Tuesday, July 21, 2009

Laman

Aku pandang laman blogku. Melihatnya dengan hati dan perasaan yang telah tiada jua. Segala keinginan untuk menulis telah lama pudar. Bukan lagi bagai dulu2, tatkala aku mula2 mencantingkan coraknya, memasangkan pasaknya, belajar mencoret segala dari mula, dan sedikit demi sedikit melakar tinta dengan tulisan2 yang datangnya dari jiwaraga

Laman ini sudah terlalu lama terbiar tidak diselenggara. Aku terlalu sibuk disibukkan dengan kerja2 dunia. Lalu aku seakan lupa pada jeritan hati yang memekik-mekik minta ditemani. Aku tak punya masa. Kelapangan yang pernah tuhan bagi dulu, telah pun dirampasNya kembali. Aku tak menyesal, sedih pun tidak. Cuma sedikit terganggu bila tak dapat membelai hati yang meminta2 agar disayangi

Laman ini telah masuk tahun yang ketiga. Kalau anak yang baru lahir, mungkin kini telah pandai berjalan dia. Kalau dulu dia bisu, mungkin sekarang sudah mampu bersuara. Kalau dulu mengkal muda, mungkin kini sudah ranum dewasa. Namun aku masih di situ. Masih Hartini yang dulu2. Dengan hati yang sentiasa jujur dan ikhlas. Memberi kasih tanpa berharap untuk dibalas

Kalau ada pun pembaca yang mengikuti laman ini dari dulu, sejak di tahun yang pertama (sekitar 2006), mungkin sekali Nafastari. Walau kami tidak pernah sekalipun bersemuka, namun perjalanan yang dititi di dalam tulisan2 ini telah seperti mendekatkan, dan seterusnya memberi maksud yang berbeza kepada erti sebuah perkenalan

Dan beliau juga, dari seorang bujang, kini telah berumahtangga, dan telah pula menjadi seorang bapa, betapa pantas masa berlalu, tak sedar kadang2 melayang bagai hilir pedang yang menyentuh hati dan perasaan. Dan teman itu kini telah pula melangkah ke luar Negara bersama isteri dan anakanda tercinta, sedang aku masih menghirup deru samudera yang bersisa. Hawa panas dan lembap yang tetap sama

Aku buntu, kerana merasakan idup ini telah terlalu berubah. Atau aku sendiri yang berubah? Tidak, aku tak pernah berubah. Aku masih yang macam dulu2 juga. Penulisan yang senantiasa datang dari hati, bukan menulis untuk orang lain tetapi hatiku sendiri. Mungkin luaran laman ini terpaksa aku ubah atas kemuakan yang lekas benar mengintai2 manusia. Luarannya berbeza, isinya tetap sama

Kalaulah mampu, aku ingin menyuruh pembaca membaca laman ku ini dari entri yang dulu2. Jangan keciciran walaupun satu. Kerana dalam setiap butir karangan itu terdapat bahan penceritaan. Bagai alur sungai yang tercipta dari kuala menuju ke muaranya. Mengalir satu2 penuh asyik dan leka. Blog ini satu cereka kehidupan sebenarnya. Apa yang berlaku dalam tiga tahun, yang dicoretkan penuh warna dan coraknya

Suka duka, senyum tawa, dapat pula dibaca dengan mata hati dan jiwa. Digarap molek dengan runtunan emosi dan kuasa bahasa yang perkasa. Itu bagi mereka yang mengerti. Yang sudi mentafsir diri dan peribadi. Bukan hadir sekali sekala lalu meninggalkan jejak yang memberi luka. Apa kah susah menyenangkan mata2 yang membaca hanya dengan kata2. Rasanya, tidaklah sesukar mana

Dalam ratap2 tangis menaip kata2 ini satu persatu, yang sekarang barangkali telah beratus ribu, air mata kadangkala tumpah juga. Dalam ketukan jemari yang erat menekan papan kekunci yang sesetia diriku ini, membaca kembali tulisan2 lama adakalanya seperti memutarkan kembali filem cereka. Seperti melihat perjalan hidupku yang penuh carikan warnanya

