana akan dikhabarkan terus kepada sdr,ya..?
Salam perkenalan,izinkan saya jejaki blog ini dr blog saya.Terima kasih.
oittt....hebat tul....
erm..
puitis menusuk hati.
Ya Allah, kuatkan lah hati-hati kami moga kekal dijalanMu. Payungilah setiap derap langkah kami dengan rahmat dan keredhaanMu ya Allah..
Salam my dearest friend,
-enti kali ini amat indah dan begitu menusuk jiwa
-indah sungguh ayat-ayat yang dikarang
-sahabat, kudoakan kita sama-sama dikurniai kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup yang serba mencabar ini
-teruskan menulis sahabat, kerana tanpa kau sedar, penulisanmu mampu mendamaikan jiwa-jiwa yang sedang rawan...
-wallahu a'lam
kebahagiann milik semua...
bahasa yg chantekkks.. salamms
tuan nadine,
-terima kasih banyak. besar hati saya kalau sudi tuan khabarkan tentang 'hartini' itu
joseph,
-mesti lah hebat. tengok lah siapa.. hehe
gdah,
-ameeeeeennn ya rabb!
mi,
-thanks alot. jaga diri kat kedah sana
ustazah,
-kebahagiaan milik orang yang mencarinya..
en_me,
-terima kasih banyak
Setiap orang melalui jalan yang berbeza dalam hidupnya. Ada yang menjumpai bahagia seperti mana yang dia inginkan, tetapi ada juga yang menjumpai bahagia dalam keadaan yang langsung tidak difikirkan. Ada juga yang sampai akhirnya tidak menjumpai bahagia yang dicari-cari. Saya harap kamu tidak menjadi seperti "Hartini". Saya doakan kamu akan dapat mengecapi manisnya cinta, ia tidaklah terlalu mustahil untuk berlaku. Semoga sentiasa Tuhan merahmati anda dan keluarga. Terima kasih atas doa anda ke atas saya dan keluarga.
Post a Comment