Ada warna yang terang benderang, lalu menyilaukan pandangan, dan banyaknya yang redup dan kelam, membawa jiwa ke lorong2 usang yang berhabuk dan bersawang. Warna2 itu bagai mengawal diri, lantas menjadikan aku bagai terlalu asyik mengikut kata hati. Sesekali terasa seakan2 aku ini telah hampir mati melaian rasa. Perempuan yang jiwa2 dan mabuk khayal dengan kata jiwanya

Persetankan mulut2 yang mahu mengata. Nama pun manusia, lantas sudah tentu mereka boleh berkata apa saja. Laman ini bukan untuk umum. Ia laman untuk mata2 yang mahu mengenal pintaan jiwa. Laman untuk mata2 yang sudi celik setelah hampir lena. Ini laman suka duka. Duka yang membutuhkan deraian air mata. Jika tidak pun mengalir tangisan, cukuplah sekadar membaca lalu mengalir sedar dan keinsafan…

Sebuah laman yang seharusnya mendekatkan kita dengan naluri dan perasaan. Dengan sifat2 kemanusiaan. Sekosong2 laman yang dari dulu hingga kini tidak pernah berteman. Laman impian dan angan2..

12 comments:

*Mawar Nafastari* said...

yep, kami akan tetap menjadi pembaca setia kamu hartini.. :)

jangan serik menulis lagi.. ada kelapangan, luahkannya di sini. kami mendengar...

||chickserame|| said...

aku pon membaca setia laman ceritera yg x sudah ni..jgn bimbang, aku leh jdk teman wayang kamu d hari rabu.. hehe...
lame kt x berlibur marathon tiga movie yer....hihi

hayat said...

hartini,aku kire aku teman rapat si nafastari.semua ceritanyer penuh dengan keajaiban.dari anak kampung yang naif menjadi PTD dan bekerja di luar negara satu kebanggaan.dan yang paling penting mawar hadir di kala waktu yang sangat tepat.(biarpun ramai gadis yang mengaguminya)dan semua gadis lain tertolak.juga anugerah dari Allah EMBUN yang menggembirakan hatinya.Nafastari bagiku satu lagenda-bukan sekarang tetapi maungkin untuk generasi yang akan datang.(mawar mesti bangga!)

Anonymous said...

selamat ulang tahun blog yang ke3!! =)

cikgubad said...

Mutakhir ini Tini selalu menggumam rasa pilu bila menulis, kenapa?

Berilah keindahan yang telah lama hilang pada dunia yang kian tua ini.

Dunia ini milik mereka yg optimis dengan cabaran hidup...

Bila Diary Bercerita said...

Tini,
Jangan serik menulis lagi. Tulisan Tini ada kelompok peminat tersendiri.

nyOng.is.me said...

ya..kadang-kadang pun kita lupa yang kita punya diari...
;)

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Hartini,

"kunjungan".

Ishan Qureshi Mehmood said...

salam sahabat, telah lama tidak berkunjung ke blog kamu. jgn pernah kamu berasa kecewa, kecil hati atau kosong jiwa raga. stp perjalanan hidup itu tlh ditentukan-Nya. sampai satu saat, kamu akan ketemu bahagia jua. biarpun bkn di sini, tp bahagia di sana pasti menjadi milikmu. biarpun perjalanan di dunia ini terlalu jerih, tp percayalah sesungguhnya janji2 Allah itu adalah sesuatu yg pasti selagimana kita utuh berpegang pd ajaranNya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. wassalam.

Water Lily said...

Salam Hartini,

Sekadar kunjungan, untuk mengucapkan salam Ramadhan untukmu

Moga tereenyum kembali dan terus menulis :)

AeyRuLjOe said...

saya akan ikut blog ms ni walaupun saya anak didik mu...
jangan berhenti menulis...saya sanggup mendengar dan membaca rintihannya...

Nafastari said...

Nafastari akan terus membaca, walau di mana pun Nafasatari berada. Terima kasih menyebut nama blog saya di entry ini